Thursday, 26 March 2015

DILANDA KEBOSANAN

Bismillah.

Pernah tak kau tiba-tiba rasa bosan sangat-sangat?

Belajar bosan.

Tengok TV bosan.

Mandi bosan.

Makan bosan.

Minum bosan.

Tidur pun bosan.


Memang bosan sehinggakan apa-apa pun yang kau buat akan terasa bosan yang amat.

Ini berlaku biasanya time cuti, dan tak keluar rumah.

(Lainlah kalau kau ada Thaasophobia. (takut pada kebosanan))

Aku nak tanya, apa yang akan korang buat?


Sebab aku dah try semua yang orang recommend, tapi macam tak berjaya jugak je.


Main phone, bosan jugak.

Baca novel, bosan jugak.

Tengok drama dan movie, bosan jugak.

Dengar lagu, bosan jugak.

Semualah bosan.



Then ada yang kata,

"Kenapa tak baca Quran? Berzikir ke? Baca Kitab Fiqah dan Tauhid ke?"


Perggh sentap habis.

Aku pun simpan kata-kata tu, dan terus mencari jawapan, (Kalau ada orang kata baca Quran pun bosan, kau nak kata apa?)


Aku pun mempersoalkan,

"Kenapa kita rasa bosan?"

"Dan macam mana nak hilangkan rasa bosan tu?"

Sebab selama aku hidup 18 tahun ni,
bila dengar ceramah / khutbah, mesti rasa bosan.
Bila tengah study je, mesti rasa bosan

Kenapa eh?

Kenapa bosan ni perlu wujud dalam minda kita?

Aku terus mencari, dan mencari, dan mencari jawapan.
And finally I have come out with a brief conclusion.


_________________________________________________________________________________


Actually kebosanan itu datang dari diri kita sendiri.

Sebenarnya, apa-apa pun yang kau buat, kau takkan rasa bosan kalau kau buat dengan sepenuh hati.

Kau sendiri yang controll emosi sendiri; nak happy atau moody.

Nak enjoy, atau tak nak enjoy.

Itu semua terletak pada diri kau sendiri.

Dan tak payah fikir jauh siapakah insan yang bakal merubah masa depan kau.

Sebab jawapannya dah jelas.

Jawapannya,

DIRI KAU SENDIRI.

Tuesday, 24 March 2015

SENIOR : DI SEBALIK AZAM SPM 10A+

Bismillah.

Waktu aku Form 1 dulu, aku ni memang jenis yang 'blur'. (Dan nerd).

Entahlah, mungkin sebab aku tak matang kot lagi waktu tu.
Dan aku tak ingat apa benda yang aku buat sepanjang aku Form 1 dan Form 2.

Gambar takde.
Awek takde.

Kawan aku pun, tak ramai

Yang aku ingat aku just datang sekolah dan jaga koperasi.
Tu jelah.


Then, time Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), kitorang kena buat satu folio.


Folio yang bertajuk "SMK MERU : Sekolah Saya".

Dari situlah aku rasa everything had changed.

Kitorang kena buat folio pasal sejarah sekolah, guru-guru, berapa banyak kelas, pencapaian akademik dan sebagainya.

Erm.

Aku pun start research (bertanya dan membedah majalah sekolah).

Dan aku terbaca pasal sorang senior ni. Dia Tokoh Pelajar 2009.


Namanya, Anuar Azizi.

He'd got Straight A's dalam SPM 2009 ( 6A+,3A, 1A- )

Waktu tu dialah yang paling hebat dalam sejarah akademik (sebab dapat paling banyak A+).

Aku pun.. WoW. And he has become one of my idol. 


"I must beat him." kata hatiku.


Walaupun aku tak pernah jumpa dia (sebab waktu dia form 5, aku darjah 6), aku akan jadikan dia pesaing aku.

Start dari situlah, aku mula belajar bersungguh-sungguh.

Dan merasakan ilmu aku tak pernah cukup-cukup.

Mesti rasa nak belajar lagi sampai aku tahu semua benda.


Aku banyak lah 'interview' cikgu-cikgu pasal dia,
Ada yangk kata dia memang terer giler Add Math (sampai cipta formula sendiri, kata mereka)
Terer Kimia, Fizik.
dan English.
Senang kata semua terer lah.


Aku dibakar dengan semangat nak kalahkan dia, dan buktikan aku pun boleh buat.



Aku ingat lagi,
Gambar dia ada terselit dalam gambar banner kecemerlangan sekolah dekat dewan,
so tiap-tiap hari bila aku masuk sekolah, mesti akan nampak muka dia.
Ini buat aku lebih rasa bersemangat nak belajar.


Bertahun-tahun berlalu lepas itu, banner tu dah takde, banyak dah berubah.

Dan muncul lebih ramai senior yang mantap-mantap.

Ini senarai Tokoh Pelajar dari tahun 2010 sampai 2013:

Haziq Aiman (2010)
Adiel Addin Arief (2011)
Kak Diana (2012)
Hadirah Ibrahim (2013)


Mereka ada sejarah kegemilangan mereka sendiri yang aku kagumi sangat-sangat. Sampaikan mereka menjadi idola aku.

Tapi dari segi akademik, mereka masih tak mengalahkan si Anuar Azizi ni.

Maka aku set dalam minda,

"Aku lah yang akan kalahkan mereka semua!"

