Thursday, 26 March 2015

DILANDA KEBOSANAN

Bismillah.

Pernah tak kau tiba-tiba rasa bosan sangat-sangat?

Belajar bosan.

Tengok TV bosan.

Mandi bosan.

Makan bosan.

Minum bosan.

Tidur pun bosan.


Memang bosan sehinggakan apa-apa pun yang kau buat akan terasa bosan yang amat.

Ini berlaku biasanya time cuti, dan tak keluar rumah.

(Lainlah kalau kau ada Thaasophobia. (takut pada kebosanan))

Aku nak tanya, apa yang akan korang buat?


Sebab aku dah try semua yang orang recommend, tapi macam tak berjaya jugak je.


Main phone, bosan jugak.

Baca novel, bosan jugak.

Tengok drama dan movie, bosan jugak.

Dengar lagu, bosan jugak.

Semualah bosan.



Then ada yang kata,

"Kenapa tak baca Quran? Berzikir ke? Baca Kitab Fiqah dan Tauhid ke?"


Perggh sentap habis.

Aku pun simpan kata-kata tu, dan terus mencari jawapan, (Kalau ada orang kata baca Quran pun bosan, kau nak kata apa?)


Aku pun mempersoalkan,

"Kenapa kita rasa bosan?"

"Dan macam mana nak hilangkan rasa bosan tu?"

Sebab selama aku hidup 18 tahun ni,
bila dengar ceramah / khutbah, mesti rasa bosan.
Bila tengah study je, mesti rasa bosan

Kenapa eh?

Kenapa bosan ni perlu wujud dalam minda kita?

Aku terus mencari, dan mencari, dan mencari jawapan.
And finally I have come out with a brief conclusion.


_________________________________________________________________________________


Actually kebosanan itu datang dari diri kita sendiri.

Sebenarnya, apa-apa pun yang kau buat, kau takkan rasa bosan kalau kau buat dengan sepenuh hati.

Kau sendiri yang controll emosi sendiri; nak happy atau moody.

Nak enjoy, atau tak nak enjoy.

Itu semua terletak pada diri kau sendiri.

Dan tak payah fikir jauh siapakah insan yang bakal merubah masa depan kau.

Sebab jawapannya dah jelas.

Jawapannya,

DIRI KAU SENDIRI.

1 comment: