Selepas keputusan SPM diumumkan dan dinobatkan sebagai
pelajar yang mendapat 10A+,
Ramai yang minta tips belajar (padahal aku nampak macam banyak
main kehkeh),
Sebenarnya, tak ada secret recipe sangat pun.
Meh aku jawab soalan FAQ (Frequently Asked Questions /
Soalan yang banyak kali ditanya),
Sebab dah malas nak jawab dah.
"Segala yang tertera di post ini hanyalah pengalaman aku. Berkehendak untuk ikut atau tidak ikut itu terpulang atas risiko sendiri."
"Segala yang tertera di post ini hanyalah pengalaman aku. Berkehendak untuk ikut atau tidak ikut itu terpulang atas risiko sendiri."
Ni list soalannya:
1) DALAM SEHARI, AWAK BELAJAR BERAPA JAM?
2) AWAK ADA JADUAL BELAJAR TAK?
3) CUBA AWAK CERITA SIKIT KEHIDUPAN AWAK BELAJAR SETIAP HARI?
4) BETUL KE AWAK TAK TIDUR MALAM SEBAB STUDY?
5) AWAK MAKAN APA YE? DAN ADA ORANG KATA AWAK BANYAK MAKAN MAGGI, BETUL KE?
6) SAYA DENGAR KOKO AWAK PUN GEMPAK. MACAM MANA AWAK BALANCE KAN AKADEMIK DENGAN KOKURIKULUM?
7) KALAU CARA AWAK BELAJAR MACAM TU, MACAM MANA AWAK BOLEH SIAPKAN KERJA SEKOLAH AWAK?
8) AWAK ADA MAKWE TAK? SEBAB SAYA TENGOK AWAK RAMAI PEMINAT. DAN INI TAK MENGGANGU AWAK BELAJAR KE?
9) MACAM MANA AWAK ATASI RASA MALAS BELAJAR?
10) HUBUNGAN AWAK DENGAN CIKGU OKAY TAK?
11) AWAK MAIN GAME TAK?
11) AWAK MAIN GAME TAK?
1) DALAM SEHARI, AWAK BELAJAR BERAPA JAM?
Sejujurnya, aku pun tak kira.
Tapi yang aku boleh ringkaskanlah:
6 jam di sekolah
6 jam di rumah
So total up 12 jam study sehari.
2) AWAK ADA JADUAL BELAJAR TAK?
Tak ada. Saya belajar ikut mood.
Maksud ikut mood ni bukan maksudnya mood nak belajar atau
mood tak nak belajar.
Ikut mood ni ialah nak study subjek apa, bab berapa.
“Eh hari ni terasa nak mengira lah.” So aku belajar Add
Math.
“Eh hari ni terasa nak menghafal lah.” So aku belajar
Sejarah dan Bio.
Dan begitulah seterusnya….
3) CUBA AWAK CERITA SIKIT MACAM MANA KEHIDUPAN
AWAK BELAJAR SETIAP HARI?
DI SEKOLAH
Aku belajar kat
sekolah dalam kelas around 6 jam, balik sekolah aku tak terus balik rumah, tapi
lepak dekat PS (Pusat Sumber). Lepak di PS bukan belajar pun. Just kacau
member, junior dan awek je. Cehh tak adalah. Saya tak belajar, tapi saya
lebih kepada mengajar. Share2 ilmu. (bukan study group, just ajar camtu2 je).
Kutip pahala dan berkat.
DI RUMAH
Balik rumah dalam pukul 5 petang. Kat rumah petang2 macam tu
aku akan concentrate belajar Bahasa Inggeris around 3 jam. Bersukan? Yaa aku
akan main ping pong depan rumah dalam 3 kali seminggu. So kadang-kadang belajar
BI dalam 1 jam sahaja.
Lepas Isyak, aku akan
belajar randomly, kalau aku rasa nak belajar Kimia, aku belajar Kimia, kalau
aku rasa nak belajar Add Math, aku akan belajar Add Math. Keburukan cara aku ni
ialah kau akan belajar secara tak seimbang. Kalau terlalu belajar Kimia, nanti
Bahasa Melayu dengan Pendidikan Islam menurun. So aku kena pandai-pandailah.
Ini cara aku, terpulang nak ikut atau tidak.
Dalam pukul 12 atau 1, aku tidur. Dan bangun pukul 6.30 pagi
(Haish biasalah, tidur lambat bangun pun agak lambat lah. Terpaksa rushing bersiap
ke sekolah hampir setiap hari).
