HOW I SURVIVED STUDYING AT PASUM

LAST UPDATE: 24 JUN 2016

Bismillah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Atas permintaan beberapa junior PASUM 2016/2017, saya luangkan sedikit masa untuk kongsikan cara saya boleh survive belajar di PASUM. (Ini cara saya, yang mana mungkin salah, dan mungkin betul. Saya hanya kongsikan sahaja apa yang saya lalui dan tempuhi onak duri belukau ni).


NOTE: If you want to ask questions, you can ask me through comment, email (amirrosyadie69@gmail.com), or DM me via Instagram (@amirrosyadie), I prefer more via Instagram.




PENGENALAN:




1. Saya merupakan pelajar PASUM 2015/2016, pelajar dan ketua kuliah aliran asasi sains fizikal 2, dan juga pengerusi Akademik dan Intelektual (ADIN) di kolej. CGPA saya 4.00 flat Alhamdulillah syukur.

2. Orang kata, saya the best student in PASUM, wallahualam. Saya tak rasa saya the best pun. Kat PASUM ni ada banyak lagi kawan yang saya kagumi, dan lebih baik dari saya.

3. I won "Pelajar Terbaik Aliran Sains Fizikal" title during Malam Emas. And some of lecturers said saya pelajar terbaik keseluruhan (dari segi markah akademik lah, dari segi iman dan takwa, erm, wallahualam).

4. So macam mana saya buat tu? How do I study at PASUM? Apa rahsia and tips untuk dapatkan 4 flat? Well, the answers are too subjectives. Tapi saya tuliskan juga, mudah-mudahan membantu.




BUKU RUJUKAN:

1. Bila saya kata buku rujukan, maksudnya ialah any buku rujukan will do. Comprehensive college, matrikulasi, STPM, A-level mahupun buku international.

2. Tapi saya biasanya guna buku comprehensive college, matrikulasi dan certain random books kat library pasum tu je. Buku matrikulasi dan STPM ni bagus untuk buat exercises and go through examples.

3. Orang tanya, penting ke buku rujukan ni? Guna ke buku-buku ni? Well, ingat, membaca jambatan ilmu.

4. If you want to get 4 flat, lecture notes dan tutorials dah cukup. But if you want to get more knowledge, then you need buku rujukan.

5. For physics, I recommend satu buku ni. Namanya "Serway College Physics". Boleh beli dekat kedai Pekan Buku di KPS. A bit mahal, around rm80 mcm tu. Boleh share dengan roommates. Saya pun pinjam roommate je. Bagus sebab lecturer physics biasa buat lecture notes dari sini. Dia punya explaination memang very detail, so memang pemahaman konsep tu kita dapat banyak. Exercise dia pun banyak yang tough2, so memang menguji minda juga lah. (jawapan boleh search di google, type soalan dia, nanti keluarlah).

6. Subjek lain saya tak tau. Saya baca sahaja apa yang ada. Tak perlu beli semua buku, kalau ada kawan, boleh share-share. Tak pun library PASUM tu ada (sebab buku kat library pasum tak boleh dipinjam, kadang saya fotostat je parts yang saya nak baca).





KULIAH:




1. Saya merupakan pelajar Fizikal 2, dan juga Ketua Kuliah Fizikal 2.

2. Menjadi Ketua Kuliah membolehkan saya berkenalan dan dikenali ramai lecturer dan juga rakan-rakan sekuliah. Maka, saya tak boleh ponteng atau selalu tidur dalam kuliah (huhu).

3. Dalam kuliah, saya duduk di bahagian belakang, kerana kalau saya duduk depan sangat, slide tu nampak besar sangat, susah nak fokus (macam dalam wayang).

4. Tapi kadang-kala kalau lecturer lawa best, saya duduk depan. (Sebab tak perlu tengok sangat slide, tengok lecturer pun dah faham). Tak kisah duduk mana, saya tukar-tukar je kat mana saya nak duduk asalkan selesa.

5. Saya datang kuliah paling-paling pun 5 minit awal sebelum kuliah start. Kita kena tunjukkan disiplin masa. Tak naklah lecturer tengah ajar, kita baru nak datang. Tak beradab tu.

6. Sekiranya mengantuk, saya kadang minum air, ataupun pergi tandas cuci muka, ataupun tidur sekejap. Tapi seeloknya buat tu antara selang kuliah. Waktu kuliah tulah masa kita nak fokus.

