Sunday, 15 March 2015

RUPA-RUPANYA, AKU MALU DENGAN AGAMA AKU!

Ada orang kata,

"Mostly manusia sifatnya suka berkongsi cerita pasal nikmat yang dia dapat kat orang lain." :D

dan

"Mostly manusia sifatnya suka menyimpan aib sendiri tapi sibuk membuka aib orang." :'(

And aku agree statement tu.

Mana taknya, bila makan aiskrim pasu atau cendol, ramai yang nak upload masuk Insta dan WeChat. Nak promote nikmat yang kita rasa.

Dan bila terkencing atas tilam, sorok-sorok dengan mak tak nak kasi dia tau. Yelah, malu lah nanti mak kita cerita kat kawan-kawan kita.

Bagi aku itu semua fitrah manusia.

And aku rasa ia berkaitan dengan agama.

_________________________________________________________________________________

Aku pelik. Kenapa Sahabat Nabi SAW dulu nak sangat cerita dekat penduduk yang mereka memeluk Islam? Padahal kalau cerita, habis kau belasah kaw2 dengan gangster2 Arab Jahiliyyah.



Kenapa?

Hmm. Aku rasa, mungkin sebab sahabat dapat rasa Islam itu satu nikmat buat mereka.

Yelah, sampai sanggup kena 'bash' semata-mata nak sebarkan nikmat Islam.


Kita?

Kenapa kita takut nak sebarkan? Sebarkan walaupun satu kebaikan?

Mungkin. . .
Sebab kita malu dengan Islam yang kita pegang. (Kita anggap Islam yang kita pegang ni satu benda yang memalukan).

And kita belum lagi rasa Islam itu nikmat yang sebenar.
Susah weh. Cakap dan ceramah senanglah. Penuh dengan cabaran dan debaran kalau nak buat baik ni.

Aku pun bertanya, tanya ramai orang.
"So macam mana nak rasa nikmat macam Sahabat rasa?"

Ramai yang jawab,
Itu aku tak tau. Cuba lah tanya ustaz/ustazah. Aku bukan mereka.


Yang aku dapat, kau kena jadi orang yang baik. Jangan jadi sampah. Jadi orang yang berguna. Banggakan mak ayah. Dan jangan putus cinta dengan Tuhan.


Aku sedar, aku malu nak sebarkan kebaikan. Sebab belum sepenuhnya rasa nikmat Islam tu lagi.

Banyak lagi yang kita kena belajar. Kan?





No comments:

Post a Comment