Monday, 27 April 2015

PENGALAMAN MENJADI PENCERAMAH



Bismillah.

Baru-baru ini aku diundang untuk memberi ceramah motivasi dekat sekolah aku sendiri, dan di sekolah lain. (sampaikan aku batuk-batuk dan hampir hilang suara), Huhu.

Habis 10 strepsils aku hisap, semata-mata untuk recover balik. Aku risau terlebih dos je.

Aku pun tak faham, aku bukannya seorang penceramah mahupun pakar motivasi, tapi tetap jugak dipanggil untuk mengeluarkan kata-kata hikmah untuk pelajar. (Mungkin aku kuat membebel kot).


Demi mencari pengalaman, aku pun menerima cabaran tersebut. Aku mula membaca buku-buku ilmiah, search tips pelajar cemerlang di Google, dan menonton video motivasi Dr. Fadzilah Kamsah serta Prof. Muhaya.


And at first, aku rasa benda-benda semua ni mengarut dan tidak berguna langsung. Kenapa? Kerana walaupun aku membaca, dan membaca dan membaca, aku tetap tak terasa motivated langsung, dan aku mula merasakan semua ini adalah untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.


Tapi rupanya aku silap.

Apabila aku mula melangkah masuk ke dewan untuk memberi ceramah, aku tidak merasakan apa-apa special, cuma agak nervous sahaja. Aku pun mulakan ceramah dengan memberi kata alu-aluan, bertanya khabar, perkenalkan diri, dan requote kata-kata hikmah, seperti mana penceramah lain buat.  


Dan setelah tamat, aku agak terkejut apabila dihujani tepukan gemuruh oleh pelajar. Tanpa bertanya, mereka mengatakan ceramah saya best, menarik, transformatif, dan mereka mahu membuat perubahan pada jalan hidup mereka.

Aku pun kata, "baguslah." sambil secara tiba - tiba aku mendapat satu rasa kepuasan dalam diri yang orang lain mungkin tidak akan faham.

Perasaan suka untuk melihat orang lain berjaya.

Bayangkan, kau telah mengajak ramai manusia menjadi lebih baik, tidakkah kau rasa berguna kepada masyarakat? Inilah apa yang aku rasa. 

Dan bagi aku ini, ini juga antara medium dakwah, asalkan kita ikhlas dalam setiap perkara yang kita buat.

Ini sebenarnya yang membuatkan seorang penceramah suka akan kerjaya mereka. Kerana mereka merasakan kejayaan perlu dikongsi bersama-sama, dan bukannya untuk satu pihak sahaja.
________________________________________________________________________________

Selama ini, manusia sentiasa perlukan perubahan, tapi mereka perlukan semangat, atau orang panggil motivasi.

Dan motivasi ini sebenarnya tak boleh dapat di mana-mana, melainkan diri sendiri.

Maka aku cuba mengajak para pelajar untuk self-motivated sebenarnya. Kalau mereka motivated sebab penceramah, maka motivasi itu tidak kekal lama.

Panggillah beribu-ribu penceramah tersohor, tetapi kalau diri sendiri tidak mahu jalan, mereka tetap tidak jalan.

So sebagai konklusi, satu sahaja pesanan aku.
Tak perlu tunggu orang lain motivasikan diri kau, pergilah cari motivasi itu sendiri.


Kalau tak, nampak gayanya kenalah aku turun padang lagi, memberi ceramah kepada yang masih tidak sedar dan tidak tahu mengapa mereka belajar dan apa tips untuk berjaya.


Itu sahaja, All the best in everything you do. :)

Assalamualaikum. 










Sunday, 12 April 2015

TEST JPJ : ANTARA KANDAS DAN LULUS

Bismillah.

Alhamdulillah, setelah berbulan - bulan belajar memandu kereta, akhirnya aku lulus jugak ujian JPJ ni.

Kalau sebelum ni modul lama, aku sekarang ni kena lalui ujian modul baru.

Payah lah juga sebenarnya. Nama pun test kan, tak akan senang kot?


And I'm sure all of you have known each aspect of the tests. Kalau tak tahu lagi sila study balik, I malas nak cerita.

Aku just nak share pengalaman sepanjang aku test JPJ kereta ni.

Dan saya tidak bertujuan untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, This is just an experience that I have gone through, and I'd like to share it. Buang yang keruh ambil yang jernih.

SEBELUM UJIAN

Okay, part ni menguji kesabaran. Aku dapat sesi 2, nombor 53. Aku di-inform supaya datang pukul 10.00 pagi. Macam biasa, kita datang, daftar nama di pejabat, then have a seat and wait.

SERIOUSLY, THAT WAITING COULD KILL ME.

Aku tak tahu tempat lain, tapi test JPJ dekat Rakan Ehsan di Klang Sentral ni memang lama.

Aku datang pukul 10.00 pagi, mula RPK pukul 2.30 petang. Apak ah, 4 jam 30 minit tunggu bhai.

Bukan nak kutuk ke apa, siapa tak baran kalau tunggu lama-lama camtu?

So dinasihatkan bawalah bahan membaca atau phone beserta power bank untuk mengisi masa lapang semasa menunggu. 

Seriously, memang lama. Mula-mula cuak, tapi kalau dah lama-lama macam tu cuaknya dah entah ke mana.

RPK

Just relax, cool, suara kena kuat dan jelas. 

Have confidence, okay? Kalau tak confident sila praktis banyak-banyak kali.

Just ikut buku panduan je, settle. Waktu aku RPK pun JPJ nya duduk mendengar je dari jauh je, barangkali penat dan panas waktu tu. 


Okay, habis RPK I HAVE TO WAIT AGAIN.

RPK tak sampai 10 minit pun, so dari pukul 2.40 petanng, aku kena tunggu sampai 3.40 petang untuk ujian litar. 1 jam menunggu. Erghh. Dahlah panas membahang.

LITAR

Alhamdulillah, all went well.

Bukit kau kena konfiden. sebab ramai yang fail kat sini. Aku pun hampir fail sebab enjin hampir mati menyebabkan kereta jatuh ke belakang. Nasib baik aku pro kehkehkeh

Parking pun elok-elok, ramai juga yang tak lepas.

Tiga penjuru pun hati-hati, ada yang terlanggar tembok pun ada. Kesian kereta tu kemek bumper nya.

Simpang Z dengan S tak de masalah kot. Semua steady je.

Yang penting, buat betul-betul. Have confidence and relax.
Aku pun gelabah dulu, tapi kena cuba tenangkan diri lah.


JALAN RAYA

Then, I HAVE TO WAIT AGAIN.

Dari pukul 4.15 petang, aku kena tunggu RSM pulak. RSM aku mula pukul 7.15 malam.

7.15 malam bhai. 3 jam menunggu. Siapa tak mencarut. Dah maghrib woi.


Nasib baik aku bawak phone, Whatsapp, Wechat, Facebook, Twiter, Instagram semua aku dah khatam waktu tu.

Siap borak dengan awek sebelah lagi. (dia pun dah bosan menunggu) Borak pasal Engineering sebab dia dah 3rd year Diploma in Engineering. So I am a little bit interested nak dengar dia bercerita haha.

Dah pukul 7.00 petang, aku gelabah dah bila lah turn aku.

Yang aku tak puas hatinya, nombor2 yang atas 60 semua dipanggil dulu. Padahal aku nombor 53 kot.

So when my name was called, aku pun rushing ke kereta JPJ tu.

Duduk dalam kereta, buat RSM.

Then bila aku start je kereta dan gerak dalam 2 saat macam tu, tiba-tiba JPJ nya cakap,

"AWAK GAGAL, SILA KELUAR DARI KERETA",

What the ****!  Awat aku gagal tiba-tiba pulak ni, kereta pun tak pergi jalan raya lagi?

Dia kata, sebab aku tak bagi lampu isyarat kanan waktu nak gerakkan kereta, and it's mandatori (tak buat maka anda gagal).

Ergh. Aku tak pernah tahu pun. (sebab tak pernah aku tengok orang buat macam tu in real life situation).

So aku gagal JALAN RAYA.
Waste my time waiting for 3 hours for the test JALAN RAYA.
Waste my money too. Ergh. Hanya disebabkan satu simple mistake je.

Mak aku pesan, tulah, tak baca doa sebelum memandu.

" Makk, orang nervous, semua benda dia lupa huhu T.T" *crying like a baby*


UJIAN ULANGAN

And I had to take ujian ulangan 2 minggu depannya.

Another penantian, alhamdulillah lulus jugak ujian ulangan jalan raya. (JPJ kali ni lagi baik lah dari sebelum ni).

Datang pukul 8.00 pagi, start ujian pukul 12.30 tengah hari. Another 4 hours 30 minutes has been wasted. 

Part tu je yang aku tak suka pasal test JPJ. Lama menunggu.

Patutnya, panggil banyak lagi anggota JPJ buat test, beli banyak lagi kereta untuk RPK and litar.

_________________________________________________________________________________

All in all, siapa-siapa yang dah nak test JPJ, berdoalah banyak-banyak.

Dah namanya test, kenalah banyak bersabar. JPJ's are doing their jobs.

Kau tak boleh expect macam-macam kalau diri sendiri tak nak improve.

Don't be afraid of failure, and if you failed, never give up. Try again and again and again until you win the game.

"Life is full of challanges, don't live if you are fear of them."


All the best. Ganbatte kudasai. \(^.^)/

Friday, 10 April 2015

JUNIOR

Bismillah.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah kita masih bernyawa hari ni. Masih boleh beramal untuk jadi bekalan kat akhirat nanti.

Cumanya, aku terkenanglah time menjadi junior dan time menjadi senior dulu.

Kalau difikirkan, semua orang pernah menjadi junior dulu.

Tak kiralah time tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. . . . , asyik-asyik kena buli je dengan abang-abang dan kakak-kakak senior.


Dan semua orang juga pernah merasai menjadi senior.
Time darjah 6 atau Form 5, bukan main lagi buli adik kita tanpa belas kasihan. Kesian mereka.



Sepanjang aku jadi senior, tak tahulah, aku lebih suka meluangkan masa bersama junior aku.

Mungkin sebab, diorang cute kot.

Ataupun, muka cute diorang still innocent and senang dibuli. Kehkehkeh.

Heh, tak adalah. Actually, ada banyak benda yang kita boleh belajar dari adik-adik kita.






They also can teach us good lessons.

Terutamanya dalam bab bersabar.
Kejap happy, kejap nangis, kejap merajuk. Haihh.

Biasalah, pemikiran mereka adalah tidak setaraf dengan pemikiran senior kita ni.

That's why most of the seniors suka buli adik-adik junior kita, dan menganggap senior lah yang lebih pandai dan makan garam daripada mereka.


Padahal, benda itu salah.

Tak semestinya umur kau lebih daripada umur adik-adik kau, kau lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada mereka.

Tiada pengalaman juga merupakan satu pengalaman sebenarnya.


Dan kadang-kadang, adik-adik inilah yang lebih banyak mempersoalkan idea-idea remeh yang kita sendiri tidak pernah terfikir.


"Abang, kenapa habuk, kalau jatuh kat atas kasut putih, dia warna hitam, tapi kalau jatuh kat kasut hitam, dia warna putih?"

"Abang, bila adik bangun pagi, nak gosok gigi dulu ke, atau makan dulu baru gosok gigi?"

"Abang, kalau nak makan Honey Stars, letak susu dulu ke, letak honey stars dulu?"

.
.
.
dan banyak lagi lah soalan-soalan yang remeh (yang kadang-kala menarik untuk difikirkan).







_________________________________________________________________________________

Apabila mereka bertanya, jangan kita tengking. Jawablah secara berhikmah.

Apabila mereka membuat perkara yang tidak sepatutnya, jangan dihina. Tegurlah secara berhikmah.

Belajar juga daripada mereka, respect mereka tak kira dia siapa-siapa pun.


Kau hidup lebih lama daripada diorang,
Mungkin dosa kau lebih banyak daripada diorang?


So jangan sombong.
Umur bukan penghalang untuk masing-masing bersama.


Adios amigos.

Thursday, 26 March 2015

DILANDA KEBOSANAN

Bismillah.

Pernah tak kau tiba-tiba rasa bosan sangat-sangat?

Belajar bosan.

Tengok TV bosan.

Mandi bosan.

Makan bosan.

Minum bosan.

Tidur pun bosan.


Memang bosan sehinggakan apa-apa pun yang kau buat akan terasa bosan yang amat.

Ini berlaku biasanya time cuti, dan tak keluar rumah.

(Lainlah kalau kau ada Thaasophobia. (takut pada kebosanan))

Aku nak tanya, apa yang akan korang buat?


Sebab aku dah try semua yang orang recommend, tapi macam tak berjaya jugak je.


Main phone, bosan jugak.

Baca novel, bosan jugak.

Tengok drama dan movie, bosan jugak.

Dengar lagu, bosan jugak.

Semualah bosan.



Then ada yang kata,

"Kenapa tak baca Quran? Berzikir ke? Baca Kitab Fiqah dan Tauhid ke?"


Perggh sentap habis.

Aku pun simpan kata-kata tu, dan terus mencari jawapan, (Kalau ada orang kata baca Quran pun bosan, kau nak kata apa?)


Aku pun mempersoalkan,

"Kenapa kita rasa bosan?"

"Dan macam mana nak hilangkan rasa bosan tu?"

Sebab selama aku hidup 18 tahun ni,
bila dengar ceramah / khutbah, mesti rasa bosan.
Bila tengah study je, mesti rasa bosan

Kenapa eh?

Kenapa bosan ni perlu wujud dalam minda kita?

Aku terus mencari, dan mencari, dan mencari jawapan.
And finally I have come out with a brief conclusion.


_________________________________________________________________________________


Actually kebosanan itu datang dari diri kita sendiri.

Sebenarnya, apa-apa pun yang kau buat, kau takkan rasa bosan kalau kau buat dengan sepenuh hati.

Kau sendiri yang controll emosi sendiri; nak happy atau moody.

Nak enjoy, atau tak nak enjoy.

Itu semua terletak pada diri kau sendiri.

Dan tak payah fikir jauh siapakah insan yang bakal merubah masa depan kau.

Sebab jawapannya dah jelas.

Jawapannya,

DIRI KAU SENDIRI.

Tuesday, 24 March 2015

SENIOR : DI SEBALIK AZAM SPM 10A+

Bismillah.

Waktu aku Form 1 dulu, aku ni memang jenis yang 'blur'. (Dan nerd).

Entahlah, mungkin sebab aku tak matang kot lagi waktu tu.
Dan aku tak ingat apa benda yang aku buat sepanjang aku Form 1 dan Form 2.

Gambar takde.
Awek takde.

Kawan aku pun, tak ramai

Yang aku ingat aku just datang sekolah dan jaga koperasi.
Tu jelah.


Then, time Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), kitorang kena buat satu folio.


Folio yang bertajuk "SMK MERU : Sekolah Saya".

Dari situlah aku rasa everything had changed.

Kitorang kena buat folio pasal sejarah sekolah, guru-guru, berapa banyak kelas, pencapaian akademik dan sebagainya.

Erm.

Aku pun start research (bertanya dan membedah majalah sekolah).

Dan aku terbaca pasal sorang senior ni. Dia Tokoh Pelajar 2009.


Namanya, Anuar Azizi.

He'd got Straight A's dalam SPM 2009 ( 6A+,3A, 1A- )

Waktu tu dialah yang paling hebat dalam sejarah akademik (sebab dapat paling banyak A+).

Aku pun.. WoW. And he has become one of my idol. 


"I must beat him." kata hatiku.


Walaupun aku tak pernah jumpa dia (sebab waktu dia form 5, aku darjah 6), aku akan jadikan dia pesaing aku.

Start dari situlah, aku mula belajar bersungguh-sungguh.

Dan merasakan ilmu aku tak pernah cukup-cukup.

Mesti rasa nak belajar lagi sampai aku tahu semua benda.


Aku banyak lah 'interview' cikgu-cikgu pasal dia,
Ada yangk kata dia memang terer giler Add Math (sampai cipta formula sendiri, kata mereka)
Terer Kimia, Fizik.
dan English.
Senang kata semua terer lah.


Aku dibakar dengan semangat nak kalahkan dia, dan buktikan aku pun boleh buat.



Aku ingat lagi,
Gambar dia ada terselit dalam gambar banner kecemerlangan sekolah dekat dewan,
so tiap-tiap hari bila aku masuk sekolah, mesti akan nampak muka dia.
Ini buat aku lebih rasa bersemangat nak belajar.


Bertahun-tahun berlalu lepas itu, banner tu dah takde, banyak dah berubah.

Dan muncul lebih ramai senior yang mantap-mantap.

Ini senarai Tokoh Pelajar dari tahun 2010 sampai 2013:

Haziq Aiman (2010)
Adiel Addin Arief (2011)
Kak Diana (2012)
Hadirah Ibrahim (2013)


Mereka ada sejarah kegemilangan mereka sendiri yang aku kagumi sangat-sangat. Sampaikan mereka menjadi idola aku.

Tapi dari segi akademik, mereka masih tak mengalahkan si Anuar Azizi ni.

Maka aku set dalam minda,

"Aku lah yang akan kalahkan mereka semua!"

_________________________________________________________________________________

Kini,

Aku berterima kasih kepada senior-senior ku ini.

Walaupun aku tak pernah nampak muka Anuar Azizi depan-depan, (hanya tengok di majalah sekolah), aku masih rasa dialah pesaing utama aku.

Mereka dah banyak tunjuk kat aku apa yang patut aku buat dengan kehidupan aku.

Seolah-olah, mereka ada di sisi aku setiap saat aku belajar di kelas dan di rumah.

Teringin nak berjumpa semua senior aku ni balik :')


Tanpa mereka,
siapalah aku sekarang?


Dan aku sedar,
belajar untuk memecah rekod senior-senio ini buat kita lebih kuat untuk belajar,
tapi kalau itulah sebab kenapa kita belajar,
kita rugi.

Belajar kerana Allah.
Agar lebih dekat kepada-Nya.

Barulah lebih bermakna, kan? :)

Friday, 20 March 2015

10A+ SPM: TIPS BAGAIMANA SAYA BELAJAR UNTUK KEPUTUSAN SPM 10A+ (STRAIGHT A+)





Bimillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera.

"Alhamdulillah, SPM straight A+!"

Itulah kata-kata impian pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM, tiap-tiap tahun.

Dan tiap-tiap tahun saya diajukan soalan yang sama,

"Bagaimana Amir belajar, sehingga mampu dapat keputusan straight A+ dalam SPM?", tanya mereka.

Sejujurnya, saya pun tidak tahu. Allah yang berikan rezeki ini.

Saya belajar biasa-biasa, belajar pun di sekolah harian biasa sahaja. Kalau mahu saya kongsi, saya boleh kongsi inshaAllah.

Namun, apa yang saya kongsi ini, mungkin ianya tidak sesuai dengan semua orang. Masing-masing, ada cara masing-masing.

Baik. Kita mulakan.


SETIAP SUBJEK ADA CARA YANG TERSENDIRI


Setiap subjek, ada cara untuk kita kuasai yang tersendiri.

Yaaaa, betullah tu.

Siapa kata sama?

Sebab cara belajar subjek Matematik tak sama dengan cara belajar Sains, mahupun Sejarah atau subjek bahasa.


"Teknik ni hanya berkesan kalau anda memang jenis yang nak belajar. Kalau tak nak belajar, teknik ni tidak berguna untuk anda."(Amir Rosyadie, 2015)







SUBJEK KIRAAN DAN KEFAHAMAN: MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN / KIMIA /FIZIK

1) Subjek yang melibatkan pengiraan ini memerlukan skill yang mantap dengan cara membuat banyak latihan. Sekiranya kita tidak faham apa-apa mengenai teori atau cara mengira, kita tidak akan ke mana.

Mudah sahaja, untuk belajar subjek pengiraan seperti Matematik atau Matematik Tambahan ini, kita perlu perbanyakkan lagi latihan yang kita ada sekarang.

Ya, latihan yang banyak.

Buat latihan sehinggakan tiada satu soalan pun yang kita tidak pernah jawab.

Rakan saya dahulu (yang turut mendapat keputusan straight A+), dia buat latihan dalam kesemua buku yang ada di kedai-kedai buku. Bermakna semua jenis buku seperti Pelangi, Sasbadi, Oxford Fajar, semua dia dah buat.

Past year SPM.
Past year Trial SBP.
Past year Trial MRSM.
Past year Trial Negeri
Modul-modul keluaran Guru Cemerlang.

Semualah.


Sehinggakan, saya masih ingat lagi, ketika saya menjawab peperiksaan pertengahan tahun, apabila saya lihat soalan-soalan tersebut, saya tersenyum,

"Cikgu ambil soalan-soalan ini dari buku sekian sekian sekian. . . Saya pernah buat soalan-soalan ini dan senanglah saya score peperiksaan kali ini," kata saya.

Nampak? Begitulah.

3) Sentiasa test dan examine diri sendiri sebelum kita menghadapi test dan exam. Saya selalu pesan tentang ini.

Sebelum kita hadapi peperiksaan, kita kena buat dulu peperiksaan untuk diri kita sendiri.

Uji diri sendiri. Kalau masih markah rendah, buat banyak lagi latihan.

4) Sekiranya ada masa dan peluang, belajar lebih matematik yang lebih advanced. Tidak salah untuk kita belajar matematik yang lebih terkehadapan, supaya kita biasa dengan soalan-soalan KBAT dan yang mencabar.

Lihat soalan-soalan kuiz Matematik peringkat daerah, negeri, kebangsaan, mahupun antarabangsa. Kadang-kala, ini membolehkan kita lebih minat untuk mempelajari subjek Matematik.

5) Belajar sehingga faham + hafal. Ya, hafal ini bukan hafal di otak sahaja, tetapi buat latihan sehingga tangan kita pun hafal cara untuk selesaikan soalan-soalan.  Ini kita panggil muscle memory.

Sehinggakan tidak perlu lagi untuk berfikir, hanya lihat soalan, sudah tahu cara nak menjawabnya.




Don't limit your challenges, but challenge your limits




SUBJEK HAFALAN: SEJARAH / BIOLOGI


1) Subjek hafalan ini mudah sahaja, kita lihat bagaimana pelajar Tahfiz menghafal Al-Quran.

Mereka mengulang-ulang ayat yang sama, betul?

Dan mereka juga baca bukan dalam hati sahaja, tetapi mereka baca menggunakan mulut juga. Sebut satu per satu perkataannya.

Begitu juga subjek Sejarah, Biologi, Pendidikan Islam/Moral. Ianya memerlukan pengulangan yang sangat banyak.

Asalkan kita ulang buku teks, atau buku rujukan itu berkali-kali, inshaAllah kita boleh score

Pastikan baca setiap perkataan dalam buku teks/buku rujukan, jangan tertinggal satu pun.

Dan sekiranya mahu baca buku rujukan, pastikan baca buku rujukan yang tebal tu, kerana ianya lebih lengkap. Buku yang revisi ringkas itu tidak lengkap, kadang-kala tidak berapa tepat ayatnya.

Ulang-ulang sahaja, biasalah kebosanan akan datang, kan. Kita akan cepat bosan apabila membaca sejarah, kan?

Cara saya mudah sahaja. Saya baca itu bukan sekadar ikut bulat-bulat dalam buku, tetapi saya baca seolah-olah saya menceritakan kepada seseorang, atau kepada diri sendiri.

Lama kelamaan, kita akan hafal juga. Rajin atau tidak sahaja yang menentukan.




2) Ramai yang salah anggap, subjek menghafal ini tidak memerlukan latihan. Salah tu.

In fact, latihan itu yang menjadi pengukuh hafalan kita. Apabila kita uji diri kita dengan latihan-latihan, kita akan makin mengukuhkan hafalan kita.

Jadi, seperti subjek Matematik, kita perlu ada banyak latihan untuk subjek hafalan ini. 


3) Kebiasanya, kita akan mudah blur apabila cikgu mengajar di kelas. Itu perkara biasa, jangan risau.

Apabila kita susah nak faham ketika cikgu mengajar di kelas, kita ada 2 pilihan besar:

1. Sama ada kita nak belajar di bilik selepas cikgu ajar.

2. Atau kita nak belajar dahulu sebelum cikgu ajar.

Saya lebih lebih selesa belajar dahulu sebelum cikgu mengajar pada keesokan harinya. Sekurang-kurangya, saya sudah ada gamabaran awal untuk bab tersebut.

Kalau tiada masa, belajar selepas cikgu mengajar pun okay sahaja, cuma jangan terlalu lewat, nanti kita susah nak catch up.






BAHASA MELAYU/ BAHASA INGGERIS

Subjek bahasa ni bergantung pada kreativiti masing-masing. Ada yang suka menulis, dan mengayat.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak score untuk subjek bahasa.


1) Ingat, subjek bahasa ini, bukannya subjek yang kita boleh mahir dalam masa seminggu dua minggu.

It takes time, bro.

Spend sedikit masa untuk mahirkan diri dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam sehari (walaupun 10 minit). 

Yang penting, setiap hari kita kena belajar subjek bahasa ni. Kalau tak, tak menjadi.



2) Mudah sahaja, untuk tingkatkan skill Menulis / Writing Skills, saya beli satu atau beberapa buku 'contoh karangan' / sample essays.

Kemudian saya salin satu karangan/essay setiap hari.

Ya, salin. Satu karangan, satu essay, sehari.

Dan of course, kita kena cari maksud perkataan baru yang kita tidak faham untuk kita tingkatkan vocabulary kita.

Kalau kita ada media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, WeChat, why not kita apply perkataan baru itu dalam post, status, story, tweets or moments kita?

Contoh, kita dapat perkataan baru, "gormandize". (to eat greedily or to excess)

Jadi, kita update-lah status Facebook kita,

"Everybody tends to be gormandize on Hari Raya - it's traditional!"

Kena rajin, kalau tidak sampai bila nak jahil berbahasa, kan?

3) Untuk tingkatkan skill kematangan idea, saya akan membaca surat khabar, artikel terkini, tidak kira surat khabar kertas atau akhbar online.

Dan saya lebih suka membaca komen-komen netizen pada sesetengah artikel/isu, sebab kita hendak menilai sesuatu isu daripada pandangan yang berbeza). 

Dari situ, saya dapat meningkatkan kemahiran KBAT. Walaupun kita hanya pelajar sekolah menengah, kita kena juga ambil tahu isu-iu dan hala tuju negara kita, Malaysia.

Pernah dengar Transformasi 2050 (TN50)? Kalau belum pernah, boleh baca tentang itu selepas ini.

4) Saya juga ada masuk pertandingan yang melibatkan pengusaan bahasa. Contohnya, Bahas Ala Parlimen dan Forum Perdana. Pertandingan sebegini memang membantu untuk expose diri kita dengan disiplin bahasa.

Pelikkan, dari kita darjah 1 sampailah sekarang, kenapa Bahasa Inggeris kita masih broken ya?

Apakah yang kita belajar selama ini? Sehingga sekarang saya pelik mengapa Bahasa Inggeris kita masih lemah.

Mungkin, sebenarnya bukan tak pandai, cuma belum pandai. Kita tidak banyak berlatih. Itu sahaja.


Jadi, usaha memang kena all out lah.

Dan, kena konsisten.





Kesimpulannya,


Apa-apa pun yang penting ikhlas dalam menuntut ilmu.

Jangan lupa Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal (orang selalu panggil D.U.I.T)

Dan, kalau dah dapat ilmu, kita share lah pada kawan-kawan kita, baru berkat ilmu kita.


Belajarlah dengan hati yang terbuka, walau rasa sesak di otak dan di dada,

Sebab bila mati nanti, bila lagi nak merasa?


Sekian. Ayat deep dari saya.


Apa-apa nak tanya, boleh komen. Atau mesej saya di Instagram @amirrosyadie.



Thursday, 19 March 2015

PERTAMA KALI DAN KITA




Bismillah.

19th Mac 2015. (Tarikh pertama kali dalam hidup aku dapat terbangkan layang-layang)



Kita semua pernah merasai saat 'pertama kali'.

Pertama kali dapat merangkak, berjalan, berlari, bawak basikal.

Pertama kali jatuh basikal, dimarahi cikgu, ponteng kelas, tak tidur malam, 

tak pun, pertama kali bercinta. <3



Saat kita pertama kali buat sesuatu tu, mesti kita rasa seronok sangat-sangat. :D

Yalah, pertama kali kott. :)

Rasa happy gila-gila >.<

Tapi, kalau kali kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya,

kenapa keseronokan dan kegembiraan tu semakin hilang eh?

Pelik kan?

Patutlah kalau kita bercinta dua tiga kali dengan orang yang berbeza,
mesti kita rasa makin cepat bosan.

Dan mengharapkan keseronokan yang kita rasa tu macam first time kita buat dulu.

_________________________________________________________________________________

Itulah kita, sifat dan fitrah manusia,
So, cubalah kalau buat sesuatu,
Kita throwback as if how we felt it for the first time.

Barulah keseronokan yang kita nak rasa tu datang balik.


Bukan apa,

Ramai yang kata cinta kali pertama ni, kita tak akan boleh lupa.

Tapi ramai juga tak sedar, cinta kali pertama kita, adalah cinta kepada Allah sebenarnya,

but still, ramai yang dah terlupa..

Maklumlah, awek dan pakwe memberi kebahagiaan lebih daripada Tuhan, kan?

Erm.





Wednesday, 18 March 2015

TIPS BELAJAR PLEASE?



Bismillah.

Selepas keputusan SPM diumumkan dan dinobatkan sebagai pelajar yang mendapat 10A+,

Ramai yang minta tips belajar (padahal aku nampak macam banyak main kehkeh),

Sebenarnya, tak ada secret recipe sangat pun.

Meh aku jawab soalan FAQ (Frequently Asked Questions / Soalan yang banyak kali ditanya),
Sebab dah malas nak jawab dah.

"Segala yang tertera di post ini hanyalah pengalaman aku. Berkehendak untuk ikut atau tidak ikut itu terpulang atas risiko sendiri."

Ni list soalannya:

1)      DALAM SEHARI, AWAK BELAJAR BERAPA JAM?

2)      AWAK ADA JADUAL BELAJAR TAK?

3)      CUBA AWAK CERITA SIKIT  KEHIDUPAN AWAK BELAJAR SETIAP HARI?

4)      BETUL KE AWAK TAK TIDUR MALAM SEBAB STUDY?

5)      AWAK MAKAN APA YE? DAN ADA ORANG KATA AWAK BANYAK MAKAN MAGGI, BETUL KE?

6)      SAYA DENGAR KOKO AWAK PUN GEMPAK. MACAM MANA AWAK BALANCE KAN AKADEMIK DENGAN KOKURIKULUM?

7)      KALAU CARA AWAK BELAJAR MACAM TU, MACAM MANA AWAK BOLEH SIAPKAN KERJA SEKOLAH AWAK?

8)      AWAK ADA MAKWE TAK? SEBAB SAYA TENGOK AWAK RAMAI PEMINAT. DAN INI TAK MENGGANGU AWAK BELAJAR KE? 

9)      MACAM MANA AWAK ATASI RASA MALAS BELAJAR?

10)   HUBUNGAN AWAK DENGAN CIKGU OKAY TAK?

11) AWAK MAIN GAME TAK?


1)      DALAM SEHARI, AWAK BELAJAR BERAPA JAM?
Sejujurnya, aku pun tak kira.
Tapi yang aku boleh ringkaskanlah:
6 jam di sekolah
6 jam di rumah
So total up 12 jam study sehari.

2)      AWAK ADA JADUAL BELAJAR TAK?
Tak ada. Saya belajar ikut mood.
Maksud ikut mood ni bukan maksudnya mood nak belajar atau mood tak nak belajar.

Ikut mood ni ialah nak study subjek apa, bab berapa.
“Eh hari ni terasa nak mengira lah.” So aku belajar Add Math.
“Eh hari ni terasa nak menghafal lah.” So aku belajar Sejarah dan Bio.
  Dan begitulah seterusnya….







3)      CUBA AWAK CERITA SIKIT MACAM MANA KEHIDUPAN AWAK BELAJAR SETIAP HARI?

DI SEKOLAH
 Aku belajar kat sekolah dalam kelas around 6 jam, balik sekolah aku tak terus balik rumah, tapi lepak dekat PS (Pusat Sumber). Lepak di PS bukan belajar pun. Just kacau member, junior dan awek je. Cehh tak adalah. Saya tak belajar, tapi saya lebih kepada mengajar. Share2 ilmu. (bukan study group, just ajar camtu2 je). Kutip pahala dan berkat.


DI RUMAH
Balik rumah dalam pukul 5 petang. Kat rumah petang2 macam tu aku akan concentrate belajar Bahasa Inggeris around 3 jam. Bersukan? Yaa aku akan main ping pong depan rumah dalam 3 kali seminggu. So kadang-kadang belajar BI dalam 1 jam sahaja.

 Lepas Isyak, aku akan belajar randomly, kalau aku rasa nak belajar Kimia, aku belajar Kimia, kalau aku rasa nak belajar Add Math, aku akan belajar Add Math. Keburukan cara aku ni ialah kau akan belajar secara tak seimbang. Kalau terlalu belajar Kimia, nanti Bahasa Melayu dengan Pendidikan Islam menurun. So aku kena pandai-pandailah. Ini cara aku, terpulang nak ikut atau tidak.

Dalam pukul 12 atau 1, aku tidur. Dan bangun pukul 6.30 pagi (Haish biasalah, tidur lambat bangun pun agak lambat lah. Terpaksa rushing bersiap ke sekolah hampir setiap hari).

KALAU WAKTU CUTI
Waktu cuti aku biasanya penuh dengan aktiviti. Kebanyakkan aktiviti PBSM aku. Tapi waktu cuti ni biasanya belajar 5 jam. Dan jam-jam yang lain dihabiskan dengan menonton movie atau berlayar di laman sosial.


Gimik study seminggu sebelum exam



4)      BETUL KE AWAK TAK TIDUR MALAM SEBAB STUDY?
Haish. Ada pulak mitos mengatakan aku tak tidur malam sebab study.

Erm. Betul lah tu, KALAU waktu tu seminggu sebelum exam dan semasa exam. (Biasanya tidur pukul 2 pagi). Standardlah kan?

Kalau hari-hari biasa, pukul 12 atau 1 baru tidur.


5)      AWAK MAKAN APA YE? DAN ADA ORANG KATA AWAK BANYAK MAKAN MAGGI, BETUL KE?

Yup, aku banyak makan maggi. (Dalam seminggu mesti 4 kali makan). Aku tau benda tu tak elok, tapi aku dah ketagih. Aku kalau stress je makan maggi. Masa SPM pun makan maggi. Haih perlu dihentikan segera. (Doakan tau).

Aku tak makan macam budak-budak tahfiz makan, atau apa yang disarankan pakar motivasi; kismis, kurma, madu, dan sebagainya.

Bukan aku tak percaya, aku suka makan benda-benda tu, tapi aku malas lah nak kata makan kismis dah boleh pandai, kan?

Asalkan kita makan benda yang halal dan baik untuk kesihatan. Itu je. (Peace yow).

6)      SAYA DENGAR KOKO AWAK PUN GEMPAK. MACAM MANA AWAK BALANCE KAN AKADEMIK DENGAN KOKURIKULUM?






Koko lah yang banyak mengajar aku banyak pengalaman. Dan aku paling aktif koko time aku Form 5. Aku jadi pengawas, jurujual koperasi, urusetia VLE Frog, Ketua Utama Seksyen PBSM, Bendahari Catur, dan Ketua dalam rumah sukan. Aku jugak masuk banyak pertandingan sampaikan dalam sebulan mesti ada 5 pertandingan at least. Ergh.

Bukan aku yang nak pun jawatan tu (aku malas nak dengar orang label ‘gila jawatan’). Tiba-tiba aku dapat jawatan tu, nak buat macam mana.

Dan ini memang memeningkan. Aku banyak tertinggal kelas. Masuk kelas tup tup dah masuk bab baru. Nak belajar kat rumah pun tak sempat sebab kena concentrate dekat pertandingan.

Sejujurnya.Aku pun tak tau macam mana aku balancekan. Ini semua soft skills yang perlu kita belajar sendiri.


Yang penting manfaatkan setiap masa yang kita ada untuk belajar dan catch up apa yang tertinggal.
Bukannya main phone je. Kehkehkeh.

7)      KALAU CARA AWAK BELAJAR MACAM TU, MACAM MANA AWAK BOLEH SIAPKAN KERJA SEKOLAH AWAK?
Erk, pasal kerja sekolah. Aku sentiasa siap on time. (maksud on time di sini merujuk kepada siap di dalam kelas waktu cikgu nak minta kerja sekolah tu).

Aku jarang dapat siapkan kerja sekolah awal. Asyik-asyik tertangguh. (tapi siap on time, okay kan?)

Sampai kena marah dengan cikgu.

“Kalau kamu pandai pun tapi kerja sekolah tak buat, siapa nak amik kamu jadi pekerja bila besar nanti? Orang kata kamu pemalas.”

Okay start aku dengar ayat ni time Form 5, aku sentap lah jugak. Dan aku berusaha siapkan walaupun selalu on time juga.

Sebenarnya, aku jarang siap awal sebab aku suka study and fahamkan betul-betul bab tu dulu. Yelah, kalau tak faham, macam mana nak buat kerja sekolah?

Orang yang siapkan kerja sekolah Add Math tu 90% siap sebab tiru kawan. Dan 90% tu termasuk aku jugak. Kehkeh.

Ayat standard aku time nak tiru kerja orang:

“Aku bukan meniru, aku cuma menganalisis jawapan-jawapan korang, mana tau ada salah, aku boleh betulkan.”

Tak sangka pula ayat tu menjadi.



8)      AWAK ADA MAKWE TAK? SEBAB SAYA TENGOK AWAK RAMAI PEMINAT. DAN INI TAK MENGGANGU AWAK BELAJAR KE?

Err… soalannya kenapa special sangat. -_-‘.
Saya sejujurnya pernah ada makwe. Biasalah remaja.

Tapi itu time form 3. Time form 4 form 5 aku ni single. Cehh.

Dah banyak kali lah hati ni cuba dicuri, tapi nasib baik ada password. Kehkehkeh.

Tapi aku tak ada lah bergaul dengan lelaki je. Perempuan pun aku kena bergaul jugak.
Yang penting, batasan hubungan itu dijaga.

Nak wechat whatsapp pun benda yang penting je.
Kalau tak malas aku nak layan. Menyemak.

Aku kadang-kala geram dengan perangai perempuan yang sukar untuk difahami,


9)      MACAM MANA AWAK ATASI RASA MALAS BELAJAR?

Erm. Sejujurnya aku ni memang pemalas sebenarnya. Aku ni bukannya ulat buku pun. Cuma kalau ada kerja, baru aku rajin. Kalau tak ada kerja, aku memang akan rasa malas sangat2.

So,
cara aku atasi malas ni depends on situation lah. Contoh kalau takde mood nak study, aku akan duduk je atas meja, depan aku ada buku. Walaupun aku ngantuk, aku tetap akan paksa duduk dekat meja belajar aku.

Kalau tertidur dekat meja tu takpe, nanti mak ayah tengok sejuk je mata memandang. Yelah, study sampai tertidur. Kehkeh. :P

Kalau aku ngantuk, aku akan buat benda ni (situasi sebenar):

1.       Pakai baju sejuk atau tutup kipas. Kasi panas membahang. Selagi tak study satu bab jangan harap boleh buka baju sejuk atau kipas. Pergh azab owh.
2.       Rendam muka dalam baldi yang berisi air selama 30 saat.
3.       Berdiri dan baca kuat-kuat macam aku ni penceremah/ustaz. Siap bayangkan depan tu ada penonton dan cameraman.
4.       Tidur kejap. Tapi cara ni aku tak caya sangat. Ingatkan nak tidur 10 minit, nanti tertidur 10 jam.
5.       Melukis. Aku biasanya lukis lah gambar rajah. Kasi tangan kita bekerja sekali.
6.       Bukak Youtube, tengok Motivational Video. Kasi up balik motivasi.

Pelik tak pelik. Kalau kau ada keinginan nak berjaya, insyaAllah rasa malas tu boleh hilang.
Carilah cara yang sesuai untuk diri sendiri. Terpulang.

10)   HUBUNGAN AWAK DENGAN CIKGU OKAY TAK?

Haha, aku tak pernah melawan cakap cikgu, kecuali cikgu disiplin. :P

Sebab aku pernah kena potong rambut sampai botak sebab rambut panjang sangat. Lambat datang sekolah pun ada. Dan selalu lambat masuk kelas lepas rehat pun selalu. (Sorry ye cikgu atas kedegilan saya ini).

Tapi bab ilmu memang aku tak main-main. Dalam kelas aku fokus, dan tak pernah tidur. Setiap ayat yang cikgu sebut akan aku dengar dan ingat tanpa tertinggal satu ayat pun. (Sebenarnya ini lah rahsia kebanyakkan pelajar cemerlang, fokus dalam kelas).

Dan aku banyak juga tak ngam dengan cikgu. Entahlah apa sebabnya. Tak gaduh just dingin je. Aku jugak pernah buat cikgu nangis sebab kedegilan aku, tapi lepas tu aku minta maaf dan bertaubat. Haish, drama-drama macam ni kat sekolah, biasalah kan? Erm.

Nasib baik dah minta maaf time mohon restu sebelum SPM. Menangis jugak woi.


Jaga hati cikgu tu. Tak berkat ilmu tu nanti.

11) AWAK MAIN GAME TAK?

Aku main game macam budak lelaki normal lain. Cuma tak tegar lah. Dan favourite game aku ialah Chess. Sebab menguji minda kita kan.


Game bola, racing cars, call of Duty, semua tu tak minat. Sorry. Naruto minat.

Just pandai bahagi kan masa je. Jangan leka sudah.

_________________________________________________________________________________

Itu je rasanya. Kalau ada apa lagi nak tanya sila komen. Ada rezeki InsyaAllah saya jawab. :D