7. Ramai orang tidur dalam kuliah, which is a bad habit. Sebab there are a lot of important points yang kita kena dengar. Kalau tak, senang lost. Kenalah fikir cara sendiri to make ourselves tak mengantuk and boleh fokus waktu kuliah. Se-boring mana pun kuliah tu, kuliah tetap kuliah. 

8. Sejujurnya, kalau saya memang tak boleh fokus sebab mengantuk, saya akan buat tutorial dan salin lab report ketika kuliah (apa boleh buat, asalkan manfaatkan masa).






9. Ketika lecture, make sure ada lecture notes bersama anda. Kalau lecturer tak sediakan notes, maka salinlah nota sendiri. Sejujurnya saya jarang salin notes waktu kuliah, sebab saya really focus apa yang diajar, kadang tak sempat salin notes. Bukan apa, everything dah ada dalam reference book, so balik nanti rujuklah situ. Tak pun, cari kawan yang salin nota tadi, ha salinlah daripada mereka kalau nak salin.


10. Ingat, jangan expect kita boleh faham terus apa yang diajar waktu kuliah. Kuliah ni lecturer ajar surface je, details dia kita sendiri kena fahamkan. Sebab tu focus dalam kuliah ni, fokus apa yang diajar. Supaya bila balik kolej, kita boleh belajar dari reference books, google or youtube sahaja. If you want to take notes, go on. Tapi mesti fahamkan cepat-cepat sebab dalam test, kita bawa ilmu bersama kita, nota kena simpan dalam beg. :')

11. Lepas habis kuliah, kalau betul-betul nak tanya lecturer, tanya cepat-cepat dengan lecturer tu. Kadang lecturer tak ada masa nak layan kita dekat bilik pensyarah. So tanya waktu lepas habis kuliah tu terus. Tanya perkara penting sahaja, jangan tanya soalan basic (sebab takut lecturer malas nak layan). Kalau tak, tak apa. Balik study dulu. Esok lusa baru tanya kalau masih tak faham.






TUTORIAL:






1. Orang kata, apa yang keluar tutorial and lecture notes, itulah yang keluar dekat exam. Betul ke? Jawapannya, yes and no, but mostly yes.

2. Untuk midsem exam, banyak keluar dari lecture note, manakala final exam pula keluar dari tutorial dan juga lecture note.

3. Sebab tu, tutorial make sure kalau boleh buat sendiri. Kalau boleh, fahamkan betul-betul cara jawab dia, sehinggakan kita boleh ajar kawan-kawan yang tak faham sampai dia faham. Dulu saya banyak juga mengajar member semua tutorial ni, sampaikan saya dah hafal dah soalan tu nombor berapa dan macam mana nak jawab. (sampai begitu sekali).

4. BUT, tutorial is not everything. Ada kawan saya yang memang betul-betul buat tutorial, sampai 2 atau 3 kali, but still not getting 4.00. Why?

5. Macam inilah, kenapa kita diberi soalan tutorial? Actually bagi saya, tutorial is just to test our understanding pasal topics tu. So, saya pun hairan kenapa orang bila habis kuliah, terus buat tutorial tanpa self-study? I mean, terer betul boleh terus buat tutorial? Sepatutnya, kita self-study dulu. Buka buku rujukan, go through all the example questions, do some exercises. Kalau boleh buka google and youtube sekali apa yang tak ada dalam buku rujukan tu. Then barulah boleh jawab tutorial dengan mudah.

6. Tapi yalah, masalah masa. Saya pun ada masalah tu juga. Ada 8 subjek berbeza, then how to manage our time to study all those subjects sedangkan tutorial pun tak sempat buat? Well, saya pun fikir how to overcome that problem.

7. Apa yang saya buat ialah saya tiru analisis tutorial orang lain. Saya tanya siapa yang dah siap, and then mereka snap and hantar dalam whatsapp. Saya siap dah assign orang dah siapa yang mesti dah siap fizik, siapa yang mesti dah siapkan matematik, and so on. That way, saya boleh tiru analisis jawapan mereka, and kadang spot the kesalahan lazim yang pelajar di PASUM selalu buat. So cepat sikit bila saya siapkan tu, tak adalah nak belek belek buku cari jawapan lepas tu tak dapat the answer and then frust.

8. Cakap pasal frust, kita kena banyak bersabar bila buat tutorial ni. Jangan expect bila buat tutor, kita tak akan sangkut kat mana-mana soalan. Salah tu. Bila tak boleh buat tu, make sure kena buat sampai kita dapat the solution, no matter how long it will take. 

