10A+ SPM: TIPS BAGAIMANA SAYA BELAJAR UNTUK KEPUTUSAN SPM 10A+ (STRAIGHT A+)






Bimillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera.

"Alhamdulillah, SPM straight A+!"

Itulah kata-kata impian pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM, tiap-tiap tahun.

Dan tiap-tiap tahun saya diajukan soalan yang sama,

"Bagaimana Amir belajar, sehingga mampu dapat keputusan straight A+ dalam SPM?", tanya mereka.

Sejujurnya, saya pun tidak tahu. Allah yang berikan rezeki ini.

Saya belajar biasa-biasa, belajar pun di sekolah harian biasa sahaja. Kalau mahu saya kongsi, saya boleh kongsi inshaAllah.

Namun, apa yang saya kongsi ini, mungkin ianya tidak sesuai dengan semua orang. Masing-masing, ada cara masing-masing.

Baik. Kita mulakan.


SETIAP SUBJEK ADA CARA YANG TERSENDIRI

Setiap subjek, ada cara untuk kita kuasai yang tersendiri.

Yaaaa, betullah tu.

Siapa kata sama?

Sebab cara belajar subjek Matematik tak sama dengan cara belajar Sains, mahupun Sejarah atau subjek bahasa.


"Teknik ni hanya berkesan kalau anda memang jenis yang nak belajar. Kalau tak nak belajar, teknik ni tidak berguna untuk anda."(Amir Rosyadie, 2015)







SUBJEK KIRAAN DAN KEFAHAMAN: MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN / KIMIA /FIZIK

1) Subjek yang melibatkan pengiraan ini memerlukan skill yang mantap dengan cara membuat banyak latihan. Sekiranya kita tidak faham apa-apa mengenai teori atau cara mengira, kita tidak akan ke mana.

Mudah sahaja, untuk belajar subjek pengiraan seperti Matematik atau Matematik Tambahan ini, kita perlu perbanyakkan lagi latihan yang kita ada sekarang.

Ya, latihan yang banyak.

Buat latihan sehinggakan tiada satu soalan pun yang kita tidak pernah jawab.

Rakan saya dahulu (yang turut mendapat keputusan straight A+), dia buat latihan dalam kesemua buku yang ada di kedai-kedai buku. Bermakna semua jenis buku seperti Pelangi, Sasbadi, Oxford Fajar, semua dia dah buat.

Past year SPM.
Past year Trial SBP.
Past year Trial MRSM.
Past year Trial Negeri
Modul-modul keluaran Guru Cemerlang.

Semualah.


Sehinggakan, saya masih ingat lagi, ketika saya menjawab peperiksaan pertengahan tahun, apabila saya lihat soalan-soalan tersebut, saya tersenyum,

"Cikgu ambil soalan-soalan ini dari buku sekian sekian sekian. . . Saya pernah buat soalan-soalan ini dan senanglah saya score peperiksaan kali ini," kata saya.

Nampak? Begitulah.

3) Sentiasa test dan examine diri sendiri sebelum kita menghadapi test dan exam. Saya selalu pesan tentang ini.

Sebelum kita hadapi peperiksaan, kita kena buat dulu peperiksaan untuk diri kita sendiri.

Uji diri sendiri. Kalau masih markah rendah, buat banyak lagi latihan.

4) Sekiranya ada masa dan peluang, belajar lebih matematik yang lebih advanced. Tidak salah untuk kita belajar matematik yang lebih terkehadapan, supaya kita biasa dengan soalan-soalan KBAT dan yang mencabar.

Lihat soalan-soalan kuiz Matematik peringkat daerah, negeri, kebangsaan, mahupun antarabangsa. Kadang-kala, ini membolehkan kita lebih minat untuk mempelajari subjek Matematik.

5) Belajar sehingga faham + hafal. Ya, hafal ini bukan hafal di otak sahaja, tetapi buat latihan sehingga tangan kita pun hafal cara untuk selesaikan soalan-soalan.  Ini kita panggil muscle memory.

Sehinggakan tidak perlu lagi untuk berfikir, hanya lihat soalan, sudah tahu cara nak menjawabnya.




Don't limit your challenges, but challenge your limits




SUBJEK HAFALAN: SEJARAH / BIOLOGI


1) Subjek hafalan ini mudah sahaja, kita lihat bagaimana pelajar Tahfiz menghafal Al-Quran.

Mereka mengulang-ulang ayat yang sama, betul?

Dan mereka juga baca bukan dalam hati sahaja, tetapi mereka baca menggunakan mulut juga. Sebut satu per satu perkataannya.

Begitu juga subjek Sejarah, Biologi, Pendidikan Islam/Moral. Ianya memerlukan pengulangan yang sangat banyak.

Asalkan kita ulang buku teks, atau buku rujukan itu berkali-kali, inshaAllah kita boleh score

Pastikan baca setiap perkataan dalam buku teks/buku rujukan, jangan tertinggal satu pun.

Dan sekiranya mahu baca buku rujukan, pastikan baca buku rujukan yang tebal tu, kerana ianya lebih lengkap. Buku yang revisi ringkas itu tidak lengkap, kadang-kala tidak berapa tepat ayatnya.

Ulang-ulang sahaja, biasalah kebosanan akan datang, kan. Kita akan cepat bosan apabila membaca sejarah, kan?

Cara saya mudah sahaja. Saya baca itu bukan sekadar ikut bulat-bulat dalam buku, tetapi saya baca seolah-olah saya menceritakan kepada seseorang, atau kepada diri sendiri.

Lama kelamaan, kita akan hafal juga. Rajin atau tidak sahaja yang menentukan.




2) Ramai yang salah anggap, subjek menghafal ini tidak memerlukan latihan. Salah tu.

In fact, latihan itu yang menjadi pengukuh hafalan kita. Apabila kita uji diri kita dengan latihan-latihan, kita akan makin mengukuhkan hafalan kita.

Jadi, seperti subjek Matematik, kita perlu ada banyak latihan untuk subjek hafalan ini. 


3) Kebiasanya, kita akan mudah blur apabila cikgu mengajar di kelas. Itu perkara biasa, jangan risau.

Apabila kita susah nak faham ketika cikgu mengajar di kelas, kita ada 2 pilihan besar:

1. Sama ada kita nak belajar di bilik selepas cikgu ajar.

2. Atau kita nak belajar dahulu sebelum cikgu ajar.

Saya lebih lebih selesa belajar dahulu sebelum cikgu mengajar pada keesokan harinya. Sekurang-kurangya, saya sudah ada gamabaran awal untuk bab tersebut.

Kalau tiada masa, belajar selepas cikgu mengajar pun okay sahaja, cuma jangan terlalu lewat, nanti kita susah nak catch up.






BAHASA MELAYU/ BAHASA INGGERIS

Subjek bahasa ni bergantung pada kreativiti masing-masing. Ada yang suka menulis, dan mengayat.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak score untuk subjek bahasa.


1) Ingat, subjek bahasa ini, bukannya subjek yang kita boleh mahir dalam masa seminggu dua minggu.

It takes time, bro.

Spend sedikit masa untuk mahirkan diri dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam sehari (walaupun 10 minit). 

Yang penting, setiap hari kita kena belajar subjek bahasa ni. Kalau tak, tak menjadi.



2) Mudah sahaja, untuk tingkatkan skill Menulis / Writing Skills, saya beli satu atau beberapa buku 'contoh karangan' / sample essays.

Kemudian saya salin satu karangan/essay setiap hari.

Ya, salin. Satu karangan, satu essay, sehari.

Dan of course, kita kena cari maksud perkataan baru yang kita tidak faham untuk kita tingkatkan vocabulary kita.

Kalau kita ada media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, WeChat, why not kita apply perkataan baru itu dalam post, status, story, tweets or moments kita?

Contoh, kita dapat perkataan baru, "gormandize". (to eat greedily or to excess)

Jadi, kita update-lah status Facebook kita,

"Everybody tends to be gormandize on Hari Raya - it's traditional!"

Kena rajin, kalau tidak sampai bila nak jahil berbahasa, kan?

3) Untuk tingkatkan skill kematangan idea, saya akan membaca surat khabar, artikel terkini, tidak kira surat khabar kertas atau akhbar online.