KALAU WAKTU CUTI
Waktu cuti aku biasanya penuh dengan aktiviti. Kebanyakkan
aktiviti PBSM aku. Tapi waktu cuti ni biasanya belajar 5 jam. Dan jam-jam yang
lain dihabiskan dengan menonton movie atau berlayar di laman sosial.
4) BETUL KE AWAK TAK TIDUR MALAM SEBAB STUDY?
Haish. Ada pulak mitos mengatakan aku tak tidur malam sebab
study.
Erm. Betul lah tu, KALAU waktu tu seminggu sebelum exam dan
semasa exam. (Biasanya tidur pukul 2 pagi). Standardlah kan?
Kalau hari-hari biasa, pukul 12 atau 1 baru tidur.
5) AWAK MAKAN APA YE? DAN ADA ORANG KATA AWAK
BANYAK MAKAN MAGGI, BETUL KE?
Yup, aku banyak makan maggi. (Dalam seminggu mesti 4 kali
makan). Aku tau benda tu tak elok, tapi aku dah ketagih. Aku kalau stress je
makan maggi. Masa SPM pun makan maggi. Haih perlu dihentikan segera. (Doakan
tau).
Aku tak makan macam budak-budak tahfiz makan, atau apa yang
disarankan pakar motivasi; kismis, kurma, madu, dan sebagainya.
Bukan aku tak percaya, aku suka makan benda-benda tu, tapi
aku malas lah nak kata makan kismis dah boleh pandai, kan?
Asalkan kita makan benda yang halal dan baik untuk
kesihatan. Itu je. (Peace yow).
Koko lah yang banyak mengajar aku banyak pengalaman. Dan aku
paling aktif koko time aku Form 5. Aku jadi pengawas, jurujual koperasi,
urusetia VLE Frog, Ketua Utama Seksyen PBSM, Bendahari Catur, dan Ketua dalam
rumah sukan. Aku jugak masuk banyak pertandingan sampaikan dalam sebulan mesti
ada 5 pertandingan at least. Ergh.
Bukan aku yang nak pun jawatan tu (aku malas nak dengar
orang label ‘gila jawatan’). Tiba-tiba aku dapat jawatan tu, nak buat macam
mana.
Dan ini memang memeningkan. Aku banyak tertinggal kelas.
Masuk kelas tup tup dah masuk bab baru. Nak belajar kat rumah pun tak sempat
sebab kena concentrate dekat pertandingan.
Sejujurnya.Aku pun tak tau macam mana aku balancekan. Ini
semua soft skills yang perlu kita belajar sendiri.
Yang penting manfaatkan setiap masa yang kita ada untuk
belajar dan catch up apa yang tertinggal.
Bukannya main phone je. Kehkehkeh.
7) KALAU CARA AWAK BELAJAR MACAM TU, MACAM
MANA AWAK BOLEH SIAPKAN KERJA SEKOLAH AWAK?
Erk, pasal kerja sekolah. Aku sentiasa siap on time. (maksud
on time di sini merujuk kepada siap di dalam kelas waktu cikgu nak minta kerja
sekolah tu).
Aku jarang dapat siapkan kerja sekolah awal. Asyik-asyik
tertangguh. (tapi siap on time, okay kan?)
Sampai kena marah dengan cikgu.
“Kalau kamu pandai pun tapi kerja sekolah tak buat, siapa
nak amik kamu jadi pekerja bila besar nanti? Orang kata kamu pemalas.”
Okay start aku dengar ayat ni time Form 5, aku sentap lah
jugak. Dan aku berusaha siapkan walaupun selalu on time juga.
Sebenarnya, aku jarang siap awal sebab aku suka study and
fahamkan betul-betul bab tu dulu. Yelah, kalau tak faham, macam mana nak buat
kerja sekolah?
Orang yang siapkan kerja sekolah Add Math tu 90% siap sebab
tiru kawan. Dan 90% tu termasuk aku jugak. Kehkeh.
Ayat standard aku time nak tiru kerja orang:
“Aku bukan meniru, aku cuma menganalisis jawapan-jawapan
korang, mana tau ada salah, aku boleh betulkan.”
Tak sangka pula ayat tu menjadi.
8) AWAK ADA MAKWE TAK? SEBAB SAYA TENGOK AWAK
RAMAI PEMINAT. DAN INI TAK MENGGANGU AWAK BELAJAR KE?
Err… soalannya kenapa special sangat. -_-‘.
Saya sejujurnya pernah ada makwe. Biasalah remaja.
Tapi itu time form 3. Time form 4 form 5 aku ni single.
Cehh.
Dah banyak kali lah hati ni cuba dicuri, tapi nasib baik ada
password. Kehkehkeh.
Tapi aku tak ada lah bergaul dengan lelaki je. Perempuan pun
aku kena bergaul jugak.
Yang penting, batasan hubungan itu dijaga.
Nak wechat whatsapp pun benda yang penting je.
Kalau tak malas aku nak layan. Menyemak.
9) MACAM MANA AWAK ATASI RASA MALAS BELAJAR?
Erm. Sejujurnya aku ni memang pemalas sebenarnya. Aku ni
bukannya ulat buku pun. Cuma kalau ada kerja, baru aku rajin. Kalau tak ada
kerja, aku memang akan rasa malas sangat2.
So,
cara aku atasi malas ni depends on situation lah. Contoh
kalau takde mood nak study, aku akan duduk je atas meja, depan aku ada buku.
Walaupun aku ngantuk, aku tetap akan paksa duduk dekat meja belajar aku.
Kalau tertidur dekat meja tu takpe, nanti mak ayah tengok
sejuk je mata memandang. Yelah, study sampai tertidur. Kehkeh. :P
Kalau aku ngantuk, aku akan buat benda ni (situasi sebenar):
1.
Pakai baju sejuk atau tutup kipas. Kasi panas
membahang. Selagi tak study satu bab jangan harap boleh buka baju sejuk atau
kipas. Pergh azab owh.
2.
Rendam muka dalam baldi yang berisi air selama
30 saat.
3.
Berdiri dan baca kuat-kuat macam aku ni
penceremah/ustaz. Siap bayangkan depan tu ada penonton dan cameraman.
4.
Tidur kejap. Tapi cara ni aku tak caya sangat.
Ingatkan nak tidur 10 minit, nanti tertidur 10 jam.
5.
Melukis. Aku biasanya lukis lah gambar rajah.
Kasi tangan kita bekerja sekali.
6.
Bukak Youtube, tengok Motivational Video. Kasi
up balik motivasi.
Pelik tak pelik. Kalau kau ada keinginan nak berjaya,
insyaAllah rasa malas tu boleh hilang.
Carilah cara yang sesuai untuk diri sendiri. Terpulang.
10) HUBUNGAN AWAK DENGAN CIKGU OKAY TAK?
Haha, aku tak pernah melawan cakap cikgu, kecuali cikgu
disiplin. :P
Sebab aku pernah kena potong rambut sampai botak sebab
rambut panjang sangat. Lambat datang sekolah pun ada. Dan selalu lambat masuk
kelas lepas rehat pun selalu. (Sorry ye cikgu atas kedegilan saya ini).
Tapi bab ilmu memang aku tak main-main. Dalam kelas aku fokus,
dan tak pernah tidur. Setiap ayat yang cikgu sebut akan aku dengar dan ingat
tanpa tertinggal satu ayat pun. (Sebenarnya ini lah rahsia kebanyakkan pelajar
cemerlang, fokus dalam kelas).
Dan aku banyak juga tak ngam dengan cikgu. Entahlah apa
sebabnya. Tak gaduh just dingin je. Aku jugak pernah buat cikgu nangis sebab
kedegilan aku, tapi lepas tu aku minta maaf dan bertaubat. Haish, drama-drama
macam ni kat sekolah, biasalah kan? Erm.
Nasib baik dah minta maaf time mohon restu sebelum SPM.
Menangis jugak woi.
Jaga hati cikgu tu. Tak berkat ilmu tu nanti.
11) AWAK MAIN GAME TAK?
Aku main game macam budak lelaki normal lain. Cuma tak tegar lah. Dan favourite game aku ialah Chess. Sebab menguji minda kita kan.
Game bola, racing cars, call of Duty, semua tu tak minat. Sorry. Naruto minat.
Just pandai bahagi kan masa je. Jangan leka sudah.
11) AWAK MAIN GAME TAK?
Aku main game macam budak lelaki normal lain. Cuma tak tegar lah. Dan favourite game aku ialah Chess. Sebab menguji minda kita kan.
Game bola, racing cars, call of Duty, semua tu tak minat. Sorry. Naruto minat.
Just pandai bahagi kan masa je. Jangan leka sudah.
_________________________________________________________________________________
Itu je rasanya. Kalau ada apa lagi nak tanya sila komen. Ada rezeki InsyaAllah saya jawab. :D
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletethank u for the tips. moga terus success
ReplyDeletegood sharing dik...btw akak jaga program pakk upsi -regent -kalau ade adik2 nak memohon utk 202o ni trus wsp intake dec nt..011-16930576.nak tye psl program nursing.farmasi pun bole akak bantu..tq
ReplyDelete