9. Pernah sekali ada soalan geometry pasal bulatan, and I think satu PASUM tak boleh jawab soalan tu, wallahualam. Tapi saya ambil masa 6 jam untuk solve soalan tu, daripada pukul 12 tgh hari sampai ke 6 petang. I know a bit waste of time kat situ, tapi berbaloi. Saya rasa puas, and once dapat solve soalan tu, rasa understanding level kita makin boosts up. That's why never give up. Bila susah kita dapat benda tu, so susahlah kita akan lupakan benda tu.



10. Yang penting jangan malas nak buat tutorial. Ini pantang. Ramai yang malas nak siapkan tutor, and then expect nak buat lepas kelas tutor. Hei, tutor lepas pun tak buat lagi, ini kan pula tutor minggu ni. Tutor minggu depan pula, bila nak buat? 

11. Stop this bad habit. Saya pun pernah rasa benda ni, especially kimia sebab saya memang tak minat kimia dulu, and banyak benda tak faham. So saya banyak tiru je tutorial orang lain, about for one month macam tu. Ingat, bila asyik tiru orang je, or tak buat tutor, our confidence level will suddenly jatuh teruk. Sebab tu bila datang kuliah, tak faham apa-apa, tak dapat fokus, last-last tidur.

12. Percayalah, you will drag this bad habit sampai final exam kalau tak betulkan awal-awal. Better be safe than sorry bro. Ramai kawan bila dah nak dekat final exam, mereka fotostat sahaja tutorial kawan untuk mereka buat revision. Tapi yalah, mana ada masa dah nak cover balik all the tutors yang kita dah tinggalkan.

13. So, ingat. Self-study dulu, baca buku rujukan and dapatkan konsep betul-betul. Then baru buat tutorial. That's my way. Not sure if it works for other people, though.

14. Sejujurnya, saya siap tutorial biasanya malam sebelum hari tutorial tu, or sometimes waktu kuliah sebelum kelas tutorial tu baru siap. Masa bro, masa! Main dengan risiko sikit dengan cara saya ni, but yeah at least I did finish my tutorials + understand it more than other people.


CARRY MARKS (TEST/ LAB):




1. One of the reason kenapa kena siapkan tutor cepat is sebab ada test. Test ni basically soalan lebih kurang tutorial juga,

2. Sebab tu kena study hari-hari, keep refreshing apa yang kita dah belajar. Sebab ramai yang teruk dekat test, especially fizik.

3. Siapa yang lab fizik hari selasa rabu khamis jumaat untunglah sebab boleh tanya soalan apa yang keluar dekat pelajar yang lab hari isnin. Tapi kalau malas belajar, tak guna juga.

4. Untuk lab, tak ada masalah sangat. Rata-rata okay je. Just enjoy the experiments. Salin lab report tu make sure jangan last minute sangat, takut gelabah. Sejujurnya saya biasa salin lab report masa kuliah yang ringan-ringan, yalah tak sempat salin. Sambil menyelam, minum air.

5. Jangan pandang remeh pada carry marks ni, especially dekat test. Ramai menyesal sebab tak perform masa buat soalan test. So take note ya.




MID SEM / FINAL EXAM:




1. Exam dekat PASUM ni mudah sebenarnya, sebab lecturer sendiri yang akan buat soalan.

2. Untuk mid sem, banyakkan baca lecture notes. Tutorial buat juga, just to get the concept betul-betul and how to solve some basic problems.

3. Untuk final, tutorial kena betul-betul dah master. Waktu ni sepatutnya tak ada satu soalan tutorial pun yang kita tak tahu jawab. Barulah mudah exam nanti.

4. How I study for final? Well, first thing jangan last minute! Study dari sekarang. Sebab kalau nak study last minute, memang sakit otak tu, sebab banyak benda nak cover.

5. Soalan past year papers kena buat tak? Erm, I recommend kalau rasa tutorial tu dah master, then buatlah past year tu. Untuk dapatkan gambaran bentuk soalan tu. Sometimes, ada soalan past year keluar dalam exam. So yeah it's good to try but tutorials and lecture notes are more important.

6. Untuk lebih power, buatlah soalan-soalan di buku rujukan. Buat sampai semua soalan kita tahu nak jawab.

7. Kita buat exercise ni untuk naikkan confidence level kita, makin kita buat exercise, makin confident bila nak jawab exam nanti. Practice makes perfect orang kata. Tapi kena kuatlah, siapa nak result bagus, usaha kena bagus jugalah. Stress memang stress, itu perkara biasa. Tapi tulah, try jadikan belajar kita ni enjoy. Kan seronok bila tahu benda baru.

