SENIOR : DI SEBALIK AZAM SPM 10A+

Bismillah.

Waktu aku Form 1 dulu, aku ni memang jenis yang 'blur'. (Dan nerd).

Entahlah, mungkin sebab aku tak matang kot lagi waktu tu.
Dan aku tak ingat apa benda yang aku buat sepanjang aku Form 1 dan Form 2.

Gambar takde.
Awek takde.

Kawan aku pun, tak ramai

Yang aku ingat aku just datang sekolah dan jaga koperasi.
Tu jelah.


Then, time Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), kitorang kena buat satu folio.


Folio yang bertajuk "SMK MERU : Sekolah Saya".

Dari situlah aku rasa everything had changed.

Kitorang kena buat folio pasal sejarah sekolah, guru-guru, berapa banyak kelas, pencapaian akademik dan sebagainya.

Erm.

Aku pun start research (bertanya dan membedah majalah sekolah).

Dan aku terbaca pasal sorang senior ni. Dia Tokoh Pelajar 2009.


Namanya, Anuar Azizi.

He'd got Straight A's dalam SPM 2009 ( 6A+,3A, 1A- )

Waktu tu dialah yang paling hebat dalam sejarah akademik (sebab dapat paling banyak A+).

Aku pun.. WoW. And he has become one of my idol. 


"I must beat him." kata hatiku.


Walaupun aku tak pernah jumpa dia (sebab waktu dia form 5, aku darjah 6), aku akan jadikan dia pesaing aku.

Start dari situlah, aku mula belajar bersungguh-sungguh.

Dan merasakan ilmu aku tak pernah cukup-cukup.

Mesti rasa nak belajar lagi sampai aku tahu semua benda.


Aku banyak lah 'interview' cikgu-cikgu pasal dia,
Ada yangk kata dia memang terer giler Add Math (sampai cipta formula sendiri, kata mereka)
Terer Kimia, Fizik.
dan English.
Senang kata semua terer lah.


Aku dibakar dengan semangat nak kalahkan dia, dan buktikan aku pun boleh buat.



Aku ingat lagi,
Gambar dia ada terselit dalam gambar banner kecemerlangan sekolah dekat dewan,
so tiap-tiap hari bila aku masuk sekolah, mesti akan nampak muka dia.
Ini buat aku lebih rasa bersemangat nak belajar.


Bertahun-tahun berlalu lepas itu, banner tu dah takde, banyak dah berubah.

Dan muncul lebih ramai senior yang mantap-mantap.

Ini senarai Tokoh Pelajar dari tahun 2010 sampai 2013:

Haziq Aiman (2010)
Adiel Addin Arief (2011)
Kak Diana (2012)
Hadirah Ibrahim (2013)


Mereka ada sejarah kegemilangan mereka sendiri yang aku kagumi sangat-sangat. Sampaikan mereka menjadi idola aku.

Tapi dari segi akademik, mereka masih tak mengalahkan si Anuar Azizi ni.

Maka aku set dalam minda,

"Aku lah yang akan kalahkan mereka semua!"

_________________________________________________________________________________

Kini,

Aku berterima kasih kepada senior-senior ku ini.

Walaupun aku tak pernah nampak muka Anuar Azizi depan-depan, (hanya tengok di majalah sekolah), aku masih rasa dialah pesaing utama aku.

Mereka dah banyak tunjuk kat aku apa yang patut aku buat dengan kehidupan aku.

Seolah-olah, mereka ada di sisi aku setiap saat aku belajar di kelas dan di rumah.

Teringin nak berjumpa semua senior aku ni balik :')


Tanpa mereka,
siapalah aku sekarang?


Dan aku sedar,
belajar untuk memecah rekod senior-senio ini buat kita lebih kuat untuk belajar,
tapi kalau itulah sebab kenapa kita belajar,
kita rugi.

Belajar kerana Allah.
Agar lebih dekat kepada-Nya.

Barulah lebih bermakna, kan? :)

................................

Nak belajar Algebra untuk PT3 dan Add Math?
Register di 👇
amirrosyadie.onpay.my/order/form/a001

Comments

  1. Abang macam mana abang belajar sejarah? Share tips sikit bang saya dh lah tak minat sejarah tapi kalau minat pon dua tiga minggu tak sentuh topik tu lupa jugak...tolong abang geniuss!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejarah ya. Sejujurnya saya pun tak minat sangat sejarah (one of my subject I didn't wannna learn during SPM).

      Tapi, ada tips juga nak survive. First,kertas 2 format sekarang banyak KBAT, so skor kat bahagian KBAT tu. Try to look for contoh soalan2 KBAT, kita akan dapati skema jawapan KBAT tu lebih kurang sama je.

      Second, jgn pandang rendah pada kertas 1. Walaupun objektif tapi it's a bit confusing. Cara yg saya guna ialah cuba semua soalan objektif yang ada. Again, kita akan dapati bentuk soalannya lebih kurang sama je. Buat past years SPM, past year Trial SBP, past year Trial MRSM, past year Trial SPM negeri lain. Kalau buat semua tu inshaAllah kita akan nampak. (rajin-rajinlah sikit, tiru jawapan belakang pun takpe asalkan buat dan faham).

      Kertas 3 pula is very easy but be careful. Exam dia open book je, nanti akan ada cikgu/internet yg akan sebarkan points untuk jawab kertas 3. Tapi make sure tak silap salin lah itu je.

      Apa2 pun, baca lah sikit buku sejarah tu walaupun mungkin agak boring. Dulu saya baca buku teks weh (lagi menarik rasanya berbanding buku rujukan).


      Minat tu inshaAllah akan datang lepas kita dah faham benda tu. So keep strong until you master it. :)

      Delete
  2. Ya allah bang terima kasih!! Nanti saya cuba amalkan apa yang abang ajar!! Saya doakan abang berjaya dalam apa sahaja bidang yang abang ceburi!!

    ReplyDelete
  3. Ya allah bang terima kasih!! Nanti saya cuba amalkan apa yang abang ajar!! Saya doakan abang berjaya dalam apa sahaja bidang yang abang ceburi!!

    ReplyDelete
  4. Can you give a tips on how to study english? Tq..

    ReplyDelete
  5. Imitate. Experience. Reflect.

    Imitate. Kalau SPM ni banyakkan practice pada writing an essay lah kan. Cari buku contoh karangan, and start wtih imitate on the writing style.

    Bila dah banyak imitate, baru kita ada sedikit confidence nak tulis sendiri karangan tu. So tulis satu or dua karangan sendiri, then bagi cikgu checkkan. Dari situ kita boleh experience sendiri style menulis kita.

    Reflect. Bila ada grammar errors, style writing tak kena, so reflect and improve. Ask teachers, or friends yg terer english. Dari situ kita boleh tahu sebaik mana english kita.

    ReplyDelete
  6. Salam abang
    Cam mana nak skor A matematik dan bahasa inggeris

    ReplyDelete

Post a Comment