Dan saya lebih suka membaca komen-komen netizen pada sesetengah artikel/isu, sebab kita hendak menilai sesuatu isu daripada pandangan yang berbeza). 

Dari situ, saya dapat meningkatkan kemahiran KBAT. Walaupun kita hanya pelajar sekolah menengah, kita kena juga ambil tahu isu-iu dan hala tuju negara kita, Malaysia.

Pernah dengar Transformasi 2050 (TN50)? Kalau belum pernah, boleh baca tentang itu selepas ini.

4) Saya juga ada masuk pertandingan yang melibatkan pengusaan bahasa. Contohnya, Bahas Ala Parlimen dan Forum Perdana. Pertandingan sebegini memang membantu untuk expose diri kita dengan disiplin bahasa.

Pelikkan, dari kita darjah 1 sampailah sekarang, kenapa Bahasa Inggeris kita masih broken ya?

Apakah yang kita belajar selama ini? Sehingga sekarang saya pelik mengapa Bahasa Inggeris kita masih lemah.

Mungkin, sebenarnya bukan tak pandai, cuma belum pandai. Kita tidak banyak berlatih. Itu sahaja.


Jadi, usaha memang kena all out lah.

Dan, kena konsisten.





Kesimpulannya,


Apa-apa pun yang penting ikhlas dalam menuntut ilmu.

Jangan lupa Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal (orang selalu panggil D.U.I.T)

Dan, kalau dah dapat ilmu, kita share lah pada kawan-kawan kita, baru berkat ilmu kita.


Belajarlah dengan hati yang terbuka, walau rasa sesak di otak dan di dada,

Sebab bila mati nanti, bila lagi nak merasa?


Sekian. Ayat deep dari saya.


Apa-apa nak tanya, boleh komen. Atau mesej saya di Instagram @amirrosyadie.


Nak belajar Algebra untuk PT3 dan Add Math?
Register di 👇
amirrosyadie.onpay.my/order/form/a001



Comments

  1. Kalau beli buku latihan yg x de note x pe ke. Sbb kt umah sye ade buku latihan mcm tu je.Sye form 4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, as long as kita boleh buat latihan untuk improve, boleh je.

      Delete
  2. Nak Tanya, dulu keputusan percubaan spm dapat berapa ?

    ReplyDelete
  3. Now just left 7 month for
    SPM,I'm not a bright student cause I still got c and b on my results.I want to get straight A's in SPM but I don't know what to do.I was stressed because I always push myself but sye still cannot.sye ade harapan lgi tak utk dpt straight A's and can you give some tips and how many hours that I need to study for ur opinion??Please answer....I need your help

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes you can still get what you want if you work hard on it.

      Sentiasa ada harapan lagi. Tak kisah berapa banyak jam, asalkan kita gunakan sebaik-baiknya masa yang kita ada untuk belajar, then you'll get it.

      Delete
  4. Ada tips tak untuk dapat motivation? Bila study lama sgt terus saya takde motivation nak go on.. Lagi2 dengan zaman teknologi skrg yg susah nak elak dari main phone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada goal/matlamat. Kasi clear apa goal kita. Contoh periksa percubaan nak straight A. Tiap-tiap hari kena remind semula goal kita.

      Nak elak main phone? Switch off the phone and letak jauh-jauh.

      Delete
  5. Glad to found you on blog. Emm nak Tanya , saya ada 6 subjek fokus utk A+, Fizik,kimia,biologi, math,addmath Dan English.dulu subjek ni pernah dpt A Dan B. Skang dah terbungkam jd C, D Dan E .. Mcm mana nak dapatkan balik result cemerlang ae? Bg 6 subjek tu, ada tak cadangan jadual belajar secara konsisten bg subjek tersebut? N then memandangkan spm dh tk lama, sy masih ada harapan ke nak perform A+? Sy harap encik Amir bleh bg pandangan tentang permasalahan sy. All the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan latihan. Jadual belajar tu kamu tetapkan sendiri, tapi kena practice A LOT.

      SPM dah tak lama ni kena fokus on buat latihan, get yourself books of practices macam SPM Past Year, SBP Past Year, MRSM Past Years and do all of them.

      Buat tu sambil tengok jawapan belakang pun fine as long as u learn something.

      For English, write (or paling malas pun, copy) sample essays. One essay per day.

      Delete
  6. Tq bgi tips doakan saya ye😊

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,klau buat soalan past year, sbp,mrsm n trial setiap negeri smbil fhmkn skema brksn tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Berkesan. Lagi banyak soalan kita jawab, lagi yakinlah kita nak jawab exam nanti.

      Delete
  8. Assalamualaikum..nk tanya..for english writing knapa perlu copy sample essays..utk tujuan apa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara saintifik,but not very specifically, sebenarnya semasa kita tengah do something dgn matlamat yg kuat , kita lebih memorize for what we learn,like this one

      Follow this principles

      10 % knowing
      20% understanding
      70% what we do

      These are the principles I do.

      Here also are the ways to success in studies but not tips for studying.

      1.focus
      2.understanding
      3.practice

      Cara nak jadi pandai.

      1.jadikan study Dan membaca tu satu amalan harian

      2.fokus

      3. Berdoa

      Lakukan tiga benda ni ,kau akan berjaya

      Tapi ingat,kena ada matlamat untuk stay motivated.

      And also aku tak cakap kau akan pasti dapat a in examinations. Sebab manusia hanya ikhtiar , Allah yg menentukannya
      Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

      Delete
  9. Assalamualaikum..nk tanya..for english writing knapa perlu copy sample essays..utk tujuan apa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sambil kita salin tu kita dapat baca then dapat belajar macam mana nak huraikan isi ...dan kita dapat jugak ambik ayat gramatis tambah untuk karangan sendiri nanti .... Plus boleh jadi rujukan masa nak buat karangan

      Delete
  10. Assalamualaikum..tahniah atas kecemerlangan..boleh share bagaimana utk
    Fokus semasa belajar..tq

    ReplyDelete
  11. Kalau latihan tu buat tengok buku or belajar dulu baru buat latihan?

    ReplyDelete
  12. Kalau saya belajar dulu then baru wat soalan anda kalau jwpn slh rujuk buku teks lagi🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually itu bagus ,but lagi bagus kalau awak beli buku latihan .btw ,good question

      Delete
  13. Hi. SPM just around the corner. Saya tinggal 3 bulan shj sebelum saya face SPM. Tapi sampai skrg saya masih xde motivasi nk blajar. Blajar sekejap je dh rasa nk putus asa. Keputusan saya average. Usually ada A,B,C,D,E,F. Ada x cara-cara untuk saya buat pecutan so that I can get at least 7A dlm SPM?

    ReplyDelete
  14. mcm mna nk tingkatkan essay😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolg jawab yer..essay ni bende yg kene byk info dan knowledge..esei yg cantik ade susunak pengenalan..fakta dan kesimpulan...bila menulis..masukkan data terbaru/isu terbaruu baru cantik..jd byk2 la membaca news ya...kenal tokoh dan menteri semua...tu bonus....sekian

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Apa asas nak score kimia ? Perlu hafal formula or jadual berkala ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu hafal jadual berkala. Untuk mantapkan kimia kita, baca buku teks memadai. Dan sekarang ni canggih dah, tiap kali terbaca pasal eksperimen, terus search kat Youtube and tengok macam mana experiment tu dibuat. Yang bestnya kita akan kenal warna, and senang ingat step bila tengok demo depan mata.

      Delete
  17. assalamulaikum saya nk tanya..kalau kita buat latihan addmath tu perlu ke kita mengulang satu bentuk soalan tu byk kali or kita go on dengan bentuk soalan yg baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wrt. maaf kalau lambat, lama tak menjenguk blog.

      Kalau ada masa, ulang soalan pun tak apa, buat sampai boleh faham konsep dan jalan kira.

      Kalau tak cukup masa, cukup dengan buat soalan baru dan explore lagi jenis soalan yang kita tak pernah buat. Contoh: soalan dalam Trial Negeri 2020 dan ke bawah.

      Delete
  18. Hi now only left 5 month before SPM and i want to get straight A's plus saya tengah risau ...jadi ada apa2 tips tak untuk prepare dapatkan semua A...setiap kali exam saya result saya semua C dan A hanya satu je😣😣😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sorry a bit late reply. I hope you are doing well. Untuk dapat A, try to join as much class as you can. Sekarang banyak platform online. MCPlus, or Youtube. Search sahaja topik yang kita tak faham. InshaAllah ada je lesson tu.

      And kalau ada soalan, tanya je cikgu-cikgu. Kalau diorang late reply, ingatkan or tanya orang lain. Malu bertanya sesat jalan. All the best belajar ok!

      Delete
  19. Assalamualaikum, macam mana cara encik amir bahagi masa ya? Maksudnya, masa belajar.. Dari jam berapa ke jam berapa selalunya? Saya sentiasa tidur tak cukup sbb nak buat kerja sekolah dan dalam masa yang sama nak study...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wrt. wbt.

      Usually saya akan listkan dulu apa topik dan subjek saya lemah.

      Dari situ kita susun ikut prioriti. Mana satu yang nak kena study dulu.

      Selagi list tu tak habis diselesaikan, selagi tu kita jangan main game/kurangkan social media time. It's time to focus and distract benda lain.

      Delete
  20. Assalamualaikum,macam mana yer nak bahagikan masa dengan betul?? Tinggal lagi 98 hari lagi untuk spm ...Dalam masa ni boleh ke dapatkan straight A??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wrt. Harapnya tak terlalu lewat untuk reply ni.

      Kurangkan masa dekat social media and list down apa yang prioriti: topik & subjek apa yang kita lemah. InshaAllah dekat situ otak kita automatik akan rasa penting untuk study dan focus.

      Selagi belum masuk exam hall, selagi tu boleh dapat straight As. Usaha sepadu yang boleh: buat trial negeri 2020 (google jer/youtube pun ada). All the best OK!

      Delete
  21. Assalamualaikum wrt.wbt.
    Di dlm kesempatan ini, sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd En.Amir kerana sudi share pelbagai tips yg sngt² bermanfaat kpd pembaca blog En . Setiap ayat yg dikongsikan oleh En. telah memberikan sy inspirasi yg tinggi untuk meneruskan usaha gigih dlm mencapai keputusan yg cemerlang✨malah lebih bersemangat untuk belajar dengan giat setelah ketahui tips² yg penting untuk setiap subject walaupun dilanda waktu yg agk sukar sjk pandemik covid-19 melanda satu dunia sprti pda hrini. Btw, TQVM @amirrosyadie.blogspot.com ✨✨✨

    ReplyDelete
  22. Terima kasih abang, sebab share. Sangat bermanfaat. Tapi saya nak tanya,sempat ke untuk saya lulus, kalau SPM lagi sebulan?. 😢

    ReplyDelete
  23. Assalamualikum....sy nk tnya jikalau buku rujukan wow grafik PT3 bleh jer kan klu nk menghafal...buku tuu xlah nipis sangat SEKURANG-KURANGNYA ms 226

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi saya dh form 4 tahun ni.saya beli buku tu tahun lepas.pengalaman saya pakai buku selama beberapa bulan tu ok sebab warna warni dan padat,unfortunately, pt3 dibatalkan:((

      Delete
  24. Good explanation and sharing.. ALLAH SWT syg hambaNya yg manfaat kepada org lain....

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, buat nota penting ke? Or just baca, hafal and latihan je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulanglah, kalau awak suka buat nota ,just go for it .sebab allah cipta manusia ada ability masing masing .

      tapi ,saya lebih suka baca.hafal dan buat latihan.sebab kalau buat nota jer, awak hanya buat passive learning , bukannya active learning.

      so ,rumusannya, lebih eloklah kalau awak buat latihan,hafal,dan baca kan. sebab cara macam tu lagi efektif dan boleh jadikan kamu lebih bijak.

      Delete
  26. Salam bole saya bertanya kadang ii kita dh buat soalan tetapi stuck and xtau nk selesaikan apa perlu kita buat plss help😭

    ReplyDelete

Post a Comment