8. Bila buat semua ni, inshaAllah, bila hari exam tu, saya memang relax je, baca lecture notes dan tutorial pun gitu-gitu je, yang lain gelabah lagi dengan lecture notes di tangan, tanya itu tanya ini. Masuk dewan peperiksaan pun konfiden je. Buka kertas soalan, tersenyum sebab semuanya kita dah tahu nak jawab apa. Keluar dewan je rasa happy je, and boleh lah acah-acah dengan kawan "Weh susah betul soalan tadi". Best kan kalau macam tu?

9. Tapi, untuk jadi macam tu, kena lalui the darkness of difficulties first. It's what you do in the darkness that put you in the light.






KOLEJ:






1. Biasalah, bila balik PASUM pukul 5.00 petang tu, semua orang mentally exhausted. Saya bila balik kolej petang tu, saya ambil masa untuk rehat. Sejujurnya, saya jarang bersukan sebab takut malam nanti penat sangat. (Hei, jalan kaki balik kolej pun kira bersenam juga kan).

2. Malam tu saya akan buka buku rujukan dulu, fahamkan apa yang patut difahamkan. Sampai pukul 11.00 mcm tu, baru saya buat tutorial sampai pukul 2.00 pagi kebiasaannya. Saya lagi suka stay up daripada tidur awal n then bangun awal.

3. Tapi tulah, kadang saya malam tu busy dengan meeting JTKlah, meeting projeklah. Kadang ada yang minta tolong ajarkanlah. So kena pandai manage time lah kat situ. Kita kena banyak berkorban kat situ. Jangan spend time sendiri-sendiri je. Beringatlah kita duduk di kolej bersama orang lain juga. Kita ada roommates, cubemates, classmates, projectmates and so on. Kenalah layan karenah semua ni juga.

4. Tapi apa-apa pun, setiap malam tu mesti dimanfaatkan. At least mesti study juga, saya prefer study sorang-sorang, but if saya ada kawan yang semangat nak study juga, dipersilakan study sekali. Kalau roommates bising, saya akan cari room yang memang suasana belajar. Cari orang yang betul-betul nak belajar. Tapi jangan menyusahkan orang lain. Help each other lah.

5. Time sabtu ahad, saya jarang balik rumah, walau rumah dekat. Sebab takut tak boleh study kat rumah. Sabtu dan ahad ni lah masa untuk kita cover balik apa yang kita dah belajar sepanjang minggu tu. Ingat, make sure fahamkan betul-betul topik dalam minggu tu sebelum pergi ke minggu seterusnya. Sebab, you won't have much time to cover banyak topics within that week. And kalau topik minggu depannya bersambung dari topik minggu lepas, lagi parah kalau kita tak faham-faham lagi topik lepas punya.

6. Ambil masa cuti tu sebaiknya, kalau nak pergi mid valley ke, jalan-jalan ke, silakan. Saya pun jalan-jalan juga untuk release stress. But most of the time, manfaatkan sebaiknya.





KOKURIKULUM:




1. Kokurikulum ni penting juga, bukan apa, tak naklah jadi robot yang belajar sahaja pagi petang siang malam.

2. Tujuan kita take part in kokurikulum ni ialah to build soft skills, bukan semata nak markah merit je. Pantang betul saya bila ada program, orang take part sebab markah merit or terpaksa sahaja. Kita ialah asasi, yang akan masuk ke alam degree. So soft skill mesti kena brush up. Skill memimpin, bercakap di hadapan, dan menguruskan program, semua tu kita kena belajar supaya boleh survive bila masuk degree nanti.

3. Tapi, di asasi, memang susah nak aktif kokurikulum ni, sebab masalah masa. Sebab tu kena kawal sedikit. Hadir semua program, tapi jangan bolot banyak jawatan, takut lost masa study. Kita join ni pun enjoy-enjoy, dalam masa yang sama belajar dari pengalaman.

4. Saya dulu JTK memang busy. Hampir setiap malam ada meeting. Kadang bila balik meeting memang penat dan rasa nak tidur. Tapi tak boleh, sebab banyak benda tak study dan tutorial tak buat lagi. Dekat situlah kita kena strong. Lawan diri kita sendiri. Tanggungjawab tu kena pegang kuat-kuat. Selagi tak siap, tak boleh tidur. Itu saya dulu. Kena keluar daripad comfort zone, no pain no gain.

5. Basically kokurikulum ni ada banyak jawatan, terpulang nak jadi yang mana:

a) JTK
b) AJK bawah JTK
c) AJK Projek (Ada banyak projek dekat kolej, dekat PASUM ada dua iaitu Jogathon dan Malam Emas)
d) Ahli biasa yang datang program sahaja

6. So pandai-pandailah buat pilihan ya. At least, sertailah AJK Projek walaupun satu projek. Bukan apa, pengalaman tu yang penting. Belajar perkara di luar buku teks. Barulah seimbang dan lebih mematangkan kita.




KONKLUSI:

1. All in all, ingat, apa-apa yang kita buat, kena ikhlas. Usahalah untuk ikhlas dan minat dalam belajar. Ikhtiarkan caranya. Plan strategi sendiri untuk jadi lebih baik.

2. Usaha kena kuat. Usaha ni tak semestinya kita belajar berjam-jam lamanya, tapi kita belajar sampai ke tahap dah nak menangis dah, sampai rasa nak give up, tapi waktu tu kita still hold on untuk terus belajar. Belajarlah sehabis mungkin. Kalau orang lain belajar 5 muka surat, kita belajar 10 muka surat. Kalau orang lain belajar 10 muka surat, kita belajar 20 muka surat. Kalau nak result luar biasa, kita kena usaha yang luar biasa.

3. Jangan lalui semua ni seorang-seorang. Berdoalah pada Allah, minta bantuan Dia. Dan kawan-kawan kita ada di sekeliling, minta bantuan mereka kalau perlu. Bantu mereka juga. Positif kan diri dan terus berusaha mengejar impian kita.


All the best. :)
Maaf atas kekurangan dan kesilapan. Love you all.



Apa-apa nak saya tambah or tanya, boleh komen or DM di Instagram (@amirrosyadie)




Comments

  1. This is very inspirational and helpful. 😊I'm currently going through that 'banyak-nye-aku-tak-tau' phase making me feel very intimidated almost to the point of giving up.thanks for the kind tips. ☺

    ReplyDelete
  2. This is very inspirational and helpful. 😊I'm currently going through that 'banyak-nye-aku-tak-tau' phase making me feel very intimidated almost to the point of giving up.thanks for the kind tips. ☺

    ReplyDelete
  3. Really needed this piece of motivation walaupun baru kejap kat sini, surely will come back for this from time to time.
    Thanks amir, keep on doing what you're doing and Allah yuftah alaikum for IChO nanti!
    p/s I didn't see any tips on Maths, payung sikit ehehe thank you again.

    ReplyDelete
  4. InshaAllah ameen.

    Untuk math ya, first of all ikhlas dan minat tu penting. Tak boleh buat kira-kira, equations, formula dlm keadaan tak suka. Anggap math ni mcm game minda haa gitu. Mcm mana pun kena build positive mind tentang math ni dulu.

    Second, read and practice a lot. Math ni require knowledge (which comes from reading) and skills (which comes from practice). Tanpa dua ni, math kita takleh pergi jauh. Baca lecture notes (dan if you rajin, buku rujukan+google+youtube), fahamkan konsep then go through all sample questions. Bila rasa knowledge dah okay,then buat practice habis habisan. For pasum, buat tutorial sefaham fahamnya sebab soalan exam banyak keluar dari situ FYI.


    Kena lebihkan sikit math ni sebab kat pasum, math ni memang paling penting lah dlm kiraan gpa.

    ReplyDelete
  5. Baik lah abang idola ����

    ReplyDelete
  6. Boleh tanya? Mcm dgn subject yg perlu banyak ingat? Boleh share?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam biasa, sentiasa baca berulang-kali. Kalau dulu sampai baca out loud buku tu, seolah-olah kita tengah bercerita dgn orang. Lagi bagus, after read certain topics, try to ajar or cerita kat kawan pasal topik tu. That way you secure ur memorization more.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Kokurikilum memang wajib ke untuk dapat 4.00 for the cgpa

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. hi .. boleh sy tahu lecturer notes tu dpt dari mna ?? dri lecturer sendiri or kena beli ??

    ReplyDelete
  11. Halo, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau penggunaan kakitangan. Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui Whats app +919205646839
    mohanmendcompany01@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCEGAHAN PINJAMAN
      ******************************
    1) Nama Penuh:
      2) Jantina:
      3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
      4) Tempoh Pinjaman:
      5) Negara:
      6) Alamat Rumah:
      7) Nombor Mudah Alih:
      8) Nombor Faks:
      9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
      11) Tarikh Gaji:
      12) Tujuan pinjaman:
      13) Di mana anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mohanmendcompany01@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment