Friday, 10 April 2015

JUNIOR

Bismillah.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah kita masih bernyawa hari ni. Masih boleh beramal untuk jadi bekalan kat akhirat nanti.

Cumanya, aku terkenanglah time menjadi junior dan time menjadi senior dulu.

Kalau difikirkan, semua orang pernah menjadi junior dulu.

Tak kiralah time tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. . . . , asyik-asyik kena buli je dengan abang-abang dan kakak-kakak senior.


Dan semua orang juga pernah merasai menjadi senior.
Time darjah 6 atau Form 5, bukan main lagi buli adik kita tanpa belas kasihan. Kesian mereka.



Sepanjang aku jadi senior, tak tahulah, aku lebih suka meluangkan masa bersama junior aku.

Mungkin sebab, diorang cute kot.

Ataupun, muka cute diorang still innocent and senang dibuli. Kehkehkeh.

Heh, tak adalah. Actually, ada banyak benda yang kita boleh belajar dari adik-adik kita.






They also can teach us good lessons.

Terutamanya dalam bab bersabar.
Kejap happy, kejap nangis, kejap merajuk. Haihh.

Biasalah, pemikiran mereka adalah tidak setaraf dengan pemikiran senior kita ni.

That's why most of the seniors suka buli adik-adik junior kita, dan menganggap senior lah yang lebih pandai dan makan garam daripada mereka.


Padahal, benda itu salah.

Tak semestinya umur kau lebih daripada umur adik-adik kau, kau lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada mereka.

Tiada pengalaman juga merupakan satu pengalaman sebenarnya.


Dan kadang-kadang, adik-adik inilah yang lebih banyak mempersoalkan idea-idea remeh yang kita sendiri tidak pernah terfikir.


"Abang, kenapa habuk, kalau jatuh kat atas kasut putih, dia warna hitam, tapi kalau jatuh kat kasut hitam, dia warna putih?"

"Abang, bila adik bangun pagi, nak gosok gigi dulu ke, atau makan dulu baru gosok gigi?"

"Abang, kalau nak makan Honey Stars, letak susu dulu ke, letak honey stars dulu?"

.
.
.
dan banyak lagi lah soalan-soalan yang remeh (yang kadang-kala menarik untuk difikirkan).







_________________________________________________________________________________

Apabila mereka bertanya, jangan kita tengking. Jawablah secara berhikmah.

Apabila mereka membuat perkara yang tidak sepatutnya, jangan dihina. Tegurlah secara berhikmah.

Belajar juga daripada mereka, respect mereka tak kira dia siapa-siapa pun.


Kau hidup lebih lama daripada diorang,
Mungkin dosa kau lebih banyak daripada diorang?


So jangan sombong.
Umur bukan penghalang untuk masing-masing bersama.


Adios amigos.

No comments:

Post a Comment