Thursday, 19 March 2015

PERTAMA KALI DAN KITA




Bismillah.

19th Mac 2015. (Tarikh pertama kali dalam hidup aku dapat terbangkan layang-layang)



Kita semua pernah merasai saat 'pertama kali'.

Pertama kali dapat merangkak, berjalan, berlari, bawak basikal.

Pertama kali jatuh basikal, dimarahi cikgu, ponteng kelas, tak tidur malam, 

tak pun, pertama kali bercinta. <3



Saat kita pertama kali buat sesuatu tu, mesti kita rasa seronok sangat-sangat. :D

Yalah, pertama kali kott. :)

Rasa happy gila-gila >.<

Tapi, kalau kali kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya,

kenapa keseronokan dan kegembiraan tu semakin hilang eh?

Pelik kan?

Patutlah kalau kita bercinta dua tiga kali dengan orang yang berbeza,
mesti kita rasa makin cepat bosan.

Dan mengharapkan keseronokan yang kita rasa tu macam first time kita buat dulu.

_________________________________________________________________________________

Itulah kita, sifat dan fitrah manusia,
So, cubalah kalau buat sesuatu,
Kita throwback as if how we felt it for the first time.

Barulah keseronokan yang kita nak rasa tu datang balik.


Bukan apa,

Ramai yang kata cinta kali pertama ni, kita tak akan boleh lupa.

Tapi ramai juga tak sedar, cinta kali pertama kita, adalah cinta kepada Allah sebenarnya,

but still, ramai yang dah terlupa..

Maklumlah, awek dan pakwe memberi kebahagiaan lebih daripada Tuhan, kan?

Erm.





No comments:

Post a Comment