Monday, 23 May 2016

BORANG PASUM : JOM SETTLEKAN SEKARANG!


LAST UPDATE: 24 MEI 2017

STARTING REMINDER: This entry is about PASUM (for foundation) only, and not for degree, master, doctorate or anything in UM.


I'm not a staff of pengurusan PASUM, but an Ex-PASUM student (PASUM session 2015/2016). I was a facilitator in-charge in PASUM Registration during Orientation Week session 2016/2017.

However, a lot of requests from PASUM session 2017/2018 for me to do a briefing on how to fill the Borang and Dokumen. Sejujurnya, saya bukanlah orang yang selayaknya memberi detail yang terkini tentang dokumen, kerana polisi mungkin berubah dari semasa ke semasa. Tetapi, prosesnya lebih kurang sahaja dengan sesi 2016/2017. Jadi saya kongsikan juga. Sebarang perubahan akan saya update segera.

Saya minta maaf awal-awal saya tak tulis untuk Asasi Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS) kerana saya tidak tahu sangat tentang APIDS.

This entry is quite long, but anyway, if you want to ask me anything, don't hesitate to ask me through comments, email, or direct message me via Instagram

Instagram: @amirrosyadie.

E-mail: amirrosyadie69@gmail.com



Assalamualaikum.


PENGENALAN

1. Pendaftaran di Kolej dan pendaftaran di PASUM adalah berbeza masa dan tempat.

2. Pendaftaran Kolej berlangsung pada 3 Jun 2017 (Sains hayat) dan 4 Jun 2017 (Sains fizikal) di kolej yang telah ditetapkan.

3. Pendaftaran PASUM pula berlangsung pada 5 Jun 2017 (sains hayat) dan 6 Jun 2017 (Sains fizikal) di PASUM.


4. Untuk mengisi borang, adalah digalakkan anda menggunakan pen berwarna hitam. Namun, warna biru pun okay, tiada masalah.


5. Sepanjang proses menyiapkan dokumen, akan ada ‘perlu disahkan benar’. Apa maksud 'disahkan benar' ? Baiklah, SETIAP salinan dokumen yang perlu disahkan benar perlu dicop pengesahan benar sebagai bukti salinan itu memang benar. Siapa yang boleh cop? Kat mana boleh cop? Boleh bertanya pada ibu ayah, atau google sendiri. Biasanya dekat sekolah, atau Ketua Kampung atau kalau ada saudara mara yang lecturer boleh sahkan benar dokumen-dokumen kita. Make sure kita kumpul sekaligus semua dokumen yang nak cop sahkan benar, then barulah kita pergi minta cop sahkan benar. Jangan pergi ulang alik sebab nak cop. Penat nanti.

6. Pastikan anda telah download kesemua borang/dokumen dari laman web UPU. Sekiranya tidak sempat download, sila hubungi pihak pejabat PASUM.

PANDUAN ISI BORANG



SENARAI SEMAK DOKUMEN KEMASUKAN KE PROGRAM ASASI

1. Tidak perlu print. Tetapi sebaiknya dan sangat digalakkan untuk print satu sebagai rujukan. Tidak perlu disahkan. Tidak perlu dihantar semasa pendaftaran kerana ini hanya senarai semak.

2. Ada 5 jenis kaunter:

1.     Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR)
2.     Bendahari
3.     Klinik Kesihatan Pelajar (KKP)
4.     Pusat Asasi Sains (PASUM)
5.     Kolej Penginapan


4. Oleh itu, semasa menyiapkan dokumen ni, anda dinasihatkan untuk susun dokumen anda mengikut kaunter ini dan klipkan ia mengikut kaunter supaya tak bercampur aduk.



Jom kita lihat cara mengisi borang mengikut senarai semak tersebut:

KAUNTER SEKSYEN KEMASUKAN DAN REKOD

1. SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN PASUM SESI 2017/2018 [PT2] (UM-PT01-PK01-BR011-S01)

1. Perlu print satu sahaja.

2. Tidak perlu cop sahkan benar.

2. Baca dengan teliti dan fahami syarat-syarat yang ditetapkan.

3. Isikan
·        Nama Penuh
·        No. kad pengenalan
·        Program pengajian (Asasi Sains Fizikal atau Asasi Sains Hayat),
·        Tarikh (sebaiknya tarikh anda mendaftar PASUM iaitu 5 Jun 2017 untuk Hayat dan 6 Jun 2017 untuk Fizikal)
·        tahun/semester : 2017/1
·        Tandatangan

4. Selesai.

2. BORANG MAKLUMAT PERIBADI SKR 38-99 (UM-PT01-PK01-BR013-S00)

1.     Print satu set sahaja.

2.     Tak perlu cop sahkan benar.

3.     Sila gam gambar anda yang terkini berukuran passport (Digalakkan berwarna Biru) dan (Tidak digalakkan stapler).

4.     Isikan tempat kosong:

·        SESI: 2017/2018
·        PROGRAM PENGAJIAN: Asasi Sains Hayat / Asasi Sains Fizikal
·        NO. PENDAFTARAN PELAJAR: *ada di surat tawaran asasi IPTA*

5.     Isi seperti biasa (digalakkan dalam huruf besar):
·        Maklumat peribadi
·        Maklumat ibu/bapa/penjaga.

6.     Isi C. KELAYAKAN/KELULUSAN DAN PENGALAMAN hanya pada ruangan SPM sahaja. (Abaikan ruangan yang lain sekiranya anda tidak pernah ambil STPM/STAM atau Kertas Julai atau lain-lain).

·        Kelayakan SPM Tahun: 2016

·        Kelayakan Bahasa Malaysia TAHUN 2016, KEPUTUSAN: A+ (contoh)

7.     Abaikan ruangan Ujian MUET sekiranya anda tidak pernah ambil MUET


8.     Abaikan ruangan D. KELAYAKAN/KELULUSAN DAN PENGALAMAN sekiranya anda tidak bekerja atau tidak pernah memasuki mana-mana universiti sebelum ini.



9.     Isi E. PERAKUAN. Tarikh sebaiknya ialah tarikh anda mendaftar PASUM. (Sains Hayat 5 Jun 2017, Sains Fizikal 6 Jun 2017).

10. Klipkan Borang Maklumat Peribadi SKR 38/99 (UM-PT01-PK01-BR013-S00) bersama dokumen berikut:
1. SURAT TAWARAN ASASI IPTA (Surat Tawaaran Kemasukan UM)
·        Mesti cop sahkan benar.
·        Tidak kisah sama ada berwarna atau hitam putih. (Digalakkan berwarna).

2. SALINAN KAD PENGENALAN
·        Mesti cop sahkan benar.
·        Tidak kisah sama ada berwarna atau hitam putih.


3. SALINAN KEPUTUSAN SPM
·        Mesti cop sahkan benar.
·        Tidak kisah sama ada berwarna atau hitam putih.

4. SALINAN SURAT BERANAK PELAJAR, IBU DAN BAPA
·        Setiap Salinan mesti cop sahkan benar.
·        Sekiranya tiada Salinan Surat Beranak Ibu atau Bapa kerana hilang/musnah/tidak berdaftar/Ibu Bapa cerai, sila rujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan Surat Beranak tersebut. Sekiranya tidak mahu rujuk Jabatan Pendaftaran Negara kerana hal-hal tertentu, sila berhubung dan berbincang dengan pihak pejabat PASUM atau Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR).


11. Selesai. Susun dan klipkan borang dan dokumen-dokumen tersebut. Label sebagai Kaunter Seksyen Kemasukan dan Rekod.


KAUNTER BENDAHARI
1.     MAKLUMAT KEWANGAN – YURAN PERKHIDMATAN PELAJAR BAHARU SESI 2017/2018

1.     Tidak perlu print kerana ini hanya sebagai rujukan sahaja.

2.     Baca dan fahami setiap maklumat yang ada.

3.     Ada dua perkara yang perlu dibuat:

a)     Buka akaun Bank Islam:
·        Apabila buka akaun bank Islam, pastikan anda mendapat Surat Pengesahan Pembukaan Akaun Bank, (atau Muka Hadapan Buku Akaun Bank Islam Malaysia Sendiri Berhad).
·        Fotostat sebanyak 2 salinan Surat atau Buku Akaun Bank tersebut dan cop sahkan benar. (Satu untuk diserahkan di Kaunter Bendahari dan satu lagi untuk diserahkan di Kaunter PASUM). Mesti cop sahkan benar.

b)     Membayar Yuran Perkhidmatan
·        Pembayaran boleh dibuat di kaunter Bank Islam. (Sila isi Slip Pembayaran Bil ikut gambar yang telah diberi).
·        Fotostat sebanyak 2 salinan Slip Pembayaran Bil. (satu untuk diserahkan di Kaunter PASUM, satu lagi untuk rujukan sendiri). Mesti cop sahkan benar. Yang Original akan diserahkan kepada Kaunter Bendahari.
·        Pembayaran boleh juga dibuat melalui Perbankan Internet (rujuk maklumat yand telah diberi). Print resit pembayaran sebanyak 3 salinan dan cop sahkan benar. (satu untuk diserahkan kepada Kaunter Bendahari, satu untuk Kaunter PASUM, dan satu lagi untuk rujukan sendiri).
·        Sila bayar dengan amaun yang tepat. Sekiranya terlebih bayar, rujuk pegawai di Kaunter Bendahari semasa pendaftaran PASUM nanti.
·        Sekiranya terkurang bayar, maka cukup-cukupkan pembayaran itu sebelum minggu orientasi.
·        Sekiranya tidak mampu bayar (atau perlu berhutang), sila berhubung dengan pejabat PASUM.
·        Sekiranya mempunyai sebarang tajaan (yang dah confirmed), anda perlu membuat bayaran Yuran Perkhidmatan juga, melainkan anda ada borang/dokumen yang sah untuk diserahkan kepada pegawai di Kaunter Bendahari sebagai bukti anda tidak perlu membayar apa-apa Yuran Perkhidmatan.
·        Perlu ambil maklum bahawa sekiranya pelajar telah membuat komitmen pembayaran tetapi tidak hadir melapor diri atau menarik diri dari program pengjian, yuran perkhidmatan tersebut tidak akan dikembalikan.



UPDATE:

Untuk sesi 2017/2018 ini, ada perubahan berlaku pada pembayaran amaun yuran. PASUM telah email pelajar-pelajar PASUM untuk bayar tambahan Yuran Asrama dan Yuran Pengajian

Okay, sebelum2 ni, memang yuran PASUM agak murah. Sebab ada Bantuan Kewangan Asasi IPTA. Tapi sejak sesi 2017/2018, KPT akan pilih pelajar yg layak sahaja untuk mendapat bantuan kewangan asasi ipta ni.

Ini bukan perubahan dari UM, in fact uni lain or matrik pun akan kena effect ni. Perubahan ni bukan UM yang buat, tapi KPT.

Okay untuk asasi, sebenarnya ada 3 jenis yuran:

Yuran Pengajian=RM350
Yuran Asrama=RM360
Yuran Perkhidmatan=RM971(hayat), RM899(fizikal)

Total= RM1681 (hayat), RM1609 (fizikal)

So,

 Kesemua pelajar PASUM2017/2018 tak kiralah ada scholarship ke tak ada scholarship ke, wajib bayar yang total tu (RM1681(hayat),RM1609(fizikal) before hari pendaftaran PASUM. Kalau tak bayar juga, itu ikut budi bicara PASUM untuk tindakan yang seterusnya.

Perlu ingat bahawa Yuran perkhidmatan tu (hayat RM971), (fizikal RM 899), hanya dibayar pada semester pertama sahaja. Maksudnya, untuk semester kedua nanti, anda hanya perlu bayar Yuran Pengajian(RM350) dan Yuran Asrama sahaja(RM360).

Bagi sesiapa yang layak dapat Bantuan Kewangan Asasi IPTA sahaja, duit RM 710 lebih tu akan diganti balik. Maksudnya elaun anda dapat, ganti balik pun anda dapat. Bila akan diganti balik? Bila elaun masuk? Itu bergantung pada pengurusan pihak atasan. Kemungkinan bulan kedua atau ketiga baru masuk elaun.





4. Oleh itu, di Kaunter Bendahari, ada 2 dokumen yang perlu dihantar:

a)     Slip Pembayaran Bil yang Original (atau dipanggil Slip Bank/Bank Draf), ATAU Resit Pembayaran Yuran Perkhidmatan (sekiranya bayar melalui Perbankan Internet). Slip Pembayaran Bil yang Original tidak perlu cop sahkan benar. Resit Pembayaran Yuran Perkhidmatan kena cop sahkan benar. Pastikan telah lengkap dibayar iaitu RM1681 (Hayat), RM1609 (Fizikal). 

b)     Surat Pengesahan Pembukaan Akaun Bank BIMB (yang telah dicop sahkan benar).


5.     Selesai. Susun dan klipkan borang dan dokumen-dokumen tersebut. Label sebagai Kaunter Bendahari.


KAUNTER KLINIK KESIHATAN PELAJAR (KKP)

1.     LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN – PD1 (UM-PT07-PK01-BR032-BR032-S01)

1.     Print satu set sahaja

2.     Tak perlu cop sahkan benar. Hanya pada bahagian akhir Laporan Pemeriksaan ini, minta cop pengesahan dari doktor.

3.     Baca MAKLUMAT PENTING dengan teliti.

4.     Lekatkan gambar ukuran passport (digalakkan background Biru).

5.     Isikan ruang kosong (sebaiknya huruf besar):

·        NAMA PENUH, KEWARGANEGARAN (Isi: Malaysia), NO. KAD PENGENALAN, NO. TELEFON, TARIKH LAHIR, UMUR, JANTINA, STATUS PERKAHWINAN

·        TAHUN AKADEMIK: 2017/2018

·        KOD KURSUS: SAINS HAYAT: M0010, SAINS FIZIKAL: M0020 (tak cukup satu kotak, tak mengapa, isi sahaja di luar kotak).

·        SEMESTER: 01

·        FAKULTI: PUSAT ASASI SAINS

·        NO. MATRIK: *no. pendaftaran anda* (boleh tengok di Surat Tawaran Asasi IPTA sebelah kanan atas).

6.     Isikan maklumat saudara terdekat seperti ibu bapa, abang, kakak, yang boleh pihak klinik berhubung sekiranya berlaku kecemasan.


7.     Untuk Bahagian B, isikan:

·        Maklumat pengisytiharan tahap kesihatan diri sendiri dan keluarga.

·        Untuk sejarah imunisasi, boleh rujuk tarikh imunisasi di buku rekod kesihatan kita. Sekiranya tiada, biarkan sahaja jadual itu kosong. Kemudian tuliskan tarikh (sebaiknya tarikh mendaftar PASUM 5 Jun 2017 Sains Hayat, 6 Jun 2017 Sains Fizikal), dan tandatangan.

8.     Kemudian, pergi buat medical check up di hospital atau klinik. Tunjuk Laporan Kesihatan ini pada doktor. Untuk sesi 2017/2018, perlu buat Urine Test dan Chest X-Ray.

9.     Pastikan Doktor mengisi juga Section 4.

10. Oleh itu, kita perlu hantar di Kaunter Klinik Kesihatan Pelajar:

a)     Laporan Pemeriksaan Perubatan – PD1 (UM-PT07-PK01-BR032-BR032-S01) yang telah lengkap diisi dan ditandatangan oleh Doktor.
b)     Sekiranya ada, hantar juga laporan Urine Test (asal), Laporan dan Filem Chest X-Ray

11. Selesai. Susun dan klipkan borang dan dokumen-dokumen tersebut. Label sebagai Kaunter Klinik Kesihatan Pelajar (KKP).


KAUNTER PUSAT ASASI SAINS (PASUM)
1.     BORANG MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR PASUM


1.     Print satu set dan tidak perlu cop sahkan benar.

2.     Gam gambar berukuruan Passport anda (Sebaiknya background Biru).

3.     Isi ruangan No. Daftar yang ada di atas gambar (No. daftar adalah nombor pendaftaran atau nombor matrik, rujuk Surat Asasi Tawaran Asasi IPTA di sebelah kanan atas).


4.     Tandakan petak yang berkenaan sama ada asasi sains hayat atau fizikal.

5.     Selepas itu ada list dokumen-dokumen untuk kita kepilkan bersama-sama borang ini mengikut susunan. Tick sekiranya ada. Sila abaikan dahulu bahagian Borang Perjanjian Asasi IPTA.

6.     Isi

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI
BAHAGIAN B: MAKLUMAT AKADEMIK
BAHAGIAN C: KEGIATAN KO-KURIKULUM
BAHAGIAN D: MAKLUMAT IBU/BAPA/PENJAGA DAN WARIS, MAKLUMAT WARIS
BAHAGIAN E: PERAKUAN PELAJAR.

7.     Pada BAHAGIAN E, isikan tarikh (sebaiknya tarikh mendaftar PASUM iaitu Sains Hayat 5 Jun 2017 dan Sains Fizikal 6 Jun 2017) dan tandatangan.

8.     Borang Maklumat Pendaftaran PASUM ini perlu dikepilkan bersama:

a)     Salinan Surat Tawaran.
·        Berwarna atau hitam putih (sebaiknya berwarna).
·        Mesti cop sahkan benar
b)     Salinan Kad Pengenalan (pelajar)
·        Berwarna atau hitam putih
·        Mesti cop sahkan benar
c)     Salinan Keputusan SPM
·        Berwarna atau hitam putih
·        Mesti cop sahkan benar
d)     Salinan Surat Beranak Pelajar, Ibu dan Bapa
·        Setiap Salinan surat beranak mesti cop sahkan benar.
·        Sekiranya tiada Salinan Surat Beranak Ibu atau Bapa kerana hilang/musnah/tidak berdaftar/Ibu bapa cerai, sila rujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan Surat Beranak tersebut. Sekiranya tidak mahu rujuk Jabatan Pendaftaran Negara kerana hal-hal tertentu, sila berhubung dan berbincang dengan pihak pejabat PASUM.

e)     Salinan Surat Pengesahan Pembukaan Bank Akaun Bank Islam (atau Muka Hadapan Buku Akaun Bank Islam Malaysia Berhad)
·        Mesti cop sahkan benar.
f)      Salinan Slip Pembayaran Bil Yuran Perkhidmatan
·        Mesti cop sahkan benar.
g)     Salinan Sijil Berhenti Sekolah
·        Mesti cop sahkan benar.
h)    Sijil Ko-Kurikulum yang berkaitan
·        Mesti cop sahkan benar.
·        Sekurang-kurangnya satu. (Sebaiknya 2, pun sudah cukup).
i)       Salinan Penyata Gaji Terkini Ibu dan Bapa atau Surat Pengesahan Ibu dan Bapa (sekiranya tiada penyata gaji)
·        Mesti cop sahkan benar

9.     Selesai.

2.     MAKLUMAT UNTUK KAD PENDAFTARAN PELAJAR (UM-PT01-PK01-BR016-S00)

1. Print satu set dan tak perlu disahkan.

2. Lekatkan gambar berukuran passport yang terkini (Berlatar belakang Biru).

3. Isi SESI: 2017/2018

4. Isi NAMA PENUH, NO. KAD PENGENALAN dan NO. PENDAFTARAN (ada di Surat Tawaran Asasi IPTA di atas kanan).

5. Bulatkan "PUSAT" , dan tulis Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

6.     Isikan tarikh (sebaiknya tarikh mendaftar PASUM iaitu Sains Hayat 5 Jun 2017 dan Sains Fizikal 6 Jun 2017 dan tandatangan.

7.     Selesai. Susun dan klipkan dokumen-dokumen tersebut dan labelkan sebagai Kaunter Pusat Asasi Sains.

NOTA: Sila abaikan dahulu tentang Borang Perjanjian Asasi IPTA, perkara ini akan dimaklumkan dengan lebih lanjut ketika minggu orientasi.



KAUNTER KOLEJ PENGINAPAN

1.     BORANG PENDAFTARAN PENGINAPAN

NOTA: SEKIRANYA TIADA, TIDAK APA. DI KOLEJ NANTI ADA DISEDIAKAN BORANG INI. HANYA PERLU SEDIAKAN SATU GAMBAR BERLATAR BIRU BERUKURAN PASSPORT UNTUK DITAMPAL PADA BORANG NANTI


1.     Print satu set dan tidak perlu cop sahkan benar.
2.     Lekatkan gambar berukuran passport terkini (sebaiknya background Biru).
3.     Isi ruangan (sebaiknya huruf besar):
·        BAHAGIAN A: BUTIRAN PERIBADI PELAJAR
·        BAHAGIAN B: BURITRAN PERIBADI IBU BAPA/PENJAGA
·        BAHAGIAN C: BURITRAN WARIS TERDEKAT
·        BAHAGIAN D: MAKLUMAT PENDAFTARAN MASUK (Tarikh Masuk = Tarikh mendaftar kolej iaitu Sains Hayat 3 Jun 2017, Sains Fizikal 4 Jun 2017).
·        BAHAGIAN E: PERAKUAN PELAJAR (Tarikh mendaftar kolej iaitu Sains Hayat 3 Jun 2017, Sains Fizikal 4 Jun 2017)
4.     Selesai.



DOKUMEN UNTUK MAKLUMAN

1.     Ada 4 dokumen untuk makluman (tidak perlu print atau hantar), kerana hanya sebagai makluman:
a)     Maklumat Sempena Minggu Suaikenal (MSKP) Asasi Sains 2017/2018
b)     Jadual Minggu Suaikenal (MSKP) Pelajar Asasi Sains 2017/2018
c)     Makluman Pejabat Keselamatan Universiti Malaya
d)     Kalendar Pengajian Akademik Sesi 2017/2018

2.     Baca dan fahami setiap butiran yang diberikan.



TAMBAHAN: BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA
NOTE: Pelajar yang mendapat sebarang Tajaan tidak perlu buat BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

1.     Untuk sesi 2017/2018, Borang Perjanjian Asasi IPTA tidak dikeluarkan lagi kerana pindaan yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
2.     Sebarang maklumat mengenai Borang Perjanjian Asasi IPTA akan dimakluman ketika minggu orientasi nanti. Saya tidak pasti, tetapi kemungkinan besar, anda akan diberikan tempoh (mungkin sebulan) untuk melengkapkan Borang Perjanjian Asasi IPTA ini selepas tamat minggu orientasi. Apa-apapun tunggu minggu orientasi nanti.
3.     Namun demikian, saya kongsikan juga cara mengisi Borang Perjanjian IPTA **tertakluk kepda perubahan
4.     Anda akan mendapat 4 jenis dokumen:
a)     Borang Kedudukan Kewangan Penjamin
b)     Borang Perjanjian Asasi IPTA
c)     Surat Tawaran Bantuan Kewangan Asasi
d)     Panduan Mengisi Borang Perjanjian Asasi IPTA
5.     Cara mengisi:

1. BORANG KEDUDUKAN KEWANGAN PENJAMIN

1. Mesti print tiga borang ini dan tidak perlu cop sahkan benar.

2. Siapakah penjamin? Boleh rujuk pada borang PANDUAN ISI BORANG PERJANJIAN) muka surat 5.

3. Isi nombor kad pengenalan anda.

4. Isi:

Nama Institut Pengajian: Universiti Malaya
Nama Program: Asasi Sains Fizikal atau Asasi Sains Hayat
Tahun Pengajian: 2016/2017

5.  Berikan kepada penjamin untuk beliau isi. Isi ruangan kosong yang disediakan.


2. BORANG PERJANJIAN PROGRAM ASASI IPTA


1.     Print 3 set Borang Perjanjian Asasi IPTA. Setiap ruangan di dalam borang ini mesti bertulis tangan.

2.     Sila baca dan fahami betul-betul PANDUAN ISI BORANG PERJANJIAN.

3.     Setelah baca dan fahami setiap point dalam borang panduan tu, barulah isikan borang perjanjian ini.

4.     Untuk setiap satu set Borang Perjanjian Asasi IPTA, anda perlu sertakan:

a) Surat Tawaran Bantuan Kewangan Asasi (mesti ada satu dan perlu cop sahkan benar).
b) Salinan Kad Pengenalan Pelajar (mesti ada satu dan cop sahkan benar)
c) Salinan Kad Pengenalan Penjamin (mesti ada satu dan cop sahkan benar).
d) Borang penyata kewangan penjamin. (Mesti ada satu (ruangan mesti diisi bertulis tangan, tak perlu sahkan.)



5. Kemudian, tandakan 'peraturan am mengisi borang' untuk check bahawa anda telah mengikuti peraturan am yang telah ditetapkan.

6. Untuk matikan setem, silalah google, banyak web yang boleh anda rujuk. Tanyalah pada ibu ayah anda sekiranya perlu.

7. Setiap set borang perjanjian mesti dimatikan setem. Kalau matikan setem sekali ialah rm10.00, maka untuk tiga borang, anda akan membayar RM30.00 untuk matikan setem ketiga-tiga borang itu.

8. Rujuk contoh borang perjanjian yg disertakan sekali dalam panduan isi borang perjanjian. Sangat membantu.

3.     SURAT TAWARAN BANTUAN KEWANGAN ASASI

1.     Print 3 untuk disertakan bersama-sama 3 Borang Perjanjian Asasi IPTA.
2.     Perlu cop sahkan benar.

4.     PANDUAN ISI BORANG PERJANJIAN

1.     Tidak perlu print atau hantar, kerana hanya rujukan.
2.     Baca dan fahami betul-betul setiap point yang ada dalam panduan ini. Sebab borang ini ada panduan am yang telah ditetapkan.



SEBELUM PERGI MINGGU ORIENTASI (MSKP)

1. Make sure borang anda semua dah lengkap. Kalau tak, anda akan kelam kabut nak telefon mak ayah suruh hantar boranglah, itulah, inilah. Kita kalau boleh nak smooth je.

2. Sila susunkan borang anda mengikut kaunter yang ada dalam SENARAI SEMAK DOKUMEN KEMASUKAN KE PROGRAM ASASI.

3. Sila bawa pen ke mana-mana sahaja anda pergi sewaktu MSKP. Banyak benda nak kena tulis, terutama lengkapkan borang ni.


Itu sahaja borang yang perlu anda lengkapkan. Boleh bertanya di ruangan komen yang disediakan.




Terima kasih.