Thursday, 12 March 2015

10A+ SPM : PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Assalamualaikum, dan salam sejahtera. :)




Alhamdulillah! 10A+ untuk SPM! BETUL KE NI? PERGGHHH Ermm. Macam tak percaya pula, sebab rasanya usaha tak all out sangat pun. Aku rasa, ini semua ujian dari Allah. Nak uji aku bersyukur ataupun lupa diri. Erm. *muhasabah diri sikit*

Terima kasih kepada ibu bapa yang tercinta. Jugak kepada keluarga yang banyak berdoa. Juga kepada pengetua, dan guru-guru yang tak jemu dan muak mengajar saya. Juga kepada rakan-rakan seperjuangan, senior junior, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih semuua :D


Apa yang aku hanya buat adalah just menggunakan segala kudrat yang ada untuk belajar. Itu sahaja.



_________________________________________________________________________________


Aku tak akan lupa tarikh ni, 3 Mac 2015 (tarikh result SPM keluar).

Memang cuak ah. Dari paper first SPM dah cuak dah.

Yelah, sebab kita dah prepare sehabis mungkin, mesti kita harap ada hasilnya... kan?

Siapa nak tau pengalaman suka duka time aku belajar, dan pengalaman gemuruh waktu jawab SPM, ada kat post lain. Sini cerita pasal how I reacted with the results day je. :P OK?

THE MONTHS BEFORE RESULT

Erm. Nothing much. Sebab busy dengna kerja. Tak rasa gemuruh or whasoever lagi. :P

A WEEK BEFORE RESULT

Okay. Ini yang gelabah. Bukak twitter timeline penuh dengan 'SPM RESULT' , Graf naik lah tahun ni. Siap post lagi gred markah untuk SPM. Erghh -_-" Buat cuak je. Entah betul ke tidak.

A DAY BEFORE RESULT

Sejujurnya, aku tak rasa apa-apa sangat. Cuak tu ada. Tapi setelah tengok post2 Whatsapp suruh kita bertawakal dan sebagainya, aku pun cuba lah remain myself calm. That night classmate ada buat Reunion dekat Captain Steamboat untuk release the stress. Hahaha good idea guys. Nak happy, happy puas2 malam tu. Esok drama menangis pulak ya :P

THE RESULT'S DAY

I woke up very early that day. Siap-siapkan diri then pergi sekolah pukul 7.30 pagi. Awal kan? Hahaha padahal result pukul 10 pagi. Aku kerja koperasi sekolah so tak pelik sangat pun. Ramai wish goodluck and all the best kat aku. Gemuruh jiwa aku. Lemah jantung pun ada. Tapi relaks, dan tawakal, relaks dan tawakal. Itu jelah yang termampu.


Pukul 10, semua member datang. Rasa happy sangat2 dapat jumpa diorang balik. Semua muka gelabah tapi cover cool je. Hehe.

Then duduk dewan dengar ceramah kerjaya lebih kurang 30 minit. Waktu ni memang kesian kat cikgu yang berceramah pasal macam tak ada sapa nak dengar. Semua cerita pengalaman cuti masing-masing. Tabah yaa cikguku. Haha.


THE ANNOUNCEMENT

Okay, jantung berdegup pantas. Time cikgu umumkan GPS sekolah tahun ni menurun dan jumlah calon yang gagal makin meningkat, semua dah gelabah dah.

"Dan... SPM tahun ni ada 2 orang straight A, dan seorang Straight A+. "

Waktu cikgu cakap macam tu, semua orang dah pandang aku. Semua dah expect aku yang dapat straight A+, tapi aku tundukkan muka je. Takut-takut itu bukan aku.  Nanti takut riyak pulak. :P


Cikgu pun announce yang dapat 6A, 7A 8A, 9A dan last sekali straight A naik pentas sorang demi sorang. Aku bangga ramai jugak member aku dapat naik pentas tu *terharu* . Even member yang tengok macam takde harapan pun tup tup dapat 7A. Perghh ramai pulak tu. So siapa yang macam diorang tu jangan berputus asa okay.