_________________________________________________________________________________

Kini,

Aku berterima kasih kepada senior-senior ku ini.

Walaupun aku tak pernah nampak muka Anuar Azizi depan-depan, (hanya tengok di majalah sekolah), aku masih rasa dialah pesaing utama aku.

Mereka dah banyak tunjuk kat aku apa yang patut aku buat dengan kehidupan aku.

Seolah-olah, mereka ada di sisi aku setiap saat aku belajar di kelas dan di rumah.

Teringin nak berjumpa semua senior aku ni balik :')


Tanpa mereka,
siapalah aku sekarang?


Dan aku sedar,
belajar untuk memecah rekod senior-senio ini buat kita lebih kuat untuk belajar,
tapi kalau itulah sebab kenapa kita belajar,
kita rugi.

Belajar kerana Allah.
Agar lebih dekat kepada-Nya.

Barulah lebih bermakna, kan? :)

Friday, 20 March 2015

BELAJAR IKUT SUBJEK






Bimillah.

Ada orang nak aku tulis post ni.

Sebab dia kata cara belajar subjek Matematik tak sama dengan cara belajar Sains dan Sejarah.

Masing-masing ada cara tersendiri.

Yaaaa, betullah tu.

Siapa kata sama?

Actually, aku sendiri pun tak pasti apakah tips belajar ikut subjek yang sebenar.

Banyak lagi tips belajar kat Blog orang lain kalau masih tak berpuas hati dengan aku punya.

Ini adalah pengalaman aku, I just wanna share them. Maaflah kalau ada yang kurang.


"Teknik ni hanya berkesan kalau anda memang jenis yang nak belajar. Kalau tak nak belajar, teknik ni tidak berguna untuk anda."





MATEMATIK / ADD MATH / KIMIA / FIZIK

Basically, subjek ni ramai yang menyampah.

Terutamanya perempuan. Yup, dalam International Mathematics Olympiad (IMO) pun, dah prove dah lelaki lagi terer Math dari perempuan. :P

Tapi tak bermakna perempuan takleh pandai matematik. Dan tak bermakna jugak semua lelaki pandai matematik.


Ini semua atas usaha masing-masing.




  • Belajar ni perlukan KEFAHAMAN. Kau tak boleh pergi jauh kalau hanya menghafal step semata-mata. Tapi, kalau kau dapat FAHAM + HAFAL, ini memang mantap.



  • Yang paling penting, FOKUS dalam kelas (Jangan borak / tidur)



  • Cara yang paling berkesan ialah aku buat latihan sampai aku dah muak. Itu paling mujarab. Kau beli satu buku rujukan yang tebal tu (sebab buku rujukan tebal tu ada nota + latihan sekali), kau bacalah setiap ayat tanpa tertinggal satu pun. Dan kau buatlah setiap latihan tanpa tertinggal satu pun. InsyaAllah kalau tak berjaya juga, jangan mengalah, buat lagi dan lagi dan lagi. (Kau fikir senang ke nak berjaya?)



Don't limit your challenges, but challenge your limits




SEJARAH / BIOLOGI


Biasanya, subjek ni perempuan lebih terer berbanding lelaki. Sebab kebanyakan perempuan dikatakan lebih suka menghafal daripada mengira.

Aku sebagai lelaki yang senang mengantuk dengan subjek ni, kena cari ikhtiar sendiri.


  • Aku dengan member classmate aku dulu pakat bawak gula-gula / mamee time subjek-subjek yang mengantukkan (macam Sejarah dan Biologi). Makan sorok-sorok, baru tak ngantuk. (Kalau kantoi tanggung sendiri)



  • Biasanya, kita akan 'blur' bila cikgu mengajar kat depan (perkara biasa, jangan risau.).


So ada 2 pilihan :

1. Sama ada kau nak belajar kat rumah lepas cikgu ajar.

2. Atau kau nak belajar kat rumah sebelum cikgu ajar.

Aku lebih prefer buat dua-dua (kalau ada masa).

Kalau tak ada masa, buat lah mana-mana. Pilihan kedua lagi baik. At least kau dapat gambaran apa yang cikgu akan ajar kat kelas nanti.



Dan sama juga macam Matematik,


  • Cara yang paling berkesan ialah aku buat latihan sampai aku dah muak. Itu paling mujarab. Kau beli satu buku rujukan yang tebal tu (sebab buku rujukan tebal tu ada nota + latihan sekali), kau bacalah setiap ayat tanpa tertinggal satu pun. Dan kau buatlah setiap latihan tanpa tertinggal satu pun. InsyaAllah kalau tak berjaya juga, jangan mengalah, buat lagi dan lagi dan lagi. (Kau fikir senang ke nak berjaya?)




BAHASA MELAYU/ BAHASA INGGERIS

Subjek bahasa ni bergantung pada orang.

Ada yang terer mengayat, ada yang tak terer.

Actually bukannya tak terer, cuma tak banyak berlatih je. (Tu yang belum terer tu)

Pelikkan, dari kita darjah 1 sampailah sekarang, kenapa BI kita still broken eh?

Apa yang kita belajar selama ni ye? Sampai sekarang aku pelik.

Sebab aku start terer-kan diri aku dengan BI ni time form 3.

Usaha memang kena all out lah.

Dan subjek bahasa ni bukannya subjek yang kau boleh terer dalam masa seminggu dua minggu,

Dia kena konsisten.



  • Spend sedikit masa untuk BM dan BI dalam sehari (walaupun 10 minit). Yang penting, setiap hari kita kena belajar subjek bahasa ni. Kalau tak, tak menjadi.

  • Untuk tingkatkan skill Menulis / Writing, aku akan beli satu buku 'contoh karangan' / sample essays. Kemudian aku salin satu karangan setiap hari (kena rajin, kalau tak sampai bila nak jahil berbahasa?). Dan cari maksud perkataan baru yang aku tak faham, dan apply perkataan baru tu dalam moments, status or tweets aku.

  • Untuk tingkatkan skill kematangan idea, aku akan baca surat khabar, tak kira surat khabar kertas atau surat khabar online. Dan aku lebih suka baca komen-komen orang. (sebab nak menilai sesuatu isu dari pandangan yang berbeza). Dari situ, aku dapat tingkatkan kemahiran KBAT aku.


  • Aku juga ada masuk pertandingan bahasa. Contohnya Bahas Ala Parlimen dan Forum Perdana. Memang membantu untuk expose diri kita dengan bahasa itu sendiri.






PENDIDIKAN ISLAM / TASAWWUR ISLAM

Subjek ni paling tak popular dalam kalangan murid. Yelah, masing-masing ingat diri tu dah beragama.


Baca pun time dah nak dekat exam.


Insaflah yaa kawan-kawan. (cehh padahal aku pun buat camtu jugak)


Seriously, bab agama ni memang kau kena mahirkan. (even kau dah habis exam).

Nak kahwin jahil agama,

boleh rosak rumah tangga.


So bacalah, yang penting tajuk-tajuk Fiqah dan Sirah. (Ini yang paling susah nak score).

Mudah-mudahan kau dapat Hidayah Allah.

InsyaAllah Ameen.
_________________________________________________________________________________



Apa-apa pun, yang penting Ikhlas menuntut ilmu.

Jangan lupa Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal (orang selalu panggil D.U.I.T)

Dan, kalau dah dapat ilmu, kau share lah kat kawan-kawan kau. Baru berkat ilmu kau.



Belajar lah dengan hati yang terbuka (walau rasa sesak di otak dan di dada),

Sebab bila mati nanti, bila lagi nak merasa?





Thursday, 19 March 2015

PERTAMA KALI DAN KITA




Bismillah.

19th Mac 2015. (Tarikh pertama kali dalam hidup aku dapat terbangkan layang-layang)



Kita semua pernah merasai saat 'pertama kali'.

Pertama kali dapat merangkak, berjalan, berlari, bawak basikal.

Pertama kali jatuh basikal, dimarahi cikgu, ponteng kelas, tak tidur malam, 

tak pun, pertama kali bercinta. <3



Saat kita pertama kali buat sesuatu tu, mesti kita rasa seronok sangat-sangat. :D

Yalah, pertama kali kott. :)

Rasa happy gila-gila >.<

Tapi, kalau kali kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya,

kenapa keseronokan dan kegembiraan tu semakin hilang eh?

Pelik kan?

Patutlah kalau kita bercinta dua tiga kali dengan orang yang berbeza,
mesti kita rasa makin cepat bosan.

Dan mengharapkan keseronokan yang kita rasa tu macam first time kita buat dulu.

_________________________________________________________________________________

Itulah kita, sifat dan fitrah manusia,
So, cubalah kalau buat sesuatu,
Kita throwback as if how we felt it for the first time.

Barulah keseronokan yang kita nak rasa tu datang balik.


Bukan apa,

Ramai yang kata cinta kali pertama ni, kita tak akan boleh lupa.

Tapi ramai juga tak sedar, cinta kali pertama kita, adalah cinta kepada Allah sebenarnya,

but still, ramai yang dah terlupa..

Maklumlah, awek dan pakwe memberi kebahagiaan lebih daripada Tuhan, kan?

Erm.





Wednesday, 18 March 2015

TIPS BELAJAR PLEASE?



Bismillah.

Selepas keputusan SPM diumumkan dan dinobatkan sebagai pelajar yang mendapat 10A+,

Ramai yang minta tips belajar (padahal aku nampak macam banyak main kehkeh),

Sebenarnya, tak ada secret recipe sangat pun.

Meh aku jawab soalan FAQ (Frequently Asked Questions / Soalan yang banyak kali ditanya),
Sebab dah malas nak jawab dah.

"Segala yang tertera di post ini hanyalah pengalaman aku. Berkehendak untuk ikut atau tidak ikut itu terpulang atas risiko sendiri."

Ni list soalannya:

1)      DALAM SEHARI, AWAK BELAJAR BERAPA JAM?

2)      AWAK ADA JADUAL BELAJAR TAK?

3)      CUBA AWAK CERITA SIKIT  KEHIDUPAN AWAK BELAJAR SETIAP HARI?

4)      BETUL KE AWAK TAK TIDUR MALAM SEBAB STUDY?

5)      AWAK MAKAN APA YE? DAN ADA ORANG KATA AWAK BANYAK MAKAN MAGGI, BETUL KE?

6)      SAYA DENGAR KOKO AWAK PUN GEMPAK. MACAM MANA AWAK BALANCE KAN AKADEMIK DENGAN KOKURIKULUM?

7)      KALAU CARA AWAK BELAJAR MACAM TU, MACAM MANA AWAK BOLEH SIAPKAN KERJA SEKOLAH AWAK?

