Bismillah.
Baru-baru ini aku diundang untuk memberi ceramah motivasi dekat sekolah aku sendiri, dan di sekolah lain. (sampaikan aku batuk-batuk dan hampir hilang suara), Huhu.
Habis 10 strepsils aku hisap, semata-mata untuk recover balik. Aku risau terlebih dos je.
Aku pun tak faham, aku bukannya seorang penceramah mahupun pakar motivasi, tapi tetap jugak dipanggil untuk mengeluarkan kata-kata hikmah untuk pelajar. (Mungkin aku kuat membebel kot).
Demi mencari pengalaman, aku pun menerima cabaran tersebut. Aku mula membaca buku-buku ilmiah, search tips pelajar cemerlang di Google, dan menonton video motivasi Dr. Fadzilah Kamsah serta Prof. Muhaya.
And at first, aku rasa benda-benda semua ni mengarut dan tidak berguna langsung. Kenapa? Kerana walaupun aku membaca, dan membaca dan membaca, aku tetap tak terasa motivated langsung, dan aku mula merasakan semua ini adalah untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.
Tapi rupanya aku silap.
Apabila aku mula melangkah masuk ke dewan untuk memberi ceramah, aku tidak merasakan apa-apa special, cuma agak nervous sahaja. Aku pun mulakan ceramah dengan memberi kata alu-aluan, bertanya khabar, perkenalkan diri, dan requote kata-kata hikmah, seperti mana penceramah lain buat.
Dan setelah tamat, aku agak terkejut apabila dihujani tepukan gemuruh oleh pelajar. Tanpa bertanya, mereka mengatakan ceramah saya best, menarik, transformatif, dan mereka mahu membuat perubahan pada jalan hidup mereka.
Aku pun kata, "baguslah." sambil secara tiba - tiba aku mendapat satu rasa kepuasan dalam diri yang orang lain mungkin tidak akan faham.
Perasaan suka untuk melihat orang lain berjaya.
Bayangkan, kau telah mengajak ramai manusia menjadi lebih baik, tidakkah kau rasa berguna kepada masyarakat? Inilah apa yang aku rasa.
Dan bagi aku ini, ini juga antara medium dakwah, asalkan kita ikhlas dalam setiap perkara yang kita buat.
Ini sebenarnya yang membuatkan seorang penceramah suka akan kerjaya mereka. Kerana mereka merasakan kejayaan perlu dikongsi bersama-sama, dan bukannya untuk satu pihak sahaja.
________________________________________________________________________________
Selama ini, manusia sentiasa perlukan perubahan, tapi mereka perlukan semangat, atau orang panggil motivasi.
Dan motivasi ini sebenarnya tak boleh dapat di mana-mana, melainkan diri sendiri.
Maka aku cuba mengajak para pelajar untuk self-motivated sebenarnya. Kalau mereka motivated sebab penceramah, maka motivasi itu tidak kekal lama.
Panggillah beribu-ribu penceramah tersohor, tetapi kalau diri sendiri tidak mahu jalan, mereka tetap tidak jalan.
So sebagai konklusi, satu sahaja pesanan aku.
Tak perlu tunggu orang lain motivasikan diri kau, pergilah cari motivasi itu sendiri.
Kalau tak, nampak gayanya kenalah aku turun padang lagi, memberi ceramah kepada yang masih tidak sedar dan tidak tahu mengapa mereka belajar dan apa tips untuk berjaya.
Itu sahaja, All the best in everything you do. :)
Assalamualaikum.
I'm not clever like u and now tinggal 295 days for SPM.Can I get SPM result like you??😢😢
ReplyDeleteBoleh. Hardwork beats talent. Usaha sebanyak yang boleh, inshaAllah kalau kita study sungguh-sungguh dari awal, boleh punya. 👍🏻👍🏻
Delete