Thursday, 28 January 2016

PASUM: APA YANG KITA PERLU TAHU?

LAST UPDATE: 18 MEI 2017


STARTING REMINDER:

Saya tulis ini ketika saya menjadi fasilitator ketika persediaan minggu orientasi PASUM sesi 2016/2017. Kemungkinan sedikit informasi di bawah boleh berubah dari semasa ke semasa, bergantung kepada pengurusan dan pentadbiran PASUM sendiri. Tapi tidak mengapa, saya akan usaha yang terbaik untuk memberi infomasi yang terkini.

TENTANG BORANG PASUM: http://amirrosyadie.blogspot.my/2016/05/borang-pasum-jom-settlekan-sekarang.html


If you find that this entry is quite long, I recommend you to go through this brochure first to have a big picture of my entire entry. This one is a guide to check the minimum requirement to enter PASUM (tak semestinya kena straight A baru boleh apply PASUM):

 https://www.um.edu.my/docs/default-source/syarat-kemasukan-bachelor/brosur-program-pengajian-asasi-universiti-malaya-2015-new.pdf?sfvrsn=2



Blog ini adalah sekadar pandangan saya mengenai PASUM dan bukanlah mewakili mana-mana pengurusan PASUM ya. Sekadar pengalaman dan pandangan saya sahaja.


If you want to ask me anything, don't hesitate to ask me through comments, email, or direct message me via Instagram.

(email: amirrosyadie69@gmail.com).
(instagram: @amirrosyadie).


So let's get started!



Bismillah.

Assalamualaikum semua!

Mesti anda search pasal PASUM (Pusat Asasi Sains Universiti Malaya) dan terjumpa blog ni, kan? Ha, anda kira bertuah sebab jumpa blog ni.

Sebab, kebanyakan blog yang cerita pasal PASUM, semua cerita-cerita yang lama dan tak updated, macam batch 2013. 2012, 2011, 2010. Sekarang dah lain tau! Contoh, dulu nak masuk PASUM ni pernah ada interview, sekarang dah tak ada interview.


So, bila anda baca blog pasal PASUM, make sure tengok dulu sesi bila, sebab since 2 tahun lepas, sistem PASUM and kolej ni dah lain sikit berbanding 2 tahun lepas. So be careful when asking seniors about sistem ya. Nak tanya pasal life kat PASUM tak apa.


Sebagai pelajar PASUM sesi 2015/2016, saya nak share sedikit sebanyak benefit di sini. My post will be as updated as possible inshaAllah.


NOTE: Sekiranya anda masuk PASUM, waktu Degree nanti, anda hanya boleh ambil course yang beraliran sains sahaja di Universiti Malaya (di universiti lain, saya tak pasti), anda tak boleh ambil course selain aliran sains seperti law, accounting, business and so on. Nama pun Pusat Asasi SAINS, kan?

Jadi, buat pilihan yang bijak. Kalau rasa nak ambil bukan aliran sains bila degree nanti, saya memang tak galakkan ambil PASUM.



KELEBIHAN MASUK PASUM:


1. Pelajar PASUM diberikan keutamaan yang lebih untuk masuk ke Universiti Malaya berbanding dengan pelajar asasi lain, matrikulasi atau STPM. Ratio kemasukan pelajar PASUM berbanding pelajar lain ke UM ialah 60:40. Maknanya anda lebih terjamin untuk masuk ke UM berbanding pelajar lain.


2. Topik yang diajar di PASUM akan sedikit sebanyak bantu kita sewaktu ambil degree nanti. Sebab tu topiknya agak mencabar. Tapi seriously membantu.


3. Dapat adapt atau biasakan dengn suasana universiti. Jadi, bila masuk degree, tidaklah terlalu culture shock. Masuk UM nanti pun, kawan lebih ramai, sebab ramai dari PASUM, kan?

4. Banyak kemudahan ada di sini, terutama Wi-Fi, makanan berpatutan dan sedap di kafe-kafe UM, dan grabcar/uber/teksi pun banyak kalau nak bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur. 


KEKURANGAN MASUK PASUM:

1. Lepas sahaja habis belajar PASUM, kita tidak boleh menyambung subjek selain aliran sains di Universiti Malaya waktu degree nanti (contoh macam Law, Arts, Business, Accounting). (Kalau universiti lain saya tak tahu). Melainkan anda merayu sangat-sangat (tapi susah). So plan baik-baik nak sambung apa degree nanti.


2. Perlu struggle untuk adapt dan perform dekat PASUM. Sekiranya anda lambat biasakan diri dengan suasana universiti, pointer untuk semester 1 dapat rendahlah. Tengok kawan matrikulasi dapat pointer 3.50 ke atas, tapi kita bawah 3.50. Cerita realiti. Sebab tu ingat, nanti masuk PASUM, terus adapt cepat-cepat. Bergantung pada usaha anda sebenarnya


3. Tak tahu nak kata ini kekurangan atau tidak, tapi UM terletak di Kuala Lumpur. Midvalley Mega Mall, KL Gateway, Shopping malls semua dekat. Pergi naik grabcar/uber/teksi 10 minit sahaja. Grabcar/uber/teksi pula banyak di sini. Jadi, certain pelajar yang tidak pandai mengatur masa akan banyak keluar ke shopping mall dan menghabiskan masa berjalan-jalan (tak salah, cuma kena pandai urus masa).


NOTE: Actually there are a lot more. Boleh lah research sendiri (taip je PASUM dekat twitter, #pasum1617 dekat Instagram, search PASUM dekat google or Youtube), semua ada. Tapi ingat, semua itu hanyalah pandangan peribadi. Ada yang betul ada yang tak betul. Nilailah secara bijak dan matang, mesti ada yang suka PASUM, mesti ada yang tak, kan? Masing-masing ada pengalaman masing-masing.


Sebelum anda apply PASUM, make sure anda lepas dahulu syarat kelayakan ini dahulu:



Syarat kelayakan (minimum requirement) untuk apply PASUM sains Hayat dan sains Fizikal. Tak semestinya wajib straight A baru boleh apply. (taken from latest brochure, made in 2015)
*KLIK PADA GAMBAR SEKIRANYA GAMBAR TERLALU KECIL*



Sekiranya pass, boleh lah teruskan ya.


1) ALIRAN ASASI DI PASUM :  SAINS HAYAT , SAINS FIZIKAL, dan APIDS


1. Kita kena tahu kita nak ambil aliran apa di PASUM nanti. Penting kerana ia melibatkan minat anda.

2. Requirement untuk masuk PASUM dan detail subjek tentang setiap aliran saya dah kongsi di brosur link di atas. Tak semestinya kena straight A baru boleh masuk PASUM ya.

3. Dikatakan PASUM merupakan asasi paling mencabar berbanding asasi lain. Hal ini disebabkan ramai students tak dapat adapt dengan suasana di universiti, lebih-lebih lagi di universiti no.1 di Malaysia.

4. Tapi tak apa, ramai juga yang mampu survive dekat sini. Asalkan kita cepat adapt dengan suasana universiti, kita okay je. Sebab ramai student yang straight A's SPM, bila masuk PASUM, mereka kecundang, sebab mereka tidak dapat adapt dengan suasana baru di PASUM. Tidak kiralah SBP, MRSM, Harian, SMA, semua sama sahaja.


5. Walaubagaimanapun macam saya kata tadi, ramai yang berjaya melepasi PASUM dengan jayanya dan dapat menyambung degree di universiti pilihan. Konklusinya, semua bergantung kepada individu untuk berusaha mendapat rezeki yang lebih baik.



6. Ada tiga aliran asasi di Universiti Malaya, iaitu : 



1) ASASI SAINS HAYAT




Subjek yang dipelajari di sains hayat dan sains fizikal. Saya letak side by side untuk anda senang bandingkan subjek. (taken from latest brochure, made in 2015)
*KLIK PADA GAMBAR SEKIRANYA GAMBAR TERLALU KECIL*


1.1.1. Most students memilih aliran hayat untuk pursue medic, pharmcy, and dentists atau bio-related courses untuk degree nanti. KALAU TIDAK MINAT BIOLOGI, tak digalakkan pilih aliran hayat. Merana anda nanti haha.


1.1.2. Tapi mesti ingat, untuk pursue dalam tiga bidang tersebut, anda disarankan untuk study dulu about syarat kelayakan (minimum requirement), dan proses-proses yang anda kena lalui. Anda boleh search di website rasmi UM , atau bertanya pada senior PASUM, untuk mengelakkan anda terkeliru mengenai critcial courses tersebut.