8)      AWAK ADA MAKWE TAK? SEBAB SAYA TENGOK AWAK RAMAI PEMINAT. DAN INI TAK MENGGANGU AWAK BELAJAR KE? 

9)      MACAM MANA AWAK ATASI RASA MALAS BELAJAR?

10)   HUBUNGAN AWAK DENGAN CIKGU OKAY TAK?

11) AWAK MAIN GAME TAK?


1)      DALAM SEHARI, AWAK BELAJAR BERAPA JAM?
Sejujurnya, aku pun tak kira.
Tapi yang aku boleh ringkaskanlah:
6 jam di sekolah
6 jam di rumah
So total up 12 jam study sehari.

2)      AWAK ADA JADUAL BELAJAR TAK?
Tak ada. Saya belajar ikut mood.
Maksud ikut mood ni bukan maksudnya mood nak belajar atau mood tak nak belajar.

Ikut mood ni ialah nak study subjek apa, bab berapa.
“Eh hari ni terasa nak mengira lah.” So aku belajar Add Math.
“Eh hari ni terasa nak menghafal lah.” So aku belajar Sejarah dan Bio.
  Dan begitulah seterusnya….







3)      CUBA AWAK CERITA SIKIT MACAM MANA KEHIDUPAN AWAK BELAJAR SETIAP HARI?

DI SEKOLAH
 Aku belajar kat sekolah dalam kelas around 6 jam, balik sekolah aku tak terus balik rumah, tapi lepak dekat PS (Pusat Sumber). Lepak di PS bukan belajar pun. Just kacau member, junior dan awek je. Cehh tak adalah. Saya tak belajar, tapi saya lebih kepada mengajar. Share2 ilmu. (bukan study group, just ajar camtu2 je). Kutip pahala dan berkat.


DI RUMAH
Balik rumah dalam pukul 5 petang. Kat rumah petang2 macam tu aku akan concentrate belajar Bahasa Inggeris around 3 jam. Bersukan? Yaa aku akan main ping pong depan rumah dalam 3 kali seminggu. So kadang-kadang belajar BI dalam 1 jam sahaja.

 Lepas Isyak, aku akan belajar randomly, kalau aku rasa nak belajar Kimia, aku belajar Kimia, kalau aku rasa nak belajar Add Math, aku akan belajar Add Math. Keburukan cara aku ni ialah kau akan belajar secara tak seimbang. Kalau terlalu belajar Kimia, nanti Bahasa Melayu dengan Pendidikan Islam menurun. So aku kena pandai-pandailah. Ini cara aku, terpulang nak ikut atau tidak.

Dalam pukul 12 atau 1, aku tidur. Dan bangun pukul 6.30 pagi (Haish biasalah, tidur lambat bangun pun agak lambat lah. Terpaksa rushing bersiap ke sekolah hampir setiap hari).

KALAU WAKTU CUTI
Waktu cuti aku biasanya penuh dengan aktiviti. Kebanyakkan aktiviti PBSM aku. Tapi waktu cuti ni biasanya belajar 5 jam. Dan jam-jam yang lain dihabiskan dengan menonton movie atau berlayar di laman sosial.


Gimik study seminggu sebelum exam



4)      BETUL KE AWAK TAK TIDUR MALAM SEBAB STUDY?
Haish. Ada pulak mitos mengatakan aku tak tidur malam sebab study.

Erm. Betul lah tu, KALAU waktu tu seminggu sebelum exam dan semasa exam. (Biasanya tidur pukul 2 pagi). Standardlah kan?

Kalau hari-hari biasa, pukul 12 atau 1 baru tidur.


5)      AWAK MAKAN APA YE? DAN ADA ORANG KATA AWAK BANYAK MAKAN MAGGI, BETUL KE?

Yup, aku banyak makan maggi. (Dalam seminggu mesti 4 kali makan). Aku tau benda tu tak elok, tapi aku dah ketagih. Aku kalau stress je makan maggi. Masa SPM pun makan maggi. Haih perlu dihentikan segera. (Doakan tau).

Aku tak makan macam budak-budak tahfiz makan, atau apa yang disarankan pakar motivasi; kismis, kurma, madu, dan sebagainya.

Bukan aku tak percaya, aku suka makan benda-benda tu, tapi aku malas lah nak kata makan kismis dah boleh pandai, kan?

Asalkan kita makan benda yang halal dan baik untuk kesihatan. Itu je. (Peace yow).

6)      SAYA DENGAR KOKO AWAK PUN GEMPAK. MACAM MANA AWAK BALANCE KAN AKADEMIK DENGAN KOKURIKULUM?





Koko lah yang banyak mengajar aku banyak pengalaman. Dan aku paling aktif koko time aku Form 5. Aku jadi pengawas, jurujual koperasi, urusetia VLE Frog, Ketua Utama Seksyen PBSM, Bendahari Catur, dan Ketua dalam rumah sukan. Aku jugak masuk banyak pertandingan sampaikan dalam sebulan mesti ada 5 pertandingan at least. Ergh.

Bukan aku yang nak pun jawatan tu (aku malas nak dengar orang label ‘gila jawatan’). Tiba-tiba aku dapat jawatan tu, nak buat macam mana.

Dan ini memang memeningkan. Aku banyak tertinggal kelas. Masuk kelas tup tup dah masuk bab baru. Nak belajar kat rumah pun tak sempat sebab kena concentrate dekat pertandingan.