"Dan calon yang mendapat 10A+, Saudara Amir Firdaus Bin Eddy Rosyadie!"

Aku pun dengan hati yang gembira berjalan ke tangga pentas, sambil dihujani tepukan gemuruh oleh guru dan rakan. Waktu tu aku rasa macam dinobat menjadi Perdana Menteri pulak :P hahaha. Aku salam pengetua, nak peluk tapi beliau pegang sijil dan hadiah, so tak jadi peluk, salam je. Then, flash camera photographer mula menyinar macam artis bergambar.

Nak tengok video, member aku ada post kat FB :
https://www.facebook.com/video.php?v=809742672414411&pnref=story

Turun je aku dari pentas, ramai yang kerumun aku. Masing-masing nak bergambar. Aku waktu tu rasa tersesak. Dan sejujurnya aku tak berapa suka dengan keadaan tu. Rimas! Tapi, diajaknya bergambar, dan diberi tembakan ucapan tahniah bertubi-tubi, aku pun senyum gembira pada mereka.


Siap ada yang nak jadikan aku menantu lagi. -_-"

Bergambar dengan Cikgu Haslina, the best kaunselor bagi aku



Tiap kali lalu je mesti ada ucapan tahniah dari cikgu, member dan junior. Ada juga pensyarah dari luar ucap tahniah juga. Woaa. tapi kan... Hadiah tak de ke :P Aku layan mereka dengan sebaik mungkin, sampaikan aku terpaksa Whatsapp mak aku 45 minit lepas aku amik result. And mak aku ucap tahniah juga.


And aku terpaksa laminate result aku awal2 kat koperasi sebab dah keronyok dah orang lain buat. Takut terkoyak.


Dan berita ini tersebar hingga satu daerah Klang. Khabarnya ada 14 orang je yang dapat Straight A+ daripada 32 sekolah dalam daerah tu. And dalam SMK Meru, ini adalah the first time ada orang dapat Straight A+. New record lah kiranya.

Balik rumah aku dihadiahi pelukan mesra oleh ibu ayah. Waktu tu rasa nak nangis, tapi apakan daya hati ni keras sikit untuk mengalirkan air mata huhu. Yet, I didn't claim any present from them, because I was aiming this result so as a present for them.

_________________________________________________________________________________
And,


For me, spm result is just a beginning.

Dan mendapat keputusan bagus mana pun tak semestinya menjamin masa depan kau.


Selama ni aku strive for 10A+ sebab aku rasa dah memang tanggungjawab aku.


Sebab nak buktikan dekat semua orang, sekolah harian biasa pinggir bandar pun boleh berjaya.

Sebab nak buktikan bahawa orang Islam pun boleh berjaya di dunia jugak.


Dan still, aku tak rasa bangga sangat pun dengan result aku ni.
Bukan tak bersyukur, cuma tak nak cepat puas hati.
Orang lain pun dapat 10A+, so apa nak dibanggakan? Ada yang 11A+, 12A+, apa ada hal?



Itu yang aku belajar dari pengalaman. Aku kena cabar diri sendiri dan jangan cepat rasa puas hati.

Kepada sesiapa yang masih pasang impian nak strive for straight A+, silakan.
Yang penting niat, dan how we strive it.

Kadang kita asyik mengejar impian kita, sampai lupa cinta pada Allah dan ibu bapa.
Kadang kita asyik mengejar impian kita, sampai lupa kenapa kita kejar impian kita.


Dan bagi aku, apa guna kau berjaya tapi kau tak guna kejayaan tu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat?

So duduk diam. Renung balik diri. Kenapa selama ni kau belajar? Untuk dunia? Akhirat? Atau kedua-duanya?


Kalau malas nak belajar silakan juga. Tapi rasa lah selamanya duduk dalam kebodohan.



RENUNGKAN. :)

20 comments:

  1. bagaimana cara abang amir belajar sehingga berjaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dah abang share kat blog ni juga. Boleh check.

      Delete
  2. Waa ! Hebatnya stret A+ . Skolah saya dah 2 thun takde org dpt stret A+

    ReplyDelete
  3. Rezeki Allah. Ouh ya ka. Ni tengah tunggu result SPM ke, atau form 5 ke?

    ReplyDelete
  4. Tahniah 10A+ hebat sangattt, im currently waiting for my spm result which will be announced on this thursday, doakan saya dpt straight A+ mcm saudara jugak! Thankss

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ameen. Nanti masuk universiti, lagi WOW RAMAI JUGAK YANG STRAIGHT A+. Hahaha, dah decide nak sambung mana?

      Delete
    2. So I got straight A's in spm2015 tpi 7 je A+ haha tak semua A+ pun. Tak decide habis lagi tapi baru dpt offer utp untuk foundation march intake ni. Sebenarnya nak buat pharmacy tapi tak banyak jumpa scholarship untuk pharmacy so just go with the flow jelah haha

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. abg blh tlg x cane sy nk lwn mls.evn da baca tips abg sccss.tkut sgt nk spm sblm nie ade fail n byk E. ade hrpn lg x hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada harapan lagi okay. Cari kawan yg boleh bantu kita. Dekati cikgu2 supaya boleh bimbing kita kalau tak faham. InshaAllah yg penting keberkatan tu. Okay? Fighting!

      Delete
  6. salam, abg Amir. saya pelajar pasum seis 2016/2017. boleh tak share tips isi upu untuk ke ijazah sarjana muda. kalau boleh share jgk tentang teknik nk isi supaya nk sampaikan yg kita nk ke um jgk untuk sambung degree. takut diorang x perasan. hehehe... terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Memandangkan sesi kamu semua pakai UPU, jadi sedikit berbeza sewaktu saya mohon dulu sebab mohon UM tak via UPU.

      Tak apa. Begini, ada dua cara untuk isi UPU, satu ikut bidang, dan satu lagi ikut universiti.

      Katakanlah kita memang betul2 nak masuk UM, so isi ikut universiti. So isi dua belas pilihan tu semua UM. Tapi make sure course yg kita letak tu kita boleh bawa lah. Jgn tiba2 letak yg kita tak minat pula.

      Kalau memang nak engineering, tapi tak kisah tak dapat UM ke tak, so letak semua engineering. So inshaAllah akan dapat engineering juga.

      Delete
  7. Abg amir,kwn ade citer psl abg n ade follow gak ig.die dulu sklh ngan abg tapi masuk SBPI Selandar waktu f4.Nk tanye,bkn yg dpt straight a+ tu bkn diberi tahu awal ke??btw,doakn saye tuk result khamis ni.huhuhu😊😊😊tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke siapa ya tu, saya tak berapa ingat dah haha. Sekolah meru memang dia umumkan keputusan camni waktu akhir pengumuman.

      Delete
    2. Owh,kwn tu name die dayah.Bang,I mean sape yg dpt straight a+ bkn diberi tahu sehari awal.Btw,2 days left.doakan kiteorg

      Delete
  8. Salam, apa tips untuk skor 1A paper 1119 english tu ?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, just improve your writing. How? Banyakkan membaca buku-buku inggeris untuk tambah vocab and structure ayat. Kasi nampak smooth and professional. Apa yang saya buat ialah ada beberapa buku contoh-contoh karangan, then saya akan copy satu hari satu karangan. That way kita punya otak akan biasa dengan penulisan and kita boleh belajar new words dari situ. Beberapa bulan selepas buat camtu, i felt that I could write essays on my own without copying any samples. Practice makes perfect. Begitulah.

      Delete
  9. Salam! Sy ambik aliran sastera boleh bgi tips nk hafal or mudah ingt?? Mcm prdgn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca berulang-ulang kali, inshaAllah. Banyakkan latihan juga untuk kukuhkan lagi apa yang kita baca tu.

      Nak lagi berkesan, baca dan buat latihan sampai kita dah boleh mengajar orang lain. Semakin banyak kita mengajar orang lain, semakin faham kita pada sesuatu subjek itu.

      Delete
  10. Wow good job, ak orang indonesia tapi ingin juga pandai SPM, ak stelah tamat sekolah SMA ini juga mau pergi ke malaysia soalnya ibuku sudah ada di sana

    ReplyDelete