Friday, 20 March 2015

BELAJAR IKUT SUBJEK






Bimillah.

Ada orang nak aku tulis post ni.

Sebab dia kata cara belajar subjek Matematik tak sama dengan cara belajar Sains dan Sejarah.

Masing-masing ada cara tersendiri.

Yaaaa, betullah tu.

Siapa kata sama?

Actually, aku sendiri pun tak pasti apakah tips belajar ikut subjek yang sebenar.

Banyak lagi tips belajar kat Blog orang lain kalau masih tak berpuas hati dengan aku punya.

Ini adalah pengalaman aku, I just wanna share them. Maaflah kalau ada yang kurang.


"Teknik ni hanya berkesan kalau anda memang jenis yang nak belajar. Kalau tak nak belajar, teknik ni tidak berguna untuk anda."





MATEMATIK / ADD MATH / KIMIA / FIZIK

Basically, subjek ni ramai yang menyampah.

Terutamanya perempuan. Yup, dalam International Mathematics Olympiad (IMO) pun, dah prove dah lelaki lagi terer Math dari perempuan. :P

Tapi tak bermakna perempuan takleh pandai matematik. Dan tak bermakna jugak semua lelaki pandai matematik.


Ini semua atas usaha masing-masing.




  • Belajar ni perlukan KEFAHAMAN. Kau tak boleh pergi jauh kalau hanya menghafal step semata-mata. Tapi, kalau kau dapat FAHAM + HAFAL, ini memang mantap.



  • Yang paling penting, FOKUS dalam kelas (Jangan borak / tidur)



  • Cara yang paling berkesan ialah aku buat latihan sampai aku dah muak. Itu paling mujarab. Kau beli satu buku rujukan yang tebal tu (sebab buku rujukan tebal tu ada nota + latihan sekali), kau bacalah setiap ayat tanpa tertinggal satu pun. Dan kau buatlah setiap latihan tanpa tertinggal satu pun. InsyaAllah kalau tak berjaya juga, jangan mengalah, buat lagi dan lagi dan lagi. (Kau fikir senang ke nak berjaya?)



Don't limit your challenges, but challenge your limits




SEJARAH / BIOLOGI


Biasanya, subjek ni perempuan lebih terer berbanding lelaki. Sebab kebanyakan perempuan dikatakan lebih suka menghafal daripada mengira.

Aku sebagai lelaki yang senang mengantuk dengan subjek ni, kena cari ikhtiar sendiri.


  • Aku dengan member classmate aku dulu pakat bawak gula-gula / mamee time subjek-subjek yang mengantukkan (macam Sejarah dan Biologi). Makan sorok-sorok, baru tak ngantuk. (Kalau kantoi tanggung sendiri)



  • Biasanya, kita akan 'blur' bila cikgu mengajar kat depan (perkara biasa, jangan risau.).


So ada 2 pilihan :

1. Sama ada kau nak belajar kat rumah lepas cikgu ajar.

2. Atau kau nak belajar kat rumah sebelum cikgu ajar.

Aku lebih prefer buat dua-dua (kalau ada masa).

Kalau tak ada masa, buat lah mana-mana. Pilihan kedua lagi baik. At least kau dapat gambaran apa yang cikgu akan ajar kat kelas nanti.



Dan sama juga macam Matematik,


  • Cara yang paling berkesan ialah aku buat latihan sampai aku dah muak. Itu paling mujarab. Kau beli satu buku rujukan yang tebal tu (sebab buku rujukan tebal tu ada nota + latihan sekali), kau bacalah setiap ayat tanpa tertinggal satu pun. Dan kau buatlah setiap latihan tanpa tertinggal satu pun. InsyaAllah kalau tak berjaya juga, jangan mengalah, buat lagi dan lagi dan lagi. (Kau fikir senang ke nak berjaya?)




BAHASA MELAYU/ BAHASA INGGERIS

Subjek bahasa ni bergantung pada orang.

Ada yang terer mengayat, ada yang tak terer.

Actually bukannya tak terer, cuma tak banyak berlatih je. (Tu yang belum terer tu)

Pelikkan, dari kita darjah 1 sampailah sekarang, kenapa BI kita still broken eh?

Apa yang kita belajar selama ni ye? Sampai sekarang aku pelik.

Sebab aku start terer-kan diri aku dengan BI ni time form 3.

Usaha memang kena all out lah.

Dan subjek bahasa ni bukannya subjek yang kau boleh terer dalam masa seminggu dua minggu,

Dia kena konsisten.



  • Spend sedikit masa untuk BM dan BI dalam sehari (walaupun 10 minit). Yang penting, setiap hari kita kena belajar subjek bahasa ni. Kalau tak, tak menjadi.

  • Untuk tingkatkan skill Menulis / Writing, aku akan beli satu buku 'contoh karangan' / sample essays. Kemudian aku salin satu karangan setiap hari (kena rajin, kalau tak sampai bila nak jahil berbahasa?). Dan cari maksud perkataan baru yang aku tak faham, dan apply perkataan baru tu dalam moments, status or tweets aku.

  • Untuk tingkatkan skill kematangan idea, aku akan baca surat khabar, tak kira surat khabar kertas atau surat khabar online. Dan aku lebih suka baca komen-komen orang. (sebab nak menilai sesuatu isu dari pandangan yang berbeza). Dari situ, aku dapat tingkatkan kemahiran KBAT aku.


  • Aku juga ada masuk pertandingan bahasa. Contohnya Bahas Ala Parlimen dan Forum Perdana. Memang membantu untuk expose diri kita dengan bahasa itu sendiri.






PENDIDIKAN ISLAM / TASAWWUR ISLAM

Subjek ni paling tak popular dalam kalangan murid. Yelah, masing-masing ingat diri tu dah beragama.


Baca pun time dah nak dekat exam.


Insaflah yaa kawan-kawan. (cehh padahal aku pun buat camtu jugak)


Seriously, bab agama ni memang kau kena mahirkan. (even kau dah habis exam).

Nak kahwin jahil agama,

boleh rosak rumah tangga.


So bacalah, yang penting tajuk-tajuk Fiqah dan Sirah. (Ini yang paling susah nak score).

Mudah-mudahan kau dapat Hidayah Allah.

InsyaAllah Ameen.
_________________________________________________________________________________



Apa-apa pun, yang penting Ikhlas menuntut ilmu.

Jangan lupa Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal (orang selalu panggil D.U.I.T)

Dan, kalau dah dapat ilmu, kau share lah kat kawan-kawan kau. Baru berkat ilmu kau.



Belajar lah dengan hati yang terbuka (walau rasa sesak di otak dan di dada),

Sebab bila mati nanti, bila lagi nak merasa?





2 comments:

  1. Kalau beli buku latihan yg x de note x pe ke. Sbb kt umah sye ade buku latihan mcm tu je.Sye form 4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, as long as kita boleh buat latihan untuk improve, boleh je.

      Delete