Sejujurnya.Aku pun tak tau macam mana aku balancekan. Ini semua soft skills yang perlu kita belajar sendiri.


Yang penting manfaatkan setiap masa yang kita ada untuk belajar dan catch up apa yang tertinggal.
Bukannya main phone je. Kehkehkeh.

7)      KALAU CARA AWAK BELAJAR MACAM TU, MACAM MANA AWAK BOLEH SIAPKAN KERJA SEKOLAH AWAK?
Erk, pasal kerja sekolah. Aku sentiasa siap on time. (maksud on time di sini merujuk kepada siap di dalam kelas waktu cikgu nak minta kerja sekolah tu).

Aku jarang dapat siapkan kerja sekolah awal. Asyik-asyik tertangguh. (tapi siap on time, okay kan?)

Sampai kena marah dengan cikgu.

“Kalau kamu pandai pun tapi kerja sekolah tak buat, siapa nak amik kamu jadi pekerja bila besar nanti? Orang kata kamu pemalas.”

Okay start aku dengar ayat ni time Form 5, aku sentap lah jugak. Dan aku berusaha siapkan walaupun selalu on time juga.

Sebenarnya, aku jarang siap awal sebab aku suka study and fahamkan betul-betul bab tu dulu. Yelah, kalau tak faham, macam mana nak buat kerja sekolah?

Orang yang siapkan kerja sekolah Add Math tu 90% siap sebab tiru kawan. Dan 90% tu termasuk aku jugak. Kehkeh.

Ayat standard aku time nak tiru kerja orang:

“Aku bukan meniru, aku cuma menganalisis jawapan-jawapan korang, mana tau ada salah, aku boleh betulkan.”

Tak sangka pula ayat tu menjadi.



8)      AWAK ADA MAKWE TAK? SEBAB SAYA TENGOK AWAK RAMAI PEMINAT. DAN INI TAK MENGGANGU AWAK BELAJAR KE?

Err… soalannya kenapa special sangat. -_-‘.
Saya sejujurnya pernah ada makwe. Biasalah remaja.

Tapi itu time form 3. Time form 4 form 5 aku ni single. Cehh.

Dah banyak kali lah hati ni cuba dicuri, tapi nasib baik ada password. Kehkehkeh.

Tapi aku tak ada lah bergaul dengan lelaki je. Perempuan pun aku kena bergaul jugak.
Yang penting, batasan hubungan itu dijaga.

Nak wechat whatsapp pun benda yang penting je.
Kalau tak malas aku nak layan. Menyemak.

Aku kadang-kala geram dengan perangai perempuan yang sukar untuk difahami,


9)      MACAM MANA AWAK ATASI RASA MALAS BELAJAR?

Erm. Sejujurnya aku ni memang pemalas sebenarnya. Aku ni bukannya ulat buku pun. Cuma kalau ada kerja, baru aku rajin. Kalau tak ada kerja, aku memang akan rasa malas sangat2.

So,
cara aku atasi malas ni depends on situation lah. Contoh kalau takde mood nak study, aku akan duduk je atas meja, depan aku ada buku. Walaupun aku ngantuk, aku tetap akan paksa duduk dekat meja belajar aku.

Kalau tertidur dekat meja tu takpe, nanti mak ayah tengok sejuk je mata memandang. Yelah, study sampai tertidur. Kehkeh. :P

Kalau aku ngantuk, aku akan buat benda ni (situasi sebenar):

1.       Pakai baju sejuk atau tutup kipas. Kasi panas membahang. Selagi tak study satu bab jangan harap boleh buka baju sejuk atau kipas. Pergh azab owh.
2.       Rendam muka dalam baldi yang berisi air selama 30 saat.
3.       Berdiri dan baca kuat-kuat macam aku ni penceremah/ustaz. Siap bayangkan depan tu ada penonton dan cameraman.
4.       Tidur kejap. Tapi cara ni aku tak caya sangat. Ingatkan nak tidur 10 minit, nanti tertidur 10 jam.
5.       Melukis. Aku biasanya lukis lah gambar rajah. Kasi tangan kita bekerja sekali.
6.       Bukak Youtube, tengok Motivational Video. Kasi up balik motivasi.

Pelik tak pelik. Kalau kau ada keinginan nak berjaya, insyaAllah rasa malas tu boleh hilang.
Carilah cara yang sesuai untuk diri sendiri. Terpulang.

10)   HUBUNGAN AWAK DENGAN CIKGU OKAY TAK?

Haha, aku tak pernah melawan cakap cikgu, kecuali cikgu disiplin. :P

Sebab aku pernah kena potong rambut sampai botak sebab rambut panjang sangat. Lambat datang sekolah pun ada. Dan selalu lambat masuk kelas lepas rehat pun selalu. (Sorry ye cikgu atas kedegilan saya ini).

Tapi bab ilmu memang aku tak main-main. Dalam kelas aku fokus, dan tak pernah tidur. Setiap ayat yang cikgu sebut akan aku dengar dan ingat tanpa tertinggal satu ayat pun. (Sebenarnya ini lah rahsia kebanyakkan pelajar cemerlang, fokus dalam kelas).

Dan aku banyak juga tak ngam dengan cikgu. Entahlah apa sebabnya. Tak gaduh just dingin je. Aku jugak pernah buat cikgu nangis sebab kedegilan aku, tapi lepas tu aku minta maaf dan bertaubat. Haish, drama-drama macam ni kat sekolah, biasalah kan? Erm.

Nasib baik dah minta maaf time mohon restu sebelum SPM. Menangis jugak woi.


Jaga hati cikgu tu. Tak berkat ilmu tu nanti.

11) AWAK MAIN GAME TAK?

Aku main game macam budak lelaki normal lain. Cuma tak tegar lah. Dan favourite game aku ialah Chess. Sebab menguji minda kita kan.

Game bola, racing cars, call of Duty, semua tu tak minat. Sorry. Naruto minat.

Just pandai bahagi kan masa je. Jangan leka sudah.

_________________________________________________________________________________

Itu je rasanya. Kalau ada apa lagi nak tanya sila komen. Ada rezeki InsyaAllah saya jawab. :D

Monday, 16 March 2015

YEAY SPM DAH HABIS : SEKARANG NAK BUAT APA?



Bismillah.

Okay, lepas habis SPM, semua orang akan 'blur'. Tak tau nak buat apa. Dulu kita selalu kata :

"Lepas habis SPM aku nak main game, nak tidur puas-puas, nak jalan sampai ke Sunway, nak kerja, nak blablablablala...."

Tapi, kau masuk PLKN. Padan muka muahahahaha .  Cehh, PLKN mula-mula je macam tak best, sebenarnya best weh  (member2 cerita). Aku tak dapat PLKN. (tak tau nak rasa gembira atau kecewa) :P

Dan waktu cuti itu memang lifeless. Makan tidur je tiap-tiap hari. So aku terfikir apa benda nak dibuat during the long holiday.

Ada member yang kerja. Kerja yang bosan ada, yang penat pun ada.

Ada member yang tak kerja. Aku pun tak faham apa yang diorang buat time cuti ni. Tak rasa lifeless ke?!

Rambut serabai akibat bekerja


So I ended up with Koperasi. Yes. Koperasi sekolah. Aku dari Form 1 sampai Form 5 jaga koperasi. So tak ada masalahlah. Even gaji tak lah setinggi member yang kerja kat luar, aku tetap rasa gembira dapat berkhidmat kembali kepada sekolah yang banyak memberi ilmu kepadaku. Kehkeh. Lagipun, cikgu pun memang request aku jaga sebab jurujual pun tak ramai.

Yang bestnya, dapat jumpa juniorku yang comel-comel. :D Lagi-lagi dengan anak-anak PBSM. Memang tak boleh berpisah. Hehe.

Budak-budak PBSM bergamar dengan 'artis'


Dan sambil-sambil tu, junior akan minta aku ajar diorang Add Math, Kimia, Fizik etc dekat Pusat Sumber. Haa so apa lagi. aku pun on je lah (sebab dah tak tau nak buat apa lagi). Payah jugak nak mengajar diorang ni sebenarnya :P asyik mainn jee haish. Haha.

So jadilah aku Jurujual Koperasi + Guru dekat SMK Meru tu sampai Bulan Mac a.k.a result SPM keluar.. (ramai orang perli aku takda rumah ke sebab asyik lepak sekolah je kerjanya -_-'') Oi orang kerja okay. kerjaaa hahaha.


Rindu sekolah tu memang. Tapi life has to be continued though.

_________________________________________________________________________________


Waktu cuti, cubalah manfaatkan setiap waktu yang ada.

Jangan tau menggemukkan diri kat rumah je.

Do something good. Tak payah hidup kat dunia ni kalau nak jadi sampah.

Explore dunia luar. Dan kau akan tahu macam mana masyarakat kita yang sebenar-benarnya.

Moga menjadi pengajaran kepada kita semua.

InsyaAllah.


Tips: Bagi sesiapa yang belum fikir nak amik course apa, kerjaya apa, lebih baik fikir dari sekarang. Nanti akan 'blur' macam aku masa cuti hari tu.
















Sunday, 15 March 2015

5 SENJATA KEJAYAAN





Bismillah.

Orang kata kalau nak berjaya, kena doa banyak2. Sebab doa itu senjata umat Islam.

And I agree with this statement.

Tapi kena ingat, kalau nak berperang, takkan nak guna satu senjata je.


Dan ini antara senjata yang aku suka pakai. Tak tahu lah korang suka yang ni atau tidak. Terpulang. :)



5 Senjata Kejayaan:


1) Percaya pada diri sendiri.

2) Jangan takut kegagalan.

3) Jangan putus asa dengan kata-kata orang.

4) Berusaha sampai berjaya.

5) Bila dah berjaya, jangan lupa sumbang kembali kepada masyarakat.


Semua senjata ni perlu digunakan dengan keyakinan terhadap Yang Maha Pemberi Rezeki.

Barulah berjaya dunia akhirat. :D

Tapi, ianya tak semudah yang disangka.

Moga kita tabah dalam mengejar redha-Nya.

InsyaAllah. Ameen.

RUPA-RUPANYA, AKU MALU DENGAN AGAMA AKU!

Ada orang kata,

"Mostly manusia sifatnya suka berkongsi cerita pasal nikmat yang dia dapat kat orang lain." :D

dan

"Mostly manusia sifatnya suka menyimpan aib sendiri tapi sibuk membuka aib orang." :'(

And aku agree statement tu.

Mana taknya, bila makan aiskrim pasu atau cendol, ramai yang nak upload masuk Insta dan WeChat. Nak promote nikmat yang kita rasa.

Dan bila terkencing atas tilam, sorok-sorok dengan mak tak nak kasi dia tau. Yelah, malu lah nanti mak kita cerita kat kawan-kawan kita.

Bagi aku itu semua fitrah manusia.

And aku rasa ia berkaitan dengan agama.

_________________________________________________________________________________

Aku pelik. Kenapa Sahabat Nabi SAW dulu nak sangat cerita dekat penduduk yang mereka memeluk Islam? Padahal kalau cerita, habis kau belasah kaw2 dengan gangster2 Arab Jahiliyyah.



Kenapa?

Hmm. Aku rasa, mungkin sebab sahabat dapat rasa Islam itu satu nikmat buat mereka.

Yelah, sampai sanggup kena 'bash' semata-mata nak sebarkan nikmat Islam.


Kita?

Kenapa kita takut nak sebarkan? Sebarkan walaupun satu kebaikan?

Mungkin. . .
Sebab kita malu dengan Islam yang kita pegang. (Kita anggap Islam yang kita pegang ni satu benda yang memalukan).

And kita belum lagi rasa Islam itu nikmat yang sebenar.
Susah weh. Cakap dan ceramah senanglah. Penuh dengan cabaran dan debaran kalau nak buat baik ni.

Aku pun bertanya, tanya ramai orang.
"So macam mana nak rasa nikmat macam Sahabat rasa?"

Ramai yang jawab,
Itu aku tak tau. Cuba lah tanya ustaz/ustazah. Aku bukan mereka.


Yang aku dapat, kau kena jadi orang yang baik. Jangan jadi sampah. Jadi orang yang berguna. Banggakan mak ayah. Dan jangan putus cinta dengan Tuhan.


Aku sedar, aku malu nak sebarkan kebaikan. Sebab belum sepenuhnya rasa nikmat Islam tu lagi.

Banyak lagi yang kita kena belajar. Kan?





Thursday, 12 March 2015

10A+ SPM : PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Assalamualaikum, dan salam sejahtera. :)




Alhamdulillah! 10A+ untuk SPM! BETUL KE NI? PERGGHHH Ermm. Macam tak percaya pula, sebab rasanya usaha tak all out sangat pun. Aku rasa, ini semua ujian dari Allah. Nak uji aku bersyukur ataupun lupa diri. Erm. *muhasabah diri sikit*

Terima kasih kepada ibu bapa yang tercinta. Jugak kepada keluarga yang banyak berdoa. Juga kepada pengetua, dan guru-guru yang tak jemu dan muak mengajar saya. Juga kepada rakan-rakan seperjuangan, senior junior, dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih semuua :D


Apa yang aku hanya buat adalah just menggunakan segala kudrat yang ada untuk belajar. Itu sahaja.



_________________________________________________________________________________


Aku tak akan lupa tarikh ni, 3 Mac 2015 (tarikh result SPM keluar).

Memang cuak ah. Dari paper first SPM dah cuak dah.

Yelah, sebab kita dah prepare sehabis mungkin, mesti kita harap ada hasilnya... kan?

Siapa nak tau pengalaman suka duka time aku belajar, dan pengalaman gemuruh waktu jawab SPM, ada kat post lain. Sini cerita pasal how I reacted with the results day je. :P OK?

THE MONTHS BEFORE RESULT

Erm. Nothing much. Sebab busy dengna kerja. Tak rasa gemuruh or whasoever lagi. :P

A WEEK BEFORE RESULT

Okay. Ini yang gelabah. Bukak twitter timeline penuh dengan 'SPM RESULT' , Graf naik lah tahun ni. Siap post lagi gred markah untuk SPM. Erghh -_-" Buat cuak je. Entah betul ke tidak.

A DAY BEFORE RESULT

Sejujurnya, aku tak rasa apa-apa sangat. Cuak tu ada. Tapi setelah tengok post2 Whatsapp suruh kita bertawakal dan sebagainya, aku pun cuba lah remain myself calm. That night classmate ada buat Reunion dekat Captain Steamboat untuk release the stress. Hahaha good idea guys. Nak happy, happy puas2 malam tu. Esok drama menangis pulak ya :P

THE RESULT'S DAY

I woke up very early that day. Siap-siapkan diri then pergi sekolah pukul 7.30 pagi. Awal kan? Hahaha padahal result pukul 10 pagi. Aku kerja koperasi sekolah so tak pelik sangat pun. Ramai wish goodluck and all the best kat aku. Gemuruh jiwa aku. Lemah jantung pun ada. Tapi relaks, dan tawakal, relaks dan tawakal. Itu jelah yang termampu.


Pukul 10, semua member datang. Rasa happy sangat2 dapat jumpa diorang balik. Semua muka gelabah tapi cover cool je. Hehe.

Then duduk dewan dengar ceramah kerjaya lebih kurang 30 minit. Waktu ni memang kesian kat cikgu yang berceramah pasal macam tak ada sapa nak dengar. Semua cerita pengalaman cuti masing-masing. Tabah yaa cikguku. Haha.


THE ANNOUNCEMENT

Okay, jantung berdegup pantas. Time cikgu umumkan GPS sekolah tahun ni menurun dan jumlah calon yang gagal makin meningkat, semua dah gelabah dah.

"Dan... SPM tahun ni ada 2 orang straight A, dan seorang Straight A+. "

Waktu cikgu cakap macam tu, semua orang dah pandang aku. Semua dah expect aku yang dapat straight A+, tapi aku tundukkan muka je. Takut-takut itu bukan aku.  Nanti takut riyak pulak. :P


Cikgu pun announce yang dapat 6A, 7A 8A, 9A dan last sekali straight A naik pentas sorang demi sorang. Aku bangga ramai jugak member aku dapat naik pentas tu *terharu* . Even member yang tengok macam takde harapan pun tup tup dapat 7A. Perghh ramai pulak tu. So siapa yang macam diorang tu jangan berputus asa okay.


"Dan calon yang mendapat 10A+, Saudara Amir Firdaus Bin Eddy Rosyadie!"

Aku pun dengan hati yang gembira berjalan ke tangga pentas, sambil dihujani tepukan gemuruh oleh guru dan rakan. Waktu tu aku rasa macam dinobat menjadi Perdana Menteri pulak :P hahaha. Aku salam pengetua, nak peluk tapi beliau pegang sijil dan hadiah, so tak jadi peluk, salam je. Then, flash camera photographer mula menyinar macam artis bergambar.

Nak tengok video, member aku ada post kat FB :
https://www.facebook.com/video.php?v=809742672414411&pnref=story

Turun je aku dari pentas, ramai yang kerumun aku. Masing-masing nak bergambar. Aku waktu tu rasa tersesak. Dan sejujurnya aku tak berapa suka dengan keadaan tu. Rimas! Tapi, diajaknya bergambar, dan diberi tembakan ucapan tahniah bertubi-tubi, aku pun senyum gembira pada mereka.


Siap ada yang nak jadikan aku menantu lagi. -_-"

Bergambar dengan Cikgu Haslina, the best kaunselor bagi aku



Tiap kali lalu je mesti ada ucapan tahniah dari cikgu, member dan junior. Ada juga pensyarah dari luar ucap tahniah juga. Woaa. tapi kan... Hadiah tak de ke :P Aku layan mereka dengan sebaik mungkin, sampaikan aku terpaksa Whatsapp mak aku 45 minit lepas aku amik result. And mak aku ucap tahniah juga.


And aku terpaksa laminate result aku awal2 kat koperasi sebab dah keronyok dah orang lain buat. Takut terkoyak.


Dan berita ini tersebar hingga satu daerah Klang. Khabarnya ada 14 orang je yang dapat Straight A+ daripada 32 sekolah dalam daerah tu. And dalam SMK Meru, ini adalah the first time ada orang dapat Straight A+. New record lah kiranya.

Balik rumah aku dihadiahi pelukan mesra oleh ibu ayah. Waktu tu rasa nak nangis, tapi apakan daya hati ni keras sikit untuk mengalirkan air mata huhu. Yet, I didn't claim any present from them, because I was aiming this result so as a present for them.

_________________________________________________________________________________
And,


For me, spm result is just a beginning.

Dan mendapat keputusan bagus mana pun tak semestinya menjamin masa depan kau.


Selama ni aku strive for 10A+ sebab aku rasa dah memang tanggungjawab aku.


Sebab nak buktikan dekat semua orang, sekolah harian biasa pinggir bandar pun boleh berjaya.

Sebab nak buktikan bahawa orang Islam pun boleh berjaya di dunia jugak.


Dan still, aku tak rasa bangga sangat pun dengan result aku ni.
Bukan tak bersyukur, cuma tak nak cepat puas hati.
Orang lain pun dapat 10A+, so apa nak dibanggakan? Ada yang 11A+, 12A+, apa ada hal?



Itu yang aku belajar dari pengalaman. Aku kena cabar diri sendiri dan jangan cepat rasa puas hati.

Kepada sesiapa yang masih pasang impian nak strive for straight A+, silakan.
Yang penting niat, dan how we strive it.

Kadang kita asyik mengejar impian kita, sampai lupa cinta pada Allah dan ibu bapa.
Kadang kita asyik mengejar impian kita, sampai lupa kenapa kita kejar impian kita.


Dan bagi aku, apa guna kau berjaya tapi kau tak guna kejayaan tu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat?

So duduk diam. Renung balik diri. Kenapa selama ni kau belajar? Untuk dunia? Akhirat? Atau kedua-duanya?


Kalau malas nak belajar silakan juga. Tapi rasa lah selamanya duduk dalam kebodohan.



RENUNGKAN. :)

Wednesday, 11 March 2015

A B C. 1 2 3. ALIF BA TA.

Assalamualaikum :)

Dan of course, salam sejahtera juga.

Baiklah, post ini akan menjadi satu post bersejarah.
Sebab ini ialah the first post on my blog.

Ingat tarikh ni, 11 Mac 2015.

Tarikh bermulanya blog yang bakal merevolusi dunia kontemporari. Cehh poyo kan. :D




Bukan apa, Saya tiba-tiba ingin cuba menulis. Menulis apa yang terlintas di isi hati. Apa gunanya saya belajar ABC dari tadika kalau tidak mahu menulis apa-apa, kan?


At least saya sumbang sedikit ilmu saya kepada manusia.
So that when I die someday, my ideas are still living.

Moga saya istiqomah dalam penulisan. InsyaAllah Ameen.