1.1.3. Alirat hayat merupakan subjek yang agak mencabar, kerana

  •  Anda mempunyai tiga lab eksperimen dalam setiap minggu, iaitu Fizik, Kimia, serta Biologi.
  • Anda tidak mempelajari subjek Vektor (subjek yang dipelajari oleh aliran sains fizikal), dan ini menyebabkan anda kena struggle sedikit untuk subjek Fizik kerana subjek Fizik ada menggunakan asas dalam vektor.

1.1.4. Kelebihan memilih aliran hayat adalah untuk Degree nanti, anda ada peluang untuk memilih sama ada engineering ataupun medic, pharmacy, dentists, ataupun other courses of science. aliran fizikal pula peluang kurang kerana tak boleh ambil medic, pharmacy and denstist or courses yang perluka subjek biologi di peringkat asasi.

1.1.5. Namun demikian, aliran hayat tidak belajar subjek sains komputer, dan math engineering. Maka pelajar sains hayat akan struggle sedikit berbanding sains fizikal dekat degree nanti kalau dia choose for engineering. Jadi buat pilihan yang bijak.




2) ASASI SAINS FIZIKAL




Subjek yang dipelajari di sains hayat dan sains fizikal. Saya letak side by side untuk anda senang bandingkan subjek. (taken from latest brochure, made in 2015)
*KLIK PADA GAMBAR SEKIRANYA GAMBAR TERLALU KECIL*


1.2.1.  Most student memilih aliran fizikal untuk pursue engineering, sains komputer, dan courses sains yang lain terutama Fizik atau Matematik.

NOTE: Macam mana nak tahu sains fizikal boleh ambil apa dan sains hayat boleh ambil apa? Yang itu kena check sendiri di laman web UM: https://www.um.edu.my/academics/bachelor . Tengok apa syarat kelayakan untuk masuk course yang anda nak di degree tu. Kalau memerlukan biologi di peringkat asasi atau setaraf, then kenalah ambil sains hayat.

1.2.2. Pelajar aliran fizikal tidak mempelajari subjek Biologi, maka tidak relevan untuk sambung ke Bachelor Medicine and Bachelor in Surgery, sebagai contoh.

1.2.3. Dikatakan aliran fizikal adalah mencabar kerana:
  • Aliran Fizikal menggunakan banyak matematik, seperti subjek Vektor, Engineering mathematics, dan Sains komputer. Siapa yang lemah matematik perlu struggle betul-betul.
1.2.4. Namun demikian, mereka mendapat kelebihan dari segi subjek fizik dan matematik, kerana belajar subjek vektor lebih mendalam berbanding aliran hayat.




3) ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS (APIDS)



1.3.1. Saya tiada begitu banyak knowledge mengenai APIDS, kerana saya tidak melalui program asasi ini. Ia agak berlainan dengan aliran sains hayat atau fizikal.

1.3.2. Asasi ini 2 tahun, tahun pertama mereka belajar di Nilam Puri, Kelantan. Kemudian tahun berikutnya barulah di PASUM.

1.3.3. Maka, mereka adalah seumpama abang kakak yang senior kepada student PASUM yang lain.

1.3.4. Boleh search Google "Asasi Pengajian Islam Dengan Sains". Namun sekiranya ingin tahu lebih lanjut, boleh bertanya juga, saya ada rakan APIDS yang boleh membantu.

NOTE: Baca lebih lanjut mengenai:  APIDS




TAMBAHAN:  RANCANGAN PERSEDIAAN KHAS JEPUN (RPKJ)

1.4.1. Saya juga tiada knowledge berkenaan RPKJ kerana saya tidak melalui program ini, tetapi basically ia adalah satu program khas untuk menyediakan pelajar ke Jepun. (Belajar di PASUM dalam bahasa Jepun).

1.4.2. Boleh Google sendiri "Rancangan Persediaan Khas Jepun" . Sekiranya ada juga soalan, boleh bertanya. Saya ada rakan dari RPKJ yang mungkin boleh membantu.


NOTE: Sekiranya anda lihat betul-betul jadual subjek tadi, di PASUM tiada subjek 'matematik'. Matematik di PASUM dipecahkan kepada beberapa subjek seperti Algebra, Calculus, Geometri, Statistik dan Kebarangkalian. Masing-masing ada paper yang berlainan untuk final exam. Inilah sistem universiti, dia berbeza dengan matrikulasi atau stpm yang belajar satu subjek 'matematik' sahaja. Supaya disiplin setiap bidang matematik itu didalami betul-betul.




7. Apabila di PASUM, ramai akan struggle untuk achieve 4 flat dalam peperiksaan. Untuk mendapatkan 4 flat di PASUM adalah tugas yang mencabar, sebab waktu saya dulu hanya nisbah purata 1:4 orang dalam kelas mendapat 4 flat (pemerhatian saya).


8. Namun demikian, 4 flat bukanlah segalanya. Ramai yang tidak dapat 4 flat, tapi berjaya juga masuk ke degree di UM. Jangan risau sangat ya. Be competitive boleh tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Ikhlaskan diri belajar ya.


9. Lecturer di PASUM sangat peramah, dan caring pada student. Oleh sebab itu, banyak topik spot yang akan mereka beritahu student apabila final exam semakin hampir. Maka senanglah untuk anda skor sebenarnya!

10. Mengenai buku rujukan pula, itu adalah pilihan anda untuk beli buku rujukan atau tidak. Silibus di PASUM adalah lebih kurang silibus Matrikulasi dan STPM. Maka nak beli buku matrik or STPM pun okay (untuk Fizik, Kimia dan Biologi). Untuk Math, ada yang sama ada yang tak.


11. Walaubagaimanapun, pensyarah akan beri nota kepada anda, dipanggil 'lecture note'. Silibus yang ada di situ, silibus itulah yang keluar di exam.


NOTE: Buku rujukan yang spesifik boleh dibeli di PASUM, nanti lecturer akan announce sewaktu first kuliah.




Tidak mustahil untuk capai 4.00. If someone had done it, so why not us? Banyakkan berdoa pada Allah, berusaha, ikhtiar dan tawakal.




12. Etika pemakaian di kelas/kuliah PASUM:

Lelaki:
1. Kemeja berlengan pendek/panjang dan bertali leher. (Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar).
2. Seluar panjang/Slack. (Jeans tak dibenarkan)
3. Berkasut. Tak kisah kasut kulit ke, kasut futsal ke, yang penting kasut. Digalakkan kasut yang boleh kita banyak berjalan. So kasut sukan tu is the best lah bagi saya.
4. Jumaat boleh pakai baju melayu/kurta. Jubah tak digalakkan, kalau boleh tak payah pakai jubah pergi kelas/kuliah.

Perempuan:
1. Baju kurung/kebaya/kebarung sahaja. Jubah pun dibenarkan.
2. Berkasut. Tak kisah lah tumit tinggi ke, tumit rendah ke, yang penting kasut. Digalakkan kasut yang boleh kita banyak berjalan. So kasut sukan tu is the best lah bagi saya,




2) KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ ( KUAZ )


Hanya mampu bergambar dengan hiasan di gate kolej. Nak lihat gambar-gambar sekitar kolej, boleh google sendiri. (tapi ingat, macam biasa, don't be judgemental about this college okay. Duduk sini dulu baru komen)


1.  Pelajar PASUM akan tinggal di sebuah kolej bernama Kolej Kediaman Ungku Aziz, iaitu Kolej Kesebelas Universiti Malaya. Antara kolej yang cantik, aman, dan sedap makanan di kafenya. Walaupun dengar macam padat 1 bilik 4 orang, tapi sebenarnya cukup selesa dan itu yang membuatkan bonding dengan roommates tu kuat.

2. Berdasarkan pengalaman pelajar, yang buat life kat PASUM ini seronok ialah aktiviti kolej. Kolej akan buat banyak aktiviti. In fact, pelajarlah yang akan jadi ajk aktiviti tu kalau anda nak. Be active, barulah tidak bosan pergi kelas balik kelas, tidur. Pergi kelas balik kelas, tidur. Memanglah bosan!

3.  Aktiviti apa je? Banyak. Projek-projek bertaraf universiti dan bukannya lagi seperti di sekolah-sekolah.. Nanti minggu orientasi tahulah ya.

4. Dan, biasalah. UM berada di Kuala Lumpur. Maka nak pergi Mid Valley Megamall pun 10 minit je naik teksi. Nak balik pukul berapa pun tak kisah, 2 pagi, 3 pagi.  Tak ada warden nak marah-marah, tapi ada felo kolej yang concern, dia akan marah anda kalau balik lewat lepas pukul 12 tengah malam. Anda harus ingat gate UM pun ada pengawal keselamatan (kalau kena tangkap, naya anda). So those yang jarang lepak-lepak, maybe akan ada culture shock sikit. Tak apa, belajar sesuaikan diri.

5. KUAZ menyediakan banya kemudahan, antaranya mesin basuh, seterika, dobi, dan  kedai fotostat. Wi-fi pun ada dekat setiap bilik. Kafe pun ada. Dan makanan di kafe KUAZ adalah berpatutan dan sedap.


8. Sebelah KUAZ, ada court tennis, ada swimming pool, ada gym, ada court squash, ada futsal, ada gelanggang badminton, ada track nak jogging, dan sebagainya.


9. Senang cerita, banyak benda yang anda boleh buat kat sini. So don't worry about boredom okay! There are so much things to experience.


NOTE: 
Antara barang yang dilarang bawa ke KUAZ ialah apa-apa mesin pemanas ( seterika, air panas, microwave ) atas tujuan keselamatan. Seterika dan water heater ada disediaka. Jangan risau, tak berebut pun.

Sesetengah barang elektrik seperti laptop, kipas, printer dan sebagainya boleh dibawa, tetapi perlu didaftar di pejabat KUAZ (ada harga tertentu bagi setiap peralatan elektrik). Denda dikenakan sekiranya staf pejabat dapati anda tidak mendaftar brang / bawa barang terlarang:

      
Senarai barangan yang dicas kadar bayaran/tiada caj/tidak dibenarkan.


Pelajar PASUM dilarang membawa kenderaan, kecuali basikal. Kenderaan anda akan kena 'clamp' dan dikenakan denda kompaun.

10. Semua itu dan peraturan kolej lain akan diberitahu ketika MSKP nanti. Maaf ya kerana tidak dapat share di sini, sebab terlalu banyak peraturan. Apa-apa pun, anda boleh bertanya jika mahu.



3) KOKURIKULUM DI PASUM DAN KUAZ

1. Markah Kokurikulum 10% dalam sistem merit masih berjalan di peringkat asasi. Oleh itu, anda perlu cemerlang dalam akademik dan juga kokurikulum, kerana terdapat banyak persaingan untuk sambung ke Degree nanti (lagi-lagi Medic).

2. Untuk pengetahuan anda, di PASUM dan KUAZ tiada unit uniform, kelab dan persatuan seperti mana di sekolah dulu.

2. Tetapi, terdapat banyak aktiviti menarik dan projek yang kita boleh sertai. Malahan, kita boleh menjadi AJK yang menguruskan aktiviti tersebut (dan mendapat markah koko lebih, of course).

3. Dan sekiranya anda hendak mengasah bakat kepemimpinan anda (dan markah koko yang lebih tinggi), anda boleh cabar diri anda untuk menjadi JTK (Jawatankuasa Tindakan Kolej) di KUAZ.

4. Ada banyak aktiviti menarik yang anda akan rasai, cuma saya tidak mahu berkongsi di sini. Biarlah rahsia haha.

5. Di UM, terdapat banyak jenis sukan yang anda boleh ceburi. Saya galakkan anda libatkan diri dalam sukan kerana banyak kelebihan yang anda adakan dapat, lebih-lebih lagi di UM. (pengalaman + markah koko + dan lain-lain).

6. Cumanya nasihat saya ialah anda kena pandai manage masa anda, dan sentiasa ingat akademik lebih penting (90%) berbanding koko (10%) dalam sistem merit. Jangan terlalu sibuk dalam koko, tetapi pelajaran merosot begitu sahaja.








TAMBAHAN: Ini link yang saya share some blogs of PASUM lain yang korang mungkin berminat untuk baca. Some of them adalah sesi lama (sesi 2013/2014 dan ke bawah aku kira sebagai sesi lama, which the system is so different with sesi baru). Tapi takpe.  Sharing is caring:

01) ABOUT PASUM (BATCH 15/16)
02) THE NEXT STAGE
03) KENAPA PERLU MASUK PASUM?
04) MY PASUM ADVICE
05) TENTANG PASUM
06) PASUM - FROM MY PERSPECTIVE?!
07) PASUM DI HATIKU
08) LEPASAN PASUM TERANIAYA?
09) 11 BULAN DI PASUM
10) KISAH DI PASUM
11) PROGRAM ASASI DI UM
12) IN THE REALM : PASUM
13) A WEEK IN PASUM
14) MY LIFE IN PASUM
15) PASUM KU SAYANG
16)  SURVIVING PASUM
17) WHAT PASUM HAS TO OFFER 
18) LIFE IN PASUM
24) PASUM SOK SEK
25) THOSE STORIES. . . PASUM
26) PASUM 11/12
27) FOR THE NEXT PASUMIANS

(You can search more if you want, tak larat dah nak cari lagi)


4) MINGGU ORIENTASI : MINGGU SUAI KENAL PELAJAR (MSKP) ( sebelum ini dikenali sebagai Minggu Haluansiswa (MHS). Tetapi kini, MSKP untuk student asasi, MHS untuk student degree )


 NOTE: Digalakkan baca selepas confirm dapat masuk PASUM


1. Pada awalnya, anda akan ditempatkan di kolej kediaman (singkatan: KK) yang berbeza-beza, sebab jumlah PASUM yang ramai. Tak larat abang kakak fasi yang buat minggu orientasi tu nak jaga anda dalam satu KK, sebab itulah anda akan separated.

2. But after habis minggu orientasi, anda akan ditempatkan di kolej yang sama. KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ, kolej kesebelas. (atau KUAZ, atau KK11)

3. Anda harus ingat, PASUM dan KUAZ adalah 2 pentadbiran yang berbeza. PASUM ialah tempat anda belajar, manakala KUAZ adalah tempat anda tinggal.

4. Ada 13 kolej kediaman di UM  kesemuanya, 12 di UM Kuala Lumpur, 1 di Nilam Puri, Kelantan untuk pelajar APIDS dan API. (Maklumat lanjut : WIKIPEDIA UM  )

5. Sebelum-sebelum ini, student PASUM tinggal di KK12, namun demikian, mulai sesi 2014/2015, student PASUM akan tinggal di KK11, kerana tidak mahu bercampur student degree di KK12 dan student PASUM. Maknanya, KK11 hanya ada student PASUM sahaja (dan sedikit student master).

(Maklumat lanjut mengenai KUAZ, saya khaskan satu slot di bahagian akhir post ini).

6. Orientasi PASUM memang best, serius tak tipu. Tak adanya dera korang teruk-teruk. Nanti yang jadi abang kakak fasi semuanya ex-pasum batch lepas je. Semua yang baik-baik comel-comel hensem-hensem. Hehe. 




7. PENTING!!! ( tentang DOKUMEN)
{ 


NOTE: You can have this Register-In-PASUM guitde list from my friend's. Sangat membantu inshaAllah ( REGISTERING PASUM ) (BLOOD TEST DENGAN X RAY TAK PERLU BUAT UNTUK SESI 2016/2017. ITU UNTUK INTERNATIONAL STUDENT SAHAJA)!

1. Bila nak pergi MSKP, perkara pertama yang perlu anda prepare ialah dokumen yang lengkap. Tanpa dokumen lengkap, anda tidak akan berdaftar sebagai student PASUM.

2. Anda juga perlu ingat bahawa pendaftaran di PASUM dan di KUAZ adalah dua perkara yang berbeza.

3. Maka, apabila dapat result UPU, terus download segala macam dokumen dari laman web UM, and then print. Fail2 yg anda download tu make sure disimpan elok-elok jangan delete.

5. Kalau anda fotostat apa-apa dokumen, make sure minta cop pengesahan pada SETIAP salinan dokumen tu, kerana pengurusan tidak terima cop yang difotostat, so bila fotostat baru, kena cop baru. This is basic yang ramai tak buat.

6.  Semasa isi maklumat dalam dokumen di rumah, anda kemungkinan besar akan tak tahu nak isi apa dekat certain parts. Waktu tu anda kena pandai, sama ada anda tanya senior, atau buka link yang telah saya sediakan. Sekiranya tanya senior, jangan expect senior tahu 100% maklumat tu sebab sistem mereka mungkin lain dengan sistem anda.

}

8. Mengenai barang yang perlu dibawa, anda perlu fikir logik nak kena bawa apa. Baldi ke apa ke, anda boleh fikir nak kena bawa ke tak (mestilah bawa, kan). Kalau terlupa bawa pun, bila-bila boleh beli kat kedai atau bawa dari rumah. 

9.  Banyakkan stamina sebelum MSKP. Dari KUAZ nak ke PASUM, berjalan kaki adalah lebih kurang 15 minit. Selepas MSKP, Bas UM mengikut jadual ada disediakan sekiranya mahu menaiki bas.




10. Saya tidak terlalu share aktiviti semasa MSKP kerana saya nak kekalkan debaran anda untuk ke MSKP.Tapi, saya boleh janji MSKP PASUM is always the best! Nantikan ya!




4) FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

Q1: Surat tawaran akan dipos ke rumah, atau print sendiri?
A1: Print sendiri. Print lebih, okay?

Q2: Etika pakaian di PASUM?
A2: Formal. Maksudnya, untuk lelaki, baju kemeja (tak kisah lengan panjang atau pendek), bertali leher, berseluar slack, dan kasut. Untuk perempuan, baju kurung/baju kebaya/baju kebarung/baju jubah. Nanti akan diceritakan etika pemakaian waktu minggu orientasi.

Q3: Silibus PASUM sama tak dengan silibus asasi/matrik/STPM lain?
A3: Silibus campur-campur. Ada yang dari matrik, ada yang dari STPM, dan ada juga dari A-level maybe. Depends pada lecturer nak letak apa.

Q4: So, buku rujukan apa kena beli since silibus campur-campur?
A4: Any pre-university punya buku boleh bawa. But mostly hampir sama dengan matrikulasi and STPM (untuk fizik, biologi dan kimia), untuk Math ada yg sama ada yg tak. So boleh lah beli buku tu.


Q5: Sains komputer tu apa? Belajar macam mana? Senang ke?
A5: Senang je. Belajar pasal programming. (Bukan baiki-baiki komputer. Tapi progamming okay). One of my favourite subjects. :)

Q6: Lecturer garang tak? 
A6: Lecturer semua baik-baik. Tak ada yang garanglah. They are friendly, but a little bit busy. Biasalah diorang pun ada research diorang sendiri. So agak susah nak luang masa dengan lecturer. But they will spend their time, semata-mata untuk korang. Jangan risau.

Q7: Apa tu kuliah and kelas tutorial?
A7: Korang akan belajar dalam 2 tempat, kuliah dan kelas tutorial. Lecturer akan ajar subjek dalam kuliah menggunakan slide presentation. (Dalam dewan kuliah ada about 200 orang tau. Duduk dalam auditorium yang ber-air cond. Macam dalam wayang, so senang tertidur. Haih). FOKUS okay.

Tutorial ni ialah nama lain bagi 'kerja sekolah'. Setiap minggu lecturer akan bagi satu kertas tutorial bagi setiap subjek, mengandungi soalan-soalan. And korang jawab lah tu dekat kolej. So, akan ada kelas tutorial untuk discuss jawapan korang. Tak semua lecturer akan ajar di kelas tutorial. Some kelas tutorial diajar oleh akak-akak abang-abang master or phd-in-making).

Q8: Dekat UM ada mat salleh tak?
A8: Dekat UM, ada. Tapi dekat PASUM, hanya bumiputera sahaja.

Q9: Ada mesin basuh tak di sana?
A9: Nak basuh sendiri rendam dalam baldi boleh, pakai mesin basuh boleh(bayar at least RM2.00 setiap basuhan), atau nak hantar dobi pun boleh(harga ikut berat basuhan).

Q10: Kena bawa laptop ke?
A10: Depends. Kalau korang nak bawa, bawalah. Tapi nanti ada daftar peralatan elektrik. (tunggu orientasi). Saya galakkan bawa sebab kalau asyik main phone je, tak puas lah kan.


Q11: Bilik panas tak? Satu bilik berapa orang?
A11: Bilik kadang panas kadang sejuk. Mostly suhu biasa-biasa je. Satu bilik 4 orang. Btw, boleh je bawa kipas meja kalau rasa panas sangat. (Tapi ada bayaran daftar peralatan elektrik).


DAN FAQ BERSAMBUNG KE RUANG KOMEN DI BAWAH HUHUHU PENAT MENJAWABNYA.

NOTE: Saya mendapati ada sedikit update pada sistem UM, maka jawapan di ruangan komen ini ada yang old information punya. Jadi maafkan saya sekiranya terdapat kesilapan saya ya.



Sekian, itu sahaja setakat ini.

AMIR ROSYADIE
Alumni Pelajar,
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya sesi 2015/2016,
Universiti Malaya.

amirrosyadie69@gmail.com
Instagram: amirrosyadie



Sumber:

https://www.um.edu.my/docs/default-source/syarat-kemasukan-bachelor/brosur-program-pengajian-asasi-universiti-malaya-2015-new.pdf?sfvrsn=2

https://www.um.edu.my/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Malaya

dan pengalaman di sini.