Monday, 16 March 2015

YEAY SPM DAH HABIS : SEKARANG NAK BUAT APA?



Bismillah.

Okay, lepas habis SPM, semua orang akan 'blur'. Tak tau nak buat apa. Dulu kita selalu kata :

"Lepas habis SPM aku nak main game, nak tidur puas-puas, nak jalan sampai ke Sunway, nak kerja, nak blablablablala...."

Tapi, kau masuk PLKN. Padan muka muahahahaha .  Cehh, PLKN mula-mula je macam tak best, sebenarnya best weh  (member2 cerita). Aku tak dapat PLKN. (tak tau nak rasa gembira atau kecewa) :P

Dan waktu cuti itu memang lifeless. Makan tidur je tiap-tiap hari. So aku terfikir apa benda nak dibuat during the long holiday.

Ada member yang kerja. Kerja yang bosan ada, yang penat pun ada.

Ada member yang tak kerja. Aku pun tak faham apa yang diorang buat time cuti ni. Tak rasa lifeless ke?!

Rambut serabai akibat bekerja


So I ended up with Koperasi. Yes. Koperasi sekolah. Aku dari Form 1 sampai Form 5 jaga koperasi. So tak ada masalahlah. Even gaji tak lah setinggi member yang kerja kat luar, aku tetap rasa gembira dapat berkhidmat kembali kepada sekolah yang banyak memberi ilmu kepadaku. Kehkeh. Lagipun, cikgu pun memang request aku jaga sebab jurujual pun tak ramai.

Yang bestnya, dapat jumpa juniorku yang comel-comel. :D Lagi-lagi dengan anak-anak PBSM. Memang tak boleh berpisah. Hehe.

Budak-budak PBSM bergamar dengan 'artis'


Dan sambil-sambil tu, junior akan minta aku ajar diorang Add Math, Kimia, Fizik etc dekat Pusat Sumber. Haa so apa lagi. aku pun on je lah (sebab dah tak tau nak buat apa lagi). Payah jugak nak mengajar diorang ni sebenarnya :P asyik mainn jee haish. Haha.

So jadilah aku Jurujual Koperasi + Guru dekat SMK Meru tu sampai Bulan Mac a.k.a result SPM keluar.. (ramai orang perli aku takda rumah ke sebab asyik lepak sekolah je kerjanya -_-'') Oi orang kerja okay. kerjaaa hahaha.


Rindu sekolah tu memang. Tapi life has to be continued though.

_________________________________________________________________________________


Waktu cuti, cubalah manfaatkan setiap waktu yang ada.

Jangan tau menggemukkan diri kat rumah je.

Do something good. Tak payah hidup kat dunia ni kalau nak jadi sampah.

Explore dunia luar. Dan kau akan tahu macam mana masyarakat kita yang sebenar-benarnya.

Moga menjadi pengajaran kepada kita semua.

InsyaAllah.


Tips: Bagi sesiapa yang belum fikir nak amik course apa, kerjaya apa, lebih baik fikir dari sekarang. Nanti akan 'blur' macam aku masa cuti hari tu.
















No comments:

